Sahihkah riwayat « لا اوتي بمن يفضلني علي ابي بكر و عمر الاّ جلدته حدّ المفتري»?

  • News Code : 255615
  • Source : ABNA.co

Riwayat tersebut terdapat di dalam beberapa kitab Ahlusunnah seperti bab ‘Kelebihan Sahabat’ (فضائل الصحابه) agar kekhalifahan Abu Bakar dapat disyar’ikan kerana mengambil fahaman kononnya Ali bin Abi Talib berkata: لا اوتي بمن يفضلني علي ابي بكر و عمر الاّ جلدته حدّ المفتري“Janganlah ada seorang laki-laki yang datang kepadaku dengan melebihkanku di atas Abu Bakr dan ‘Umar kecuali akan aku tibai dia dengan cambukan pada seorang pendusta”Jawapan global:1.    Sanad hadis tersebut bermasalah.2.    Terdapat ramai para sahabat dan tabi’in yang mengakui kelebihan Ali bin Abi Talib.3.    Abu Bakar mengaku bahawa beliau tidak ada kelebihan.4.    Pengakuan Ali bin Abi Talib tentang kelebihannya.1. Kedhaifan sanad HadisAhmad bin Hanbal di dalam kitab Fadhail Al-Sahabah meriwayatkan hadis tersebut seperti berikut:حدثنا عبد الله ، قال : حدثني هدية بن عبد الوهاب ، قال : ثنا أحمد ابن إدريس ، قال : ثنا محمد بن طلحة ، عن أبي عبيدة بن الحكم ، عن الحكم بن جحل ، قال : سمعت عليا يقول : لا يفضلني أحد على أبي بكر وعمر إلا جلدته حد المفتري.Abdullah menceritakan kepada kami, daripada Hadiyyah bin Abdul Wahhab, Ahmad bin Idris, Muhammad bin Talhah, Abi Ubaidah bin Al-Hakam, Hakam bin Jahl berkata:Aku mendengar Ali (a.s) berkata: “Janganlah ada seorang laki-laki yang datang kepadaku dengan melebihkanku di atas Abu Bakr dan ‘Umar kecuali akan aku tibai dia dengan cambukan pada seorang pendusta”Setelah menyebut silsilah sanad riwayat tesebut, Ahmad bin Hanbal mengatakan: وهو من زيادات عبد الله بن أحمد . Ianya adalah penambahan (ciptaan) Abdullah bin AhmadMuhaqqiq kitab tersebut mengatakan dalam catatan marginnya sebagai: إسناده ضعيف لأجل أبي عبيدة بن الحكم  ومحمد بن طلحة لم يتبين لي من هو ؟فضائل الصحابة ، ج 1 ، ص 83 ، رقم 49، 294/1 رقم 387، بتحقيق د. وصي اللّه محمد عباس. ط. مؤسسة الرسالة - بيروت.Sanad riwayat itu Dhaif kerana Abi Abdillah bin Ahmad dan saya tidak jelas bahawa siapakah Muhammad bin Talhah?‘Uqaili setelah menukilkan riwayat ini di dalam kitab Al-Dhu’afa, beliau menceritakan tentang Muhammad bin Talhah:وضعّفه يحيى، وروى عن عبد اللّه بن أحمد قال سمعت يحيى بن معين يقول: كان يقال: ثلاثة يتقى حديثهم، محمد بن طلحة وايوب بن عتبة وفليح.ضعفاء العقيلي ، ج 1 ص 108 و  ج 4 ، ص 85 ،  ورجوع شود به: تهذيب الكمال ، مزي ، ج 25 ، ص 420 و سير اعلام النبلاء ، ج 7 ، 353 و ميزان الاعتدال ، ج3 ، ص 365 . و الجرح و التعديل ، الرازي ، ج 7 ص 292 و الكامل ، عبدالله بن عدي ، ج 6 ص 236 و...Yahya mendhaifkan Muhammad bin Talhah. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Ahmad berkata: Aku mendengar Yahya bin Mu’in berkata: Hindarkan mengambil hadis daripada tiga orang iaitu Muhammad bin Talhah, Ayyub bin ‘Utbah dan Fulaih.2. Ramai sahabat dan Tabi’in mengakui kelebihan Ali bin Abi Talib:Tarmizi yang wafat pada tahun 279 meriwayatkan daripada Aisyah dengan persanadannya:روى الترمذي، بإسناده عن جميع بن عمير قال: دخلت مع عمّتي على عائشة فسألت: أيّ الناس كان أحبّ إلى رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلّم؟ قالت: فاطمة، فقيل: من الرجال؟ قالت: زوجها.... Jami’ bin Umair berkata: Aku bersama pakcikku menemui Aisyah dan aku bertanya kepadanya: Siapakah yang paling dicintai Rasulullah (s.a.w)? Aisyah menjawab: Fatimah. Ditanya lagi: dari kalangan lelaki (yang dicintai Rasul)? Aisyah menjawab: Suaminya (Ali bin Abi Talib)Setelah menukilkan hadis ini Tarmizi mengatakan:هذا حديث حسن غريب . سنن الترمذي، ج 5، ص 362 و المستدرك ، حاكم نيشابوري متوفاى 405 هـ ، ج 3، ص 157،. الاستيعاب ،ً ابن عبد البر،متوفاى 462 هـ ، ج 4، ص 1897.Hadis ini Hasan Gharib.Zahabi berkata: ليس تفضيل علي برفض ولا هو ببدعة ، بل قد ذهب إليه خلق من الصحابة والتابعين. سير أعلام النبلاء ، ج 16 ص 457 .Tidaklah menjadi Rafhidhah dengan melebihkan Ali dan tidaklah ia menjadi bid’ah. Bahkan sekelompok sahabat dan tabi’in berpandangan seperti ini.Salah seorang ulama Sunni, Ibnu ‘Abdul Bar menukilkan di dalam kitab Al-Isti’ab yang merupakan kitab paling muktabar rijalnya:    وروي عن سلمان ، وأبي ذر ، والمقداد ، وخباب ، وجابر ، وأبي سعيد الخدري ، وزيد بن أرقم : أنّ علي بن أبي طالب - رضي الله عنه - أوّل من أسلم ، وفضله هؤلاء على غيره. الإستيعاب في معرفة الأصحاب ، ج 3  ،1090 . Diriwayatkan daripada Salman, Abu Zar, Miqdad, Khabbab, Jabir, Abi Sa’id Al-Khudri dan Zaid bin Arqam: Ali bin Abi Talib adalah orang yang pertama masuk Islam dan mereka (sahabat seperti yang disebutkan nama mereka sebelum ini) menganggap Ali afdhal dari yang lain.Ibnu Hazm di dalam kitabnya Al-Fashl (الفصل) berkata: اختلف المسلمون في من هو أفضل الناس بعد الأنبياء ، فذهب بعض أهل السنة وبعض المعتزلة وبعض المرجئة وجميع الشيعة : إلى أن أفضل الأمة بعد رسول الله صلى الله عليه وسلم : علي بن أبي طالب - رضي الله عنه - . وقد روينا هذا القول نصا عن بعض الصحابة - رضي الله عنهم - وعن جماعة من التابعين والفقهاء. الفصل في الملل والنحل ، ج 4 ، ص 181 .Umat Islam berselisih faham siapakah yang afdhal (lebih baik) setelah para nabi, sebahagian Ahlusunnah, Al-Mu’tazilah, Al-Murji’ah dan seluruh Syiah bahawa yang sebaik-baik manusia setelah Rasulullah (s.a.w) ialah Ali bin Abi Talib Radhiallahuanhu. Kami meriwayatkan nash pendapat ini daripada sebahagian sahabat Rashiallahuanhum dan juga daripada sekelompok tabi’in dan fuqaha. – Al-Fash fi Al-Milal Wan Nihal, jilid 4 halaman 181.Ibnu Jawzi di dalam Manaqib Ahmad menukilkan daripada anak lelaki Ahmad bin Hanbal seperti berikut:عبد الله بن أحمد بن حنبل يقول : حدثت أبي بحديث سفينه فقلت . . ما تقول في التفضيل ؟ قال : في الخلافة أبو بكر وعمر وعثمان ، فقلت : فعليّ؟ قال:  عليّ من أهل بيت لا يقاس بهم أحد. مناقب الامام أحمد لابن الجوزي ص 163.Abdullah bin Ahmad bin Hanbal berkata: Aku menukilkan hadis ‘Safinah’ kepada ayahku dan aku bertanya kepadanya… Apakah pandanganmu tentang Al-Tafdhil (yang lebih baik/afdhal)? Tentang kekhalifahan yang sebaik-baiknya adalah Abu Bakar, Umar dan Uthman. Aku bertanya: Bagaimana pula dengan Ali? Beliau menjawab: Ali adalah Ahlul Bait, beliau tidak boleh dibandingkan dengan mereka (bukan Ahlul Bait) seorang pun. – Manaqib Al-Imam Ahmad Li – Ibnu Jawzi.3. Pengakuan Abu Bakar tentang ketiadaan fadhilatnya.Ahli Hadis Ahlusunnah menukilkan kata-kata Abu Bakar yang mengatakan: ولّيتكم وَ لَستُ بخيركم . طبقات ابن سعد ، ج 3 ، ص 182 و تأويل مختلف الحديث ، لابن قتيبة المتوفى 276 ، ص 109   ط. دار الجيل - بيروت بتحقيق محمد زهرى النجار و تاريخ مدينة دمشق ، ج30 ، ص  304 و تخريج الأحاديث والآثار للزيعلي المتوفى 762، ط. دار ابن خزيمة الرياض وغريب الحديث للخطابى ، المتوفى 388 ط. جامعة أم القرى بتحقيق عبد الكريم العزباوي ، تفسير القرطبي ، ج 3 ، ص 262 و غريب الحديث ، ج2 ، ص 35  و الإمامة والسياسة ، ص 22 و العقد الفريد ، ج 5 ص 13 و السقيفة وفدك ، للجوهري ، ص 52 و المعيار والموازنة ، لأجعفر الإسكافي ، ص 39 و شرح نهج البلاغه ، ابن أبي الحديد ، ج 1، ص 169 و ج 2 ، ص 56  و  كنز العمال ، ج 5 ص 636 و البداية والنهاية ، ابن كثير، ج 5 ، ص 269.Sesungguhnya aku telah dilantik untuk kamu, dan aku bukanlah yang terbaik dikalangan kamu. - Tabaqat Ibnu Sa’ad jilid 3 halaman 182- Ta’wil Mukhtalif Al-Hadis Li Ibnu Qutaibah halaman 109- Tarikh Madinah Dimashqi, jilid 30 halaman 304- Takhrij Al-Ahadis Wal Atsar Lil Zai’ali dan banyak lagi…Di dalam riwayat yang lain beliau telah mengatakan: أقيلوني ولست بخيركم. مجمع الزوائد ، ج 5 ، ص183 و سيرة ابن هشام ، ج 2، ص 661  و تاريخ الخلفاء، ص 71 و شرح النهج للمعتزلي ، ج1 ص 169 و تفسير القرطبي ، ج 1 ص 272 و السير الكبير للشيباني ، ج 1 ص 36 و الإمامة والسياسة ، ج1 ص 31 و المعيار والموازنة للإسكافي ، ص 39 و المعجم الأوسط للطبراني ، ج7 ، ص 267 و كنز العمال ، ج 5 ، ص 631.Lepaskan aku dan aku bukanlah orang yang terbaik daripada kalangan kamu.- Majma’ Al-Zawaid, jilid 5 halaman 183- Sirah Ibnu Hisham jilid 2 halaman 661- Tarikh Al-Khulafa jilid 71- Syarh Alnahj Lil Mu’tazili, jilid 1 halaman 169- Tafsir Al-Qurtubi, jilid 1 halaman 272- Al-Sair Al-Kabir Lil Shaibani, jilid 1 halaman 36- Al-Imamah Wa Siyasah jilid 1 halaman 31- Al-Mi’yar Wal Muwazinah Lil Iskafi, halaman 39- Mu’jam Al-Awsat Lil Tabrani jilid 7 halaman 267- Kanzul Ummal, jilid 5 halaman 631.Pengakuan ketika seseorang melakukan kesalahan sudah tentu bukan membawa makna kerendahan hati.4. Penjelasan Ali bin Abi Talib tentang kelebihan dirinya:Ibnu Abil Hadid meriwayatkan:وقال عثمان لعلي عليه السلام إنّك إن تربّصت بى فقد تربّصت بمن هو خير منّي ومنك، قال: ومن هو خير منّي؟ قال: أبو بكر وعمر. فقال: كذبت ، أنا خير منك ومنهما ، عبدت اللّه قبلكم  وعبدته بعدكم.شرح نهج البلاغه معتزلي ، ج 10 ، جزء 20 ، ص 25 ، احتجاج طبرسي ، ج 1 ص 229 و مناقب ابن شهر آشوب ، ج 1 ، ص 289 و المسترشد طبري ، ص 227 و الفصول المختارة ، شيخ مفيد ، ص 261. Usman berkata kepada Ali (a.s): Jikalau engkau menunggu aku, maka aku menunggu orang yang lebih baik daripada aku dan engkau. Ali bertanya: Siapakah yang lebih baik daripadaku? Beliau menjawab: Abu Bakar dan Umar.Ali membalas: Engkau berdusta, aku lebih baik daripada engkau dan mereka berdua. Aku menyembah Allah sebelum dan selepas kalian. – Syarh Nahjul Balaghah Mu’tazili, jilid 10 halaman 20; Ihtijaj Thabrasi, jilid 1 halaman 229; Manaqib Ibnu Syahr Asyub, jilid 1 halaman 289; Al-Mustabsyad Tabari, halaman 227; Al-Fushul Al-Mukhtarah Li Syaikh Mufid, halaman 261.

Download FILES


کنگره جریان‏های تکفیری