Benarkah Imam Hasan Al-Askari meninggal dunia tanpa anak?

  • News Code : 260704
  • Source : ABNA.co

Ibnu Taimiyyah Al-Harrani di dalam Minhaj Al-Sunnah menulis:قد ذكر محمد بن جرير الطبري وعبد الباقي بن قانع وغيرهما من أهل العلم بالأنساب والتواريخ أن الحسن بن علي العسكري لم يكن له نسل ولا عقب والإمامية الذين يزعمون أنه كان له ولد يدعون أنه دخل السرداب بسامرا وهو صغير منهم من قال عمرة سنتان ومنهم من قال ثلاث ومنهم من قال خمس سنين... .ابن تيميه الحراني الحنبلي، ابوالعباس أحمد عبد الحليم (متوفاى 728 هـ)، منهاج السنة النبوية، ج4، ص87، تحقيق: د. محمد رشاد سالم، ناشر: مؤسسة قرطبة، الطبعة: الأولى، 1406هـ.Sesungguhnya Muhammad bin Jarir Al-Tabari, Abdullah Al-Baqi bin Qani’ dan selain daripada mereka berdua daripada ahli ilmu ansab dan sejarah mengatakan bahawa Imam Hasan Al-Askari tidak mempunyai keturunan dan penerus, manakala golongan Syiah Imamiyah yang mengakui bahawa ia mempunyai anak lelaki, mereka mendakwa bahawa ia telah memasuki sardab di Samarra sedangkan ia masih kecil, sebahagian daripada mereka mengatakan ia berusia dua tahun, ada di kalangan mereka mengatakan ia berusia tiga tahun, sebahagian daripada mereka pula mengatakan lima tahun…Ihsan Ilahi Zahir di dalam kitab Al-Syiah Wa Ahlul Bait (الشيعة وأهل البيت) turut mengulangi kata-kata Ibnu Taimiyah dengan mengatakan:من أكاذيب الشيعة على اهل البيت انهم نسبوا اليهم الأقوال والروايات التي تنبيء بخروج القائم من اولاد الحسن العسكري الذي لم يولد له مطلقا ...الشيعة وأهل البيت، ص244 .Daripada penipuan-penipuan Syiah tentang Ahlul Bait, sesungguhnya mereka mengaitkan keluarnya Al-Qaim (Imam Mahdi) daripada anak-anak Al-Hasan Al-Askari yang ditegaskan dengan ucapan-ucapan dan riwayat-riwayat. Sedangkan beliau sama sekali tidak mempunyai anak … - Al-Syiah Wa Ahlul Bait, halaman 244Wahabi-Wahabi yang lain seperti Ahmad Mahmud Subhi di dalam kitab Nazariyah Al-Imamiyah (نظرية الإمامة) halaman 409, Dr. Qaffari di dalam Ushul Mazhab Al-Syiah (اصول مذهب الشيعه) jilid 1 halaman 451 mereka turut mengulangi perkara ini.Kritikan dan penelitian.Malangnya golongan Wahabi dan pemimpin mereka Ibnu Taimiyah menimbulkan persoalan-persoalan tentang aqidah Syiah sehingga sanggup melakukan pembohongan yang dikaitkan dengan ulama mereka sendiri.Seperti yang dinukilkan oleh Ibnu Taimiyah daripada Al-Tabari bahawa Imam Hasan Al-Askari tidak mempunyai keturunan dan penerus (نسل ولا عقب), namun apa yang terjadi perkara ini tidak ditemui di dalam kitab Tarikh Al-Tabari dari halaman awal hingga ke akhir. Sebenarnya perkataan Al-Askari (العسكري) hanya disebut satu kali sahaja iaitu di jilid ke-5, halaman 368 tentang Ibrahim bin Mihran Al-Nasrani Al-Askari (إبراهيم بن مهران النصرانى العسكري) namun ayat “نسل ولا عقب” sama sekali tidak ada di dalam kitab tersebut.Muhammad Rasyad Salim pentahqiq kitab Minhaj Al-Sunnah, menyedari permasalahan ini dan beliau tidak mampu menemui perkara ini di dalam kitab Tarikh Al-Tabari. Dalam berusaha mencari rujukan untuk ucapan Ibnu Taimiyah tersebut, beliau sendiri telah terjebak di dalam kesilapan. Beliau berkata perkataan Ibnu Taimiyah ini berada di dalam kitab Shilat Al-Tarikh Al-Tabari (صلة التاريخ الطبرى) namun perkara ini tetap tidak ditemui di dalam lembaran-lembaran kitab tersebut. Muhammad Rasyad Salim sekali lagi melakukan kesilapan di atas kesilapan Ibnu Taimiyah.Hakikatnya, berkenaan perkara ini di dalam kitab Shilat Al-Tarikh Al-Tabari mengandungi ayat ‘لم يعقب الحسن’ namun ia masih tidak ada kaitan langsung dengan Imam Hasan Al-Hasan Al-Askari dan Al-Hujjah Imam Mahdi (a.f.s), bahkan peristiwa dalam catatan tersebut berbentuk begini: “Di zaman Muqtadar Abbasi, ada seseorang yang datang ke laman istana Muqtadar Abbasi dan berkata saya mempunyai urusan yang penting dengan Muqtadar, jikalaulah saya tidak segera mengabarkan kepadanya, nescaya akan terjadi sesuatu tragedi”“Setelah itu apabila beliau pergi menemui Muqtadar, beliau menerangkan suatu perkara yang telah berlalu dan akan datang. Muqtadar bertanya kepada beliau: Siapakah engkau? Beliau menjawab: Saya adalah Muhammad bin Hasan bin Ali bin Musa bin Ja’far Al-Ridha, iaitu saya cucu cicit Imam Ridha daripada anaknya Al-Hasan. Setelah itu Muqtadar memberi arahan supaya didatangkan kepadanya seorang individu daripada keturunan Abu Talib untuk mengesahkan kata-kata beliau agar Muqtadar dapat meyakininya”.“Seorang bernama Thumar daripada keturunan Abu Talib berkata tentang pembohongan kata-kata individu ini sebagai berikut:لم يعقب الحسن .Hasan (anak Imam Ridha) tidak pernah mempunyai penerus”.Malangnya Rasyad Salim, pentahqiq kitab Minhaj As-Sunnah tidak meneliti dengan sepatutnya sambil berkhayal bahawa Hasan tersebut ialah Imam Hasan Al-Askari (a.s). Sedangkan Hasan yang dimaksudkan ialah Hasan bin Ali bin Musa Al-Ridha (a.s) dan beliau dalam kisah tersebut tidak ada kena mengena dengan Imam Hasan Al-Askari serta Al-Hujjah Imam Al-Mahdi (a.s). Menarik perhatian di sini, orang yang mendakwa dirinya sebagai cucu cicit Imam Ridha mendapat nama buruk, akhirnya identitinya diketahui juga bahawa beliau telah berbohong dengan mengaitkan dirinya dengan Ahlul Bait (a.s) sedangkan beliau adalah anak kepada orang yang bernama Ibnu Al-Dhab’i dan mereka menemui bapanya.  Setelah itu beliau melutut di kaki Muqtadar dan sudah tentu Muqtadar menjatuhkan hukuman berat yang difikirkan setimpal ke atasnya, di hari kemudian ia diarak di kalangan orang ramai dan dimalukan. Setelah itu ia dihumban ke penjara.Demikianlah apa yang tercatat dalam kitab Shilat Tarikh Al-Tabari tetapi ia bukanlah dikarang oleh Tabari. Namun ia dikarang oleh seseorang yang tidak dikenal dan majhul dengan nama Arib bin Sa’d Al-Qurtubi yang meninggal pada tahun 369 Hijrah di mana tidak ada satu pun dari kitab-kitab tarajim Ahlusunnah yang menyebut nama dan mensyarahkan perihal beliau.Walau bagaimana pun salah seorang ulama Wahabi bernama Khair Al-Din Zarkali di dalam kitab Al-A’lam mensyarahkan perihal beliau secara ringkas:عريب بن سعد القرطبي : طبيب مؤرخ من أهل قرطبة . من أصل نصراني (اسبانيولي) أسلم آباؤه واستعربوا وعرفوا ببني التركي . استعمله الناصر (سنة 331) على كورة أشونة . واستكتبه المستنصر (الحكم) وارتفعت منزلته عند الحاجب المصور (أبي عامر) فسماه " خازن السلاح " واختصر " تاريخ الطبري " وأضاف إليه أخبار إفريقية والأندلس ، فسمي " صلة تاريخ الطبري.الزركلي ، خير الدين (متوفاي 1410هـ)، الأعلام قاموس تراجم لأشهر الرجال والنساء من العرب والمستعربين والمستشرقين ، ج4، ص 227، ناشر: دار العلم للملايين ـ بيروت، الطبعة: الخامسة، 1980مArib bin Sa’ad Al-Qurtubi: seorang tabib dan sejarawan dari penduduk Qurtubah. Asal usul beliau dari keluarga Kristian, ayahnya memeluk agama Islam dan mempelajari Arab, beliau masyhur dengan Bani Turki. Nasir (meninggal pada tahun 331 Hijrah) mengangkatnya menjadi gabenor di jajahan Ashnunah. Al-Mustanshir mengangkat beliau menjadi penulisnya dan statusnya meningkat di sisi Al-Hajib Al-Mushawwir (Abi ‘Amir) sehingga digelar Khazin Al-Silah. Beliau meringkaskan Tarikh Al-Tabari dan menambah khabar-khabar dari Afrika dan Andalus. Maka kitab tersebut dinamakan Shilat Tarikh Al-Tabari. – Al-Zarkali, Khairuddin (meninggal pada tahun 1410 Hijrah), Al-A’lam Qamus Tarajim Li Asyhar Al-Rijal Wa Al-Nisa Min Al-‘Arab Wa Al-Musta’rabin Wa Al-Mustasyriqin, jilid 4 halaman 227.Namun ‘Abdul Baqi bin Qani’ Umawi yang mana Ibnu Taimiyah telah menukilkan kata-kata beliau bahawa Imam Hasan Al-Askari tidak mempunyai anak, malangnya Ibnu Taimiyah tidak mempunyai sebarang sanad dan bukti untuk nukilan beliau sendiri sehingga kita dapat melihat apakah beliau dengan berbohong menukilkan perkara ini di mana ia dikaitkan dengan Tabari.Wahabi yang lain juga mengulangi kata-kata Ibnu Taimiyah ini di mana tidak seorang pun daripada mereka dapat membuktikan selama lima kurun setelah Ibnu Taimiyah ini bahawa mereka ada dokumen dan dalil untuk beragrumen yang bersandar kepada Abdul Baqi bin Qani’. Malangnya mereka sentiasa meyakini Ibnu Taimiyah tanpa menyebut keterangan sahih bahawa perkara ini dapat digambarkan dengan pasti.Andainya kita anggap bahawa Abdul Baqi bin Qani’ mengatakan perkara ini, apakah orang seperti beliau dapat dijadikan hujjah dalam pembuktian perkara ini sedangkan ia telah didha’ifkan oleh Ahlusunnah?Syamsudin Al-Zahabi di dalam Siyar A’lam Al-Nubala dalam mensyarahkan hal beliau mengatakan:قال البرقاني البغداديون يوثقونه وهو عندي ضعيف وقال الدارقطني كان يحفظ ولكنه يخطىء ويصر.وروى الخطيب عن الأزهري عن أبي الحسن بن الفرات قال كان ابن قانع قد حدث به اختلاط قبل موته بنحو من سنتين فتركنا السماع منه وسمع منه قوم في اختلاطه.الذهبي الشافعي، شمس الدين ابوعبد الله محمد بن أحمد بن عثمان (متوفاى 748 هـ)، سير أعلام النبلاء، ج15، ص527، تحقيق: شعيب الأرنؤوط، محمد نعيم العرقسوسي، ناشر: مؤسسة الرسالة - بيروت، الطبعة: التاسعة، 1413هـ.Al-Burqani mengatakan orang Baghdad mentsiqahkannya namun pandangan saya ia adalah dhaif. Al-Darqathani berkata beliau seorang penghafal riwayat, namun beliau tersalah dan memaksa (mungkin ayat ‘يخطيء و يصر’ adalah tersalah cetak dan aslinya ialah ‘يخطيء و يصيب’ yang membawa maksud kadangkala tersalah, kadang-kadang betul). Khatib Al-Baghdadi menukilkan daripada Azhari, daripada Abil Hasan bin Furat yang berkata bahawa Ibnu Qani’ telah menjadi gila sebelum dua tahun kematiannya. Maka kami telah menghindari mendengar hadis daripadanya sedangkan ada golongan yang mendengar daripadanya di waktu beliau gila. - Al-Zahabi Al-Syafi’i, Syamsudin Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Uthman (meninggal pada tahun 748), Siyar A’lam An-Nubala, jilid 15 halaman 527.Oleh itu jikalaulah beliau benar mengatakan perkara demikian, ucapannya itu tidak dapat diterima pakai kerana kedhaifan yang ada padanya seperti yang telah dinukilkan tadi.Pengiktirafan tokoh-tokoh Ahlusunnah tentang kelahiran Imam Mahdi (a.s).Terlalu ramai tokoh-tokoh dan ilmuan Ahlusunnah sejak dari zaman dahulu hingga sekarang mengakui kelahiran Imam Mahdi (a.s) selain berterus terang beliau lahir ke dunia ini pada tanggal 15 Sya’ban tahun 255 Hijrah di kota Samarra. Cukuplah beberapa orang di antara mereka disebutkan di sini. Untuk telaah lebih lanjut, para pembaca dapat merujuk pada kitab Al-Ishalat Al-Mahdawiyah (الإصالة المهدوية) yang ditulis oleh Faqih Iman. Penulis tersebut membawakan 112 orang ulama Ahlusunnah yang berterus terang mengakui kelahiran Imam Zaman.1. Syamsuddin Al-Zahabi (meninggal pada tahun 748 Hijrah)Syamsuddin Al-Zahabi, ilmuan terulung dalam ilmu tarajim dan rijal Ahlusunnah telah menyatakan dengan jelas tentang kelahiran Imam Mahdi di dalam beberapa kitabnya. Beliau di dalam Al-‘Ibr Fi Akhbar min Ghabar menulis:وفيها [سنة 256 ه‍] محمد بن الحسن العسكري بن علي الهادي محمد الجواد بن علي الرضا بن موسى الكاظم بن جعفر الصادق العلوي الحسيني أبو القاسم الذي تلقبه الرافضة الخلف الحجة وتلقبه بالمهدي وبالمنتظر وتلقبه بصاحب الزمان وهو خاتمة الاثنى عشر... .الذهبي الشافعي، شمس الدين ابوعبد الله محمد بن أحمد بن عثمان (متوفاى 748 هـ)، العبر في خبر من غبر، ج2، ص37، تحقيق: د. صلاح الدين المنجد، ناشر: مطبعة حكومة الكويت - الكويت، الطبعة: الثاني، 1984.Pada tahun 255 Hijrah, Muhammad bin Al-Hasan Al-Askari bin Ali Al-Hadi Muhammad Al-Jawad bin Ali Al-Ridha bin Musa Al-Kazim bin Ja’far Al-Sodiq Al-Alawi Al-Husaini Abul Qasim yang dilaqabkan oleh Rafidhah sebagai Khalafal Hujjah, dan dilaqabkannya sebagai Al-Mahdi dan sebagai Al-Muntazar, dan dilaqabkannya sebagai Sahibul Zaman, beliau adalah Imam yang terakhir daripada Imam-Imam dua belas… - Al-Zahabi Al-Syafi’i, Syamsuddin Abu ‘Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Uthman (Wafat pada tahun 748 Hijrah), Al-‘Ibr Fi Khabar Min Ghabar, jilid 2 halaman 37.Di dalam Tarikh Al-Islam beliau menganggap tahun kewafatannya adalah 258 atau 256 dengan mengatakan:أبو محمد الهاشمي الحسيني أحد أئمة الشيعة الذين تدعي الشيعة عصمتهم . ويقال له الحسن العسكري لكونه سكن سامراء ، فإنها يقال لها العسكر . وهو والد منتظر الرافضة... وأما ابنه محمد بن الحسن الذي يدعوه الرافضة القائم الخلف الحجة ، فولد سنة ثمان وخمسين ، وقيل : سنة ست وخمسين . عاش بعد أبيه سنتين ثم عدم ، ولم يعلم كيف مات . وأمه أم ولد .الذهبي الشافعي، شمس الدين ابوعبد الله محمد بن أحمد بن عثمان (متوفاى 748 هـ)، تاريخ الإسلام ووفيات المشاهير والأعلام، ج19، ص113، تحقيق د. عمر عبد السلام تدمرى، ناشر: دار الكتاب العربي - لبنان/ بيروت، الطبعة: الأولى، 1407هـ - 1987م.Abu Muhammad Al-Hasyimi Al-Husaini adalah salah seorang daripada Imam-Imam Syiah yang mereka dakwa sebagai maksum dan mereka memanggilnya sebagai Hasan Al-Askari kerana tinggal di Samarra, di sebabkan Samarra digelar sebagai Al-Askar. Beliau (Al-Askar) adalah ayah kepada orang yang dinantikan oleh Rafidhah.Namun anaknya Muhammad bin Al-Hasan yang dipanggil Rafidhah sebagai Al-Qaim Al-Khalaf Al-Hujjah, lahir pada tahun dua ratus lima puluh lapan, sebahagian mengatakan beliau lahir pada tahun dua ratus lima puluh enam Hijrah, dan beliau hidup dua tahun setelah bapanya kemudian meninggal. Namun tidak diketahui bagaimana ia mati, dan ibunya dulunya seorang hamba. – Al-Zahabi Al-Syafi’i, Shamsudin Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Uthman (Wafat pada tahun 748 Hijrah), Tarikh Al-Islam Wa Wafayat Al-Masyahir Wal-A’lam, jilid 19 halaman 113.Apa yang penting bagi kita ialah terbuktinya bahawa Imam Hasan Al-Askari mempunyai anak, namun mengenai kematian anaknya atau tidak, ia akan menghadapi kritikan berasingan yang membatalkan kata-kata Zahabi nanti.Di dalam kitab Siyar A’lam Al-Nubala’ beliau mengatakan:المنتظر الشريف أبو القاسم محمد بن الحسن العسكري بن علي الهادي ابن محمد الجواد بن علي الرضى بن موسى الكاظم بن جعفر الصادق بن محمد الباقر بن زين العابدين بن علي بن الحسين الشهيد بن الامام علي بن أبي طالب العلوي ا

کنگره جریان‏های تکفیری