Benarkah ayat«ومن عنده علم الكتاب» diturunkan tentang Ali bin Abi Talib?

  • News Code : 254954
  • Source : ABNA.co

Pertanyaan:Kedudukan dan tempat rujukan ilmu Ahlul Bait-nya Amirul Mukminin (a.s) menurut Al-Quran dan sunnah merupakan sebuah masalah yang telah dijelaskan di dalam mazhab-mazhab Islam di mana ia turut mempunyai kesan terhadap perbahasan sumber agama dan politik.Sekarang pertanyaan yang timbul ialah, apabila ketokohan Ali bin Talib sebagai seorang pemimpin telah dijelaskan di dalam berbagai riawayat, apakah Al-Quran menjelaskan tempat dan peribadi keilmuan Ali bin Abi Talib? Atau apakah ayat «قُلْ كَفى‏ بِاللَّهِ شَهيداً بَيْني‏ وَ بَيْنَكُمْ وَ مَنْ عِنْدَهُ عِلْمُ الْكِتاب» menjelaskan kedudukan ilmu buat peribadi Ali bin Abi Talib?Pertama: Pandangan SyiahMenurut perspektif riwayat Syiah, Ahlul Bait (a.s) telah meletakkan Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib sebagai orang yang mempunyai ilmu yang tinggi dan tempat rujukan sebagaimana sabda Rasulullah (s.a.w) yang mengarahkan kita mengambil bimbingan daripada Ahlul Bait:«إني تارك فيكم ما إن تمسكتم به لن تضلوا كتاب الله وعترتي »Sesungguhnya Aku tinggalkan kepada kalian sesuatu yang jika berpegang dengannya kalian tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan keturunankuSelain itu Rasulullah mengibaratkan ilmu Ali bin Abi Talib sebagai ‘pintu kota ilmu’ sebagaimana dalam hadis:« أنا مدينة العلم وعلي بابها فمن أراد المدينة فليأت الباب».Aku adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya. Maka barangsiapa yang ingin ke kota hendaklah datang melalui pintunya.Jadi pengetahuan yang dimiliki oleh Ali bin Abi Talib dengan sendirinya bukanlah ilmu biasa yang selalunya melalui proses pengalaman, ujikaji dan penelitian bertahun-tahun yang ada di antaranya bermula dengan kesilapan atau boleh membawa kesesatan. Bahkan pengetahuan yang dimiliki oleh Ali adalah anugerah tuhan untuk memberi hidayah kepada manusia. Dengan ini pandangan ulama Syiah makna “‘ilmul Kitab” berasaskan ayat Makkiyyah ini (من عنده علم الكتاب) hakikatnya adalah Ali bin Abi Talib.Beberapa riwayat yang mempunyai sanad yang sahih dari sumber kedua firqah (Sunni dan Syiah) juga telah menafsirkan ayat « من عنده علم الكتاب»  ialah Ali bin Abi Talib sebagaimana yang akan dibahaskan dalam artikel ini.Analisa riwayat:Ali bin Ibrahim Al-Qumi dengan sanad yang sahih menukilkan riwayat daripada Imam Ja’far As-Sodiq:حدثني أبي عن ابن أبي عمير عن ابن أذينة عن أبي عبد الله عليه السلام قال : الذي عنده علم الكتاب هو أمير المؤمنين عليه السلام .تفسير القمي ، ج 1 ، ص 367 .Ayahku menceritakan kepadaku daripada Abi Umair, daripada Uzainah, daripada Abi Abdillah Imam Ja’far As-Sodiq (a.s) yang berkata: Orang yang mempunyai ilmu kitab ialah Amirul Mukminin (a.s). – Tafsir Al-Qumi, jilid 1 halaman 367.Muhammad bin Hasan Al-Shaffar di dalam kitab Bashair Al-Darajat menukilkan daripada Imam Muhammad Al-Baqir (a.s) dengan persanadan yang sahih bahawa hakikat ayat tersebut ialah “Hanyasanya kami (Ahlul Bait), tentang aku dan Ali yang terawal, afdhal dan paling baik di kalangan kami setelah Rasulullah (s.a.w) ialah Ali bin Abi Talib”. Muhammad Hasan menulis:حدثنا محمد بن الحسين و يعقوب بن يزيد عن ابن أبي عمير عن بريد بن معاوية قال قلت لأبي جعفر عليه السلام قل كفى بالله شهيدا بيني و بينكم و من عنده علم الكتاب قال إيانا عنى و على أو لنا و أفضلن و خيرنا بعد النبي صلى الله عليه وآله . بصائر الدرجات ، ص 236 .Muhammad bin Al-Husain dan Ya’qub bin Yazid, daripada Ibnu Abi ‘Umair, daripada Burid bin Muawiyah berkata: Aku bertanya kepada Imam Baqir (a.s), Ayat:قل كفى بالله شهيدا بيني و بينكم و من عنده علم الكتابKatakanlah: Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dengan kamu, dan juga disaksikan oleh orang yang mempunyai ilmu Kitab"Beliau menjawab: Maksudnya hanyalah kami, tentangku dan Ali atau untuk kami, yang lebih afdhal dan lebih baik di kalangan kami setelah Rasulullah (s.a.w).Syaikh Saduq di dalam kitab Al-Amali menukilkan riwayat dengan sanad yang sahih bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda:حدثنا محمد بن موسى بن المتوكل  قال : حدثنا محمد بن يحيى العطار ، قال : حدثنا أحمد بن محمد بن عيسى ، عن القاسم بن يحيى ، عن جده الحسن بن راشد ، عن عمرو بن مغلس ، عن خلف ، عن عطية العوفي ، عن أبي سعيد الخدري ، قال : سألت رسول الله صلى الله عليه وآله عن قول الله : قال الذي عنده علم من الكتاب . قال : ذاك وصي أخي سليمان بن داود . فقلت له : يا رسول الله ، فقول الله عز وجل : قل‌كفى بالله شهيدا بيني وبينكم ومن عنده علم الكتاب ، قال : ذاك أخي علي بن أبي طالب  .الأمالي ، الشيخ الصدوق ، ص 659 .Muhammad bin Musa bin Al-Mutawakkil berkata, Muhammad bin Yahya Al-‘Attar berkata: Ahmad bin Muhammad bin Isa mengatakan, daripada Al-Qasim bin Yahya, daripada datuknya Al-Hasan bin Rasyid, daripada ‘Amru bin Mughallis, daripada Khalafi, daripada ‘Athiyyah Al-‘Awfi, daripada Abi Saʽid Al-Khudri yang berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah (s.a.w) tentang firman Allah: قال الذي عنده علم من الكتاب“Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu dari Kitab”Beliau berkata: Mereka yang mempunyai ilmu dari kitab ialah Washi saudaraku Sulaiman bin Daud. Aku bertanya wahai Rasulullah, firman Allah Azzawajalla: قل كفى بالله شهيدا بيني و بينكم و من عنده علم الكتابKatakanlah: Cukuplah Allah menjadi saksi antaraku dengan kamu, dan juga disaksikan oleh orang yang mempunyai ilmu Kitab"Beliau berkata: Itu adalah saudaraku Ali bin Abi Talib.Walau bagaimana pun terdapat banyak riwayat tentang ini, cukuplah setakat ini dengan apa yang telah disebutkan.Kesimpulan: Riwayat-riwayat yang dirujuk oleh para mufassirin Syiah tentang ayat  “orang yang mempunyai ilmu Kitab” (من عند ه علم الكتاب) adalah mempunyai sanad-sanad yang sahih dan ianya merupakan dalil yang sangat kuat. Oleh itu kesimpulan tentang ayat yang disebutkan tadi ialah penerangan tempat posisi ketinggian ilmu Amirul Mukminin menurut Iradah dan kehendak Allah.Kedua: Pandangan AhlusunnahPembuktian secara ilmiyah tentang Amirul Mukmini (a.s) di kalangan mazhab Ahlusunnah tidaklah tersembunyi atau terlalu misteri. Majoriti tokoh-tokoh mufassirin Ahlusunnah mengakui bahawa tafsir ayat « من عنده علم الكتاب »  ialah berkenaan dengan Ali bin Abi Talib. Terdapat berbagai riwayat yang akan disebutkan di sini bahawa hakikat orang yang mempunyai ilmu kitab tersebut adalah Ali.Meskipun begitu terdapat berbeza pendapat dikalangan ahli tafsir Ahlusunnah bahawa hakikat ayat tersebut adalah Abdullah bin Salam, sebahagian yang lain mengatakan Jibrail dan sebahagian yang lain pula mengatakan Salman Al-Farisi. Meskipun begitu tidak satu pun di antara pandangan-pandangan ini mengemukakan dalil yang kukuh di mana riwayat-riwayat yang wujud mempunyai masalah atau mempunyai sanad yang lemah. Para ahli tafsir Ahlusunnah membawa berbagai dalil yang jelas untuk menegaskan Ali bin Abi Talib adalah hakikat orang yang mempunyai ilmu kitab di dalam ayat itu. Sebahagian daripada hadis-hadis mengenainya akan kita jelaskan di siniAnalisa Riwayat Ahlusunnah:Tha’labi (ثعلبي) menerangkan orang yang dimaksudkan ayat« من عنده علم الكتاب » melalui riwayat daripada Abi Ja’far (a.s) ialah Ali bin Abi Talib. Beliau menulis: ابن عطاء قال : كنت جالسا مع أبي جعفر في المسجد فرأيت ابن عبد الله بن سلام جالسا في ناحية فقلت لأبي جعفر : زعموا أن الذي عنده علم الكتاب عبد الله بن سلام . فقال : إنما ذلك علي بن أبي طالب عليه السلام ‌عِنْدَهُ عِلْمُ الْكِتاب.تفسير الثعلبي ، ج 5 ، ص 303 .Ibnu ‘Atha berkata: Aku telah duduk bersama Abi Ja’far di dalam masjid, maka aku terlihat Ibnu Abdillah bin Salam duduk di suatu tempat. Lantas aku bertanya kepada Abi Ja’far, apakah ayat « من عنده علم الكتاب»   bermaksud Abdullah bin Salam? Beliau menjawab: Hanyasanya itu adalah Ali bin Abi Talib (a.s) yang mempunyai Ilmu Kitab di sisinya. – Tafsir Al-Tha’labi, jilid 5 halaman 303Hakim Al-Haskani dalam Syawahid Al-Tanzil juga turut menukilkan bahawa maksud orang yang mempunyai ilmu kitab ialah Ali bin Abi Talib. Antara riwayat-riwayat yang ditunjukkan beliau ialah dari jalan Ibnu Abbas dan Muhammad Al-Hanafiyyah di mana ayat tersebut diturunkan mengenai Ali (a.s). Beliau menulis:عن ابن عباس في قوله تعالى : « ومن عنده علم الكتاب » قال هو علي بن علي طالب . عن ابن الحنفية في قوله تعالى : « ومن عنده علم الكتاب » قال : هو علي بن أبي طالب .Daripada Ibnu Abbas mengenai firman Allah: « ومن عنده علم الكتاب » beliau berkata ianya adalah Ali bin Abi Talib. Daripada Ibnu Al-Hanafiyah tentang firman Allah: « ومن عنده علم الكتاب »  beliau mengatakan ianya adalah Ali bin Abi Talib. عن أبي عبد اللّه عليه السّلام:  «أنّ المراد بمن عنده علم الكتاب علي بن أبي طالب و أئمّة الهدى عليهم السّلام » Daripada Abi Abdillah Imam Ja’far As-Sodiq (a.s) berkata: Sesungguhnya maksud « ومن عنده علم الكتاب » ialah Ali bin Abi Talib dan para Imam Al-Huda (a.s).روى بريد بن معاوية عن أبي عبد اللّه عليه السّلام أنّه قال : « إيّانا عنى ، و علي أولنا ، و أفضلنا ، و خيرنا بعد النبيّ صلّى اللّه عليه و آله و سلّم » Barid bin Mu’awiyah meriwayatkan daripada Abi Abdillah Imam Ja’far As-Sodiq (a.s) yang berkata: (Ayat tersebut) hanyalah tentang kami (Ahlul Bait) dan Ali yang paling utama dan afdhal di kalangan kami setelah Nabi (s.a.w).Sebagai tambahan beliau menulis:و يؤيّد ذلك ما روي عن الشعبي أنّه قال : ما أحد أعلم بكتاب اللّه بعد النبيّ من عليّ بن أبي طالب عليه السّلام .شواهد التنزيل ، ّالحاكم الحسكاني ، ج 1 ، ص 402 .Dikuatkan dengan apa yang diriwayatkan daripada Al-Sya’bi yang berkata: Tidak seorang pun tahu lebih dari Ali tentang Kitab Allah setelah Nabi (s.a.w). – Syawahid Al-Tanzil, Al-Hakim Al-Haskani, jilid 1 halaman 402Sulaiman Qanduzi menukilkan daripada Sa’id Al-Khudri di dalam tafsir « ومن عنده علم الكتاب »  beliau meriwayatkan bahawa maksud ayat tersebut ialah Ali bin Abi Talib:عن عطية العوفي عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال : سألت رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم عن هذه الآية « الذين عنده علم من الكتاب » قال : ذاك أخي سليمان بن داود عليهما السلام . وسألته عن قوله الله عز وجل « قل كفى بالله شهيدا بيني وبينكم ومن عنده علم الكتاب » قال : ذاك أخي علي بن أبي طالب صاحب المناقب .Daripada Al-‘Uthiyyah Al-‘Awfi, daripada Abi Sa’id Al-Khudri berkata aku bertanya kepada Rasulullah tentang ayat ini: « الذين عنده علم من الكتاب »  Baginda bersabda: Itu ialah (Washi) saudaraku Sulaiman bin Daud (a.s). Aku bertanya tentang firman Allah: « قل كفى بالله شهيدا بيني وبينكم ومن عنده علم الكتاب »  Baginda bersabda: itu ialah saudaraku Ali bin Abi Talib.Terdapat juga riwayat dari berbagai jalan yang menukilkan sebagai berikut:روى عن محمد بن مسلم وأبي حمزة الثمالي وجابر بن يزيد عن الباقر عليه السلام . وروى علي بن فضال والفضيل عن الرضا عليه السلام ، وقد روى عن موسى بن جعفر ، وعن زيد بن علي عليه السلام ، وعن محمد بن الحنفية ، وعن سلمان الفارسي ، وعن أبي سعيد الخدري وإسماعيل السدي أنهم قالوا في قوله تعالى : « قل كفى بالله شهيدا بيني وبينكم ومن عنده علم الكتاب » هو علي بن أبي طالب عليه السلام .ينابيع المودة ، القندوزي ، ج 1 ، ص307 .Diriwayatkan daripada Muhamamd bin Muslim dan Abi Hamzah Al-Thumali, dan Jabir bin Yazid, daripada Al-Baqir (a.s). Ali bin Fadhdhal dan Al-Fadhil daripada Al-Ridha (a.s). Sesungguhnya beliau meriwayatkan daripada Musa bin Ja’far dan daripada Zaid bin Ali (a.s), dan daripada Muhammad bin Al-Hanafiyah, dan daripada Salman Al-Farisi, dan daripada Abi Sa’id Al-Khudri dan Islmail Al-Sudiy, sesungguhnya mereka telah berkata tentang firman Allah:قل كفى بالله شهيدا بيني وبينكم ومن عنده علم الكتاب(maksud yang mempunyai ilmu kitab) ialah Ali bin Abi Talib (a.s). – Yanabiul Mawaddah jilid 1 halaman 307.Pengesahan:Selain itu, banyak lagi riwayat tentang kedudukan ilmu Imam Ali (a.s) dari sumber-sumber Ahlusunnah sebagai pengesahan dan penegasan bahawa ayat « و من عنده علم الكتاب » tersebut adalah mengenai Ali bin Abi Talib. Beberapa riwayat adalah seperti berikut:Riwayat pertama: أنا مدينة العلم و علي بابها ...Hakim Nisyaburi menukilkan sebuah riwayat daripada Ibnu Abbas yang berkata Nabi (s.a.w) bersabda: Aku adalah kota ilmu dan Ali adalah pintunya, barangsiapa yang ingin memasuki kota ini hendaklah melalui pintunya.Sebagai pengesahan kesahihan hadis tersebut, Hakim menulis:حدثنا أبو العباس محمد بن يعقوب ثنا محمد بن عبد الرحيم الهروي بالرملة ثنا أبو الصلت عبد السلام بن صالح ثنا أبو معاوية عن الأعمش عن مجاهد عن بن عباس رضي الله عنهما قال قال رسول الله صلي الله عليه و آله‌ :‌‌‌‌ « أنا مدينة العلم و علي بابها فمن أراد المدينة فليأت الباب » . هذا حديث صحيح الإسناد و لم يخرجاه و أبو الصلت ثقة مأمون ... النيسابوري ، محمد بن عبدالله أبو عبدالله الحاكم الوفاة : 405 هـ  ، المستدرك على الصحيحين  ،  دار النشر : دار الكتب العلمية ، بيروت - 1411هـ - 1990م ، ج 3 ص 126 ،‌ الطبعة : الأولى ، تحقيق

Download FILES


کنگره جریان‏های تکفیری