• Meraih Ketenangan Jiwa

    Manusia sepanjang sejarah sibuk dalam menjelmakan ketenangan di dalam hidupnya. Dia mencari perkara itu untuk menghilangkan keresahan yang wujud di dalam dirinya. Sebuah keresahan yang lahir daripada kefakiran zatinya. Apakah perkara yang akan mencukupkan dirinya?

    Baca lagi ...
  • Ibadah Di Bawah Lembayung Wilayah

    Tauhid merupakan konsep yang paling asasi di dalam agama Islam. Tauhid di dalam struktur akidah Islam meliputi konsep tauhid dalam zat (tauhid zati) , sifat (tauhid sifati) dan perbuatan-Nya (tauhid af'ali). Dan salah satu cabang tauhid perbuatan (tauhid af'ali) adalah tauhid rububiyah. Rububiyah berasal dari kata “rabb” yang membawa makna "pengurus", pembimbing dan pemelihara. Kosa kata ini mengikut ilmu lughat membawa makna yang tiada pisahnya dengan kata “tarbiyah”. Kata “murabbi” adalah orang yang mengatur segala urusan mutarabbinya agar mereka mampu mencapai kesempurnaan yang dikehendakinya.

    Baca lagi ...
  • Imam: Siapa Berhak Menentukannya?

    Umat Islam dinihari sering dilanda malapetaka daripada pelbagai aspek termasuk aspek kebudayaan, perekonomian, perundangan dan lain-lain. Antara perkara yang dikenalpasti telah menyebabkan berlakunya bencana tersebut adalah ketiadaan pemimpin cemerlang yang mampu membawa umat Islam ke hadapan dengan bertopangkan ajaran Islam yang tulen dan suci itu sendiri. Dalam erti kata lain, umat Islam kini ketiadaan (atau kehilangan) seorang individu yang mampu untuk menyatukan mereka sebelum mengerahkan kekuatan umat untuk berhadapan dengan cabaran yang wujud berdasarkan prinsip agama Islam yang tulen.

    Baca lagi ...
  • Hakikat Ikhlas Dari Kaca Mata Ilmu Akhlak

    Nilai sesuatu amal itu tergantung kepada keikhlasan pelakunya. Ikhlas adalah sebuah perbahasan pokok yang sering ditekankan di dalam agama Islam serta di dalam agama-agama lain. Di dalam ajaran Islam, konsep ini mendapat perhatian khusus di dalam kajian ilmu fiqah, akhlak, falsafah dan irfan yang mana setiap displin ilmu ini pada gilirannya telah mewarnai khazanah ketamadunan ilmu Islam.

    Baca lagi ...
  • Kepentingan Membahaskan Konsep Imamah

    Setelah kewafatan Nabi S.A.A.W, umat Islam berbeza pendapat berhubung dengan isu kekhilafahan. Sebahagian kelompok dengan merujuk kepada peristiwa Ghadir Khums, himpunan beberapa hadis dan ayat al-Quran menerima Imam Ali a.s sebagai pengganti Nabi Akram S.A.A.W. Sementara itu, sebahagian yang lain pula menganggap isu pemilihan pengganti Rasul S.A.A.W bukanlah sesuatu yang telah ditetapkan oleh baginda sendiri, maka mereka dengan ikhtiar sendiri memilih Abu Bakar sebagai pengganti Nabi S.A.A.W dalam menggalas tugas-tugas pemerintahan umat. Mereka seperti kumpulan pertama turut menggunakan ayat al-Quran sebagai rujukan untuk mempertahankan pandangan khusus ini.

    Baca lagi ...
  • Arbain, Wilayah Dan Kaum Mu'min

    Imam Hasan Askari (a.s) bersabda: Tanda seorang mu'min itu terdiri daripada lima perkara; (Pertama) solat lima puluh (satu rakaat), ziarat Arbain, memakai cincin di (jari) tangan kanan, bersujud di atas tanah dan membaca bismillah (dengan suara keras di dalam solat dan ketika memulakan bacaan surah selepas al-fatihah).

    Baca lagi ...
  • Pusat Ilmiyah Islam Perlu Sebarkan Mesej al-Ghadir Kepada Seluruh Dunia

    Ayatullah al-Uzhma Safi Golpaygani mengeluarkan sebuah kenyataan yang menyentuh tentang tanggungjawab pusat pengajian Syiah -Hauzah Ilmiyah- di dalam menyebarkan mesej hari al-Ghadir kepada seluruh dunia. Beliau turut mengucapkan tahniah serta meluahkan rasa terima kasihnya kepada mereka yang turut serta di dalam menganjurkan hari perayaan al-Ghadir.

    Baca lagi ...
  • Qatar, Saudi Dan Kemaraan Pak Wahab Di Malaysia

    Politik Timur Tengah sentiasa bermasalah. Walaupun umat Islam adalah majoriti, konsep kesatuan Islam hanya tinggal slogan sahaja. Bangsa Arab bermusuhan sesama sendiri, memutuskan persahabatan dengan alasan nipis dan berperang tanpa belas kasihan.

    Baca lagi ...
  • Umat Islam Hilang Identiti Mereka Kerana Jauh Dari al-Quran: Khamenei

    Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatullah Syed Ali Khamenei memberi amaran kepada umat Islam berhubung percubaan negara Barat untuk memperolehi dominasi ke atas negara-negara Islam dari aspek politik dan ekonomi. Beliau turut berkata bahawa umat Islam perlu mempertahankan "identiti Islam" mereka sebagai perisai kepada percubaan sedemikian.

    Baca lagi ...
  • Barat Hanya Kenal Bahasa Kekerasan: Makarem Syirazi

    Ayatullah Makarem Syirazi, seorang tokoh besar mazhab Syiah di Qom, Iran mengkritik keras tindakan Amerika Syarikat yang memperpanjangkan Akta Sekatan Ke Atas Iran (ISA) dan mencabul pejanjian nuklear Iran yang sebelumnya tercapai di antara Tehran dan kuasa 5+1.

    Baca lagi ...
  • Masuk dalam kandang singa, bukti anak cucu Fathimah a.s.

    Cabaran/tantangan ilmiah, ditujukan khas kepada orang yang mengaku sebagai anak cucu Fathimah a.s. Sila masukkan Ahmed al-Hasan ke dalam kandang singa untuk membuktikan dakwaannya menurut sirah Imam Ali al-Hadi a.s. Jika tidak maka terbuktilah kebatilan dakwaan Ahmed itu.

    Baca lagi ...
  • Fuqaha musuh nyata Imam Mahdi (a.j.f)?

    Kumpulan Ahmed al-Hasan mendakwa terdapat riwayat yang dinisbahkan kepada Imam Baqir (a.s) di dalam kitab Bayan al-A'immah karya Murtadha 'Amili di dalam kurun mutakhir, bahawasanya Imam Mahdi (a.j.f) tidak mempunyai musuh yang lebih nyata berbanding fuqaha.

    Baca lagi ...
  • Analisa gerakan baru yang mengaku sebagai al-Yamani (Ahmad al-Hasan)

    Ekstrak Kuasa dominasi mengambil kesempatan terhadap berbagai methodology demi menguasai negara-negara Islam; Kadangkala mereka tampil secara langsung, kadang-kadang melalui cara licik memperalatkan kepercayaan-kepercayaan masyarakat di negara tersebut; Demikianlah cara mereka eksploitasi kepercayaan masyarakat terhadap Mahdawiyyah dan dengan mengutus individu bernama Ahmad al-Hasan ke lapangan untuk mendakwa sebagai Yamani. Percanggahan dakwaan-dakwaan dan kepercayaan-kepercayaannya dengan riwayat-riwayat serta masalah asasi gerakan ini dijelaskan di sini. Turut diperkenalkan di hujung jurnal ini ialah sebaik-baik jalan kebahagiaan di zaman keghaiban serta keabsahan rujukan ulama rabbani berasaskan riwayat.

    Baca lagi ...
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky