Apakah Ulama Ahlusunnah memaknai kalimah "maula" dalam hadis al-Ghadir sebagai imam dan khalifah?

  • News Code : 390700
  • Source : ABNA.co

Pertanyaan:

Dengan mengamati beberapa perselisihan yang wujud di kalangan Syiah dan Sunni dalam perbahasan imamah dan wilayah Amirul Mukminin (a.s), salah satu daripada puluhan sandaran Syiah untuk keimamahan bilā faṣilah (pemimpin serta merta setelah Rasulullah tanpa didahului oleh sesiapapun) Amirul Mukminin (a.s) ialah Hadis al-Ghadir; Ulama Syiah berkata: “مولي” bermakna “اولي بالتصرف”, “imam”, “pentadbir” dan kalimah yang sinonim dengannya. Perkataan maula dalam hadis al-Ghadir benar-benar membawa makna tersebut sementara para ulama Ahlusunnah mengingkarinya dengan membawa penakwilannya sebagai pembantu “ناصر”, kekasih “محبوب” dan lain-lain lagi. Sekarang persoalan di sini ialah apakah terdapat mana-mana ulama Ahlusunnah menerima makna hadis ini sebagaimana yang difahami oleh Syiah, atau mereka menggunakan teksnya seperti demikian?

Jawapan:

Sebahagian ulama Ahlusunnah memaknai kalimah maula seperti pandangan Syiah sebagaimana penerangan berikut ini:

1. Al-Imam Abu Hamid al-Ghazali (505 Hijrah)

Beliau adalah ulama tersohor dan dianggap salah seorang cendiakawan besar Ahlusunnah. Katanya:

لكن أسفرت الحجة وجهها واجمع الجماهير على متن الحديث من خطبته في يوم عيد يزحم باتفاق الجميع وهو يقول: " من كنت مولاه فعلي مولاه " فقال عمر بخ بخ يا أبا الحسن لقد أصبحت مولاي ومولى كل مولى فهذا تسليم ورضى وتحكيم ثم بعد هذا غلب الهوى تحب الرياسة وحمل عمود الخلافة وعقود النبوة وخفقان الهوى في قعقعة الرايات واشتباك ازدحام الخيول وفتح الأمصار وسقاهم كأس الهوى فعادوا إلى الخلاف الأول: فنبذوه وراء ظهورهم واشتروا به ثمناً قليلا.
مجموعة رسائل الإمام الغزالي، كتاب سر العالمين ص483 ، طبعة مصححة منقحة، إبراهيم أمين محمد، المكتبة التوفيقية.

Namun hujjah sudah menjadi jelas, dan gagasan umat semuanya sebulat suara dan sepakat terhadap teks hadis di hari al-Ghadir Khum, di mana Nabi (s.a.w) bersabda:

"Barangsiapa yang menjadikan aku sebagai pemimpinnya, maka inilah Ali sebagai pemimpinnya."

Maka Umar pun berkata: Tahniah, tahniah wahai Abal Hasan, sesungguhnya engkau telah menjadi pemimpinku dan pemimpin setiap lelaki dan perempuan yang beriman.

Ini adalah penerimaan, keredaan dan tahkim. Setelah itu hawa nafsu pun mendominasi demi tampuk pemerintahan, dan ia membawa tiang kekhalifahan, terma-terma perjanjian, debaran serakah dalam kibaran panji-panji, kuda-kuda bersesak bertempur, kempen pembukaan negeri-negeri memberikan mereka minuman hawa nafsu, kerana ini orang ramai kembali ke hari pertama perselisihan, mengenepikan janji taat setia, dan menjualnya dengan harga yang murah.

[rujukan]
- Majmuʻah rasā’il al-Imām al-Ghazāli, kitāb Sirr al-ʻAlamīn, halaman 483.
- http://islamport.com/w/akh/Web/240/4.htm

Sibt Ibnu Jawzi mengesahkan bahawa kitab Sirrul ‘Alamin adalah karya al-Ghazali dengan menukilkan tulisannya tanpa sebarang penolakan:

وذكر أبو حامد الغزالي في كتاب سر العالمين وكشف ما في الدارين ألفاظا تشبه هذا. فقال قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم لعلي يوم غدير خم: من كنت مولاه فعلي مولاه. فقال عمر بن الخطاب: بخ بخ يا أبا الحسن أصبحت مولاي ومولى كل مؤمن ومؤمنة. قال: وهذا تسليم ورضى وتحكيم، ثم بعد هذا غلب الهوى حبا للرياسة وعقد البنود وخفقان الرايات وازدحام الخيول في فتح الأمصار وأمر الخلافة ونهيها، فحملهم على الخلاف فنبذوه وراء ظهورهم واشتروا به ثمنا قليلا فبئس ما يشترون.
تذكرة خواص الإمامة، ص 62

Abu Hamid al-Ghazali mengingatkan di dalam kitabnya Sirrul ʻAlamin Wa Kashf fi al-Darin dengan lafaz-lafaz yang mirip dengan ini. Katanya Rasulullah (s.a.w) bersabda kepada Ali di hari Ghadir Khum: Barangsiapa yang menjadikan aku sebagai pemimpinnya, maka Ali adalah pemimpinnya. Umar bin al-Khattab pun berkata: Tahniah-tahniah wahai Abal Hasan, engkau telah menjadi pemimpinku dan pemimpin setiap lelaki dan perempuan beriman. Ini adalah penerimaan, keredaan dan tahkim. Setelah itu hawa nafsu pun mendominasi demi tampuk pemerintahan, dan ia membawa tiang kekhalifahan, terma-terma perjanjian, debaran serakah dalam kibaran panji-panji, kuda-kuda bersesak bertempur, kempen pembukaan negeri-negeri memberikan mereka minuman hawa nafsu, kerana ini orang ramai kembali ke hari pertama perselisihan, mengenepikan janji taat setia, dan menjualnya dengan harga yang murah.

[rujukan]
- Tadhkiratul Khawāṣ, halaman 62

Zahabi yang berada di bawah pengaruh peribadi al-Ghazali tidak ada cara lain kecuali mengiyakan perkara tersebut dengan berkata:

وما أدري ما عذره في هذا ؟ والظاهر أنه رجع عنه، وتبع الحق، فإن الرجل من بحور العلم، والله أعلم.
سير أعلام النبلاء، ذهبي، ج 19، ص 328.

Aku tidak tahu apakah alasan yang menyebabkan al-Ghazali berkata demikian? namun secara zahirnya beliau telah kembali berpatah balik mengikuti kebenaran. Sesungguhnya beliau adalah lelaki daripada samudera ilmu, dan Allah jua yang Maha Mengetahui.

[Rujukan]
- Siyar al-Aʻlam an-Nubala, al-Dhahabī, jilid 19 halaman 328

Keperibadian Abu Hamid al-Ghazali dari pandangan ulama Ahlusunnah

Yafi’i di dalam syarah al-Ghazali berkata:

وفضائل الإمام حجة الإسلام أبي حامد الغزالي - رضي الله تعالى عنه - أكثر من أن تحصر، وأشهر من أن تشهر.وقد روينا عن الشيخ الفقيه الإمام العارف بالله، رفيع المقام الذي اشتهرت كرامته العظيمة، وترادفت، وقال للشمس يوماً؛قفي، فوقفت حتى بلغ المنزل الذي يريد من مكان بعيد
مرآة الجنان، حوادث سنة 505

Keutamaan-keutamaan al-Imam Hujjatul Islam Abi Hamid al-Ghazali radhiallahu’anhu terlalu banyak untuk dibataskan, dan beliau lebih masyhur untuk dimasyhurkan. Kami telah meriwayatkan daripada al-Syeikh al-Faqih al-Imam al-ʻArif Billah, terlalu tinggi maqam yang mana karamah agungnya menjadi masyhur, pada suatu hari beliau berkata kepada matahari: Berhentilah. Maka matahari pun berhenti sehingga beliau sampai ke rumah yang ditujunya di suatu tempat yang jauh.

[Rujukan]
Mir'atul Jinan, peristiwa tahun 505

Suyuthi berkata tentang peribadi al-Ghazali sebagai berikut:


وعلى رأس الخامسة الإمام أبو حامد الغزالي، وذلك لتميزه بكثرة المصنفات البديعات، وغوصه في بحور العلم... حتى قال بعض العلماء الأكابر الجامعين بين العلم الظاهر والباطن: لو كان بعد النبي صلى الله عليه وآله وسلم نبي لكان الغزالي، وأنه يحصل ثبوت معجزاته ببعض مصنفاته.
التنبئه بمن يبعثه الله على رأس كل مائة، سيوطي، ص 12 .

Antara lima tokoh terhebat ialah al-Imam Abu Hamid al-Ghazali, ini disebabkan keistimewaannya dengan banyaknya penulisan-penulisan terbaru, dan betapa mendalamnya beliau di dalam samudera ilmu… sehingga sebahagian ulama besar dalam bidang ilmu zahir dan batin berkata: Sekiranya ada lagi nabi setelah Nabi Muhammad (s.a.w) maka sudah tentu ianya adalah al-Ghazali. Sesungguhnya mukjizat beliau dapat disabitkan dalam beberapa penulisannya.

[Rujukan]
Al-Tanbi'ah bi-Man Yab'athuhu Allah 'alá Ra's Kull Mi'ah, al-Sayuthi, muka surat 12.


Al-Zarqani berkata tentang peribadi al-Ghazali:

ذكر له الأسنوي في «المهمات» ترجمة حسنة منها: هو قطب الوجود والبركة الشاملة لكل موجود، وروح خلاصة أهل الإيمان، والطريق الموصل إلى رضا الرحمن، يتقرب به إلى الله تعالى كل صديق، ولا يبغضه إلا ملحد أو زنديق. مات بطوس سنة 505.
شرح المواهب اللدنيه، ج 1 ، ص 36

Al-Asnawi menyebut beliau di dalam kitab al-Muhimmāt dengan terjemahan yang sangat baik mengenai perihalnya: Beliau ialah paksi kewujudan dan keberkatan yang menyeluruh untuk semua kewujudan, spiritual intisari ahli iman, jalan yang menyampaikan kepada keredaan al-Rahman, dapat mendekatkan diri kepada Allah dengan beliau, tidak membencinya melainkan ateis atau kafir zindiq. Mangkat di bumi Thus tahun 505 Hijrah.

[Rujukan]
Syarh al-Mawahib al-Laduniyah, jilid 1 halaman 36

Kitab Sirrul ʻAlamīn adalah karya Imam al-Ghazali

Tidak dapat diragukan lagi bahawa kitab Sirrul ʻAlamīn adalah karya al-Ghazali, ini disebabkan Zahabi, Ibnu Jawzi, Ismail Basha Baghdadi menceritakan perkara ini di dalam kitab Mizan al-Iʻtidal, jilid 1 halaman 500, Siyar al-Aʻlam An-Nubala jilid 19 halaman 328, 403 dan Lisan al-Mizan jilid 2 halaman 215, Tazkirah Khawas halaman 62, Idhah al-Maknun jilid 2 halaman 11 dan 80.

2. Muhammad bin Talhah al-Shafiʻi

Muhammad bin Thalhah al-Shafiʻi merupakan salah seorang ulama besar Ahlusunnah dalam kurun ke 7 Hijrah yang mana syarah tentang peribadi beliau akan menyusul nanti:

فيكون معنى الحديث: من كنت أولى به أو ناصره أو وارثه أو عصبته أو حميمه أو صديقه فإن عليا منه كذلك، وهذا صريح في تخصيصه لعلي بهذه المنقبة العلية وجعله لغيره كنفسه ... بما لم يجعله لغيره. وليعلم: أن هذا الحديث هو من أسرار قوله تعالى ...فإنه أولى بالمؤمنين وناصر المؤمنين وسيد المؤمنين. وكل معنى أمكن إثباته مما دل عليه لفظ (المولى) لرسول الله فقد جعله لعلي عليه السلام. وهي مرتبة سامية ومنزلة شاهقة ودرجة علية ومكانة رفيعة خصه صلى الله عليه وسلم بها دون غيره، فلهذا صار ذلك اليوم يوم عيد وموسم سرور لأوليائه.
مطالب السئول، ص 45-44

Makna hadis: Barangsiapa yang menjadikan aku orang yang utama, atau pembantu, atau pewaris, atau sanak saudara, atau kesatuannya, atau rakan akrabnya, atau temannya, maka sesungguhnya Ali adalah sama daripadanya, ini adalah pengkhususan Ali dengan keistimewaan yang tinggi, baginda menjadikan orang lain seperti dirinya…

Tidak baginda jadikan orang lain sepertinya. Ini menyatakan bahawa: Sesungguhnya hadis ini adalah daripada rahsia firman Allah (s.w.t)…

Sesungguhnya Ali adalah orang beriman yang utama, pembantu dan penghulu orang beriman. Setiap makna dapat disabitkan tentangnya seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah (s.a.w) atas lafaz “al-Maula” kepada Ali (a.s). Ini adalah martabat yang tinggi, kedudukan,darjat dan tempat yang ulung, Rasulullah mengeksklusifkannya hanya untuk Ali, tidak kepada yang lain. Oleh itu hari ini menjadi hari Eid dan dinamakan hari kegembiraan untuk para pencinta Ali.

[rujukan] Mathalib al-Su’ūl, halaman 44-45

Peribadi Muhammad bin Thalhah al-Shafi’i di sisi ulama Ahlusunnah

هو: أبو سالم محمّد بن طلحة بن محمّد القرشي العدوي الشافعي المتوفّى سنة 652، ووصفه بالعلّامة الأوحد، برع في المذهب واصوله وشارك في فنون.
سير أعلام النبلاء، ج 23، ص293.

Beliau adalah Abu Salim Muhammad bin Thalhah bin Muhammad al-Qurashi Al-ʻAdawi al-Shafiʻi, wafat tahun 652, disifatkan sebagai ʻallamah al-Awhad, cemerlang dalam mazhab dan ushul, memberikan sumbangan dalam kebudayaan.

[Rujukan]
- Siyar al-Aʻlam An-Nubala, jilid 23 halaman 293

Tajuddin al-Subki berkata tentang beliau:

تفقه وبرع في المذهب وسمع الحديث بنيسابور من المؤيد الطوسي وزينب الشعرية وحدث بحلب ودمشق. روى عنه الحافظ الدِّمياطي ومجدُ الدين بن العَديم. وكان من صدور الناس، وَلي الوزارة بدمشق يومين، وتركها، وخرج عمّا يملكه من ملبوس ومَمْلوك وغيره وتزَهَّد.
طبقات الشافعية الكبرى، ج 8، ص63، الطبقه السادسه، فيمن توفي بين الستمائه والسبعمائه

Seorang yang faqīh, cemerlang dalam mazhab, mendengar hadis Nisyaburi yang disokong oleh al-Tusi dan Zainab al-Shaʻriyyah, menukilkan hadis di Halab dan Damsyik. al-Dimyathi, dan Majduddin bin al-ʻAdim meriwayatkan hadis daripadanya, beliau adalah seorang tokoh, pernah dijadikan menteri di Damsyiq selama dua hari namun meninggalkannya. Beliau keluar dari pakaian, hamba dan apa yang dimilikinya untuk menjadi zuhud.

[Rujukan]
Thabaqāt al-Shafiʻiyyah al-Kubra, jilid 8 halaman 63.

Dalam Thabaqat al-Shafiʻiyyah, beliau disifatkan sebagai:

محمد بن طلحة بن محمد بن الحسن الشيخ كمال الدين أبو سالم القرشي العدوي...
وكان فقيهاً بارعاً عارفاً بالمذهب والأصول والخلاف ترسل عن الملوك وساد وتقدم وسمع الحديث وحدث ببلاد كثيرة
طبقات الشافعية،ص 89،

Muhammad bin Thalhah bin Muhammad bin al-Hasan al-Syeikh Kamaluddin Abu Salim al-Qurashi al-ʻAdwi… Beliau seorang yang faqih, cemerlang dan ʻarif tentang mazhab, Ushul dan perselisihan. Beliau meninggalkan martabat, mendengar hadis dan meriwayatkan di banyak negara.

[Rujukan]
Thabaqat al-Shafiʻiyyah, halaman 89.

3. Sibth Ibnu Jawzi (654 Hijrah)

Di dalam Shawaʻiqul Muhriqah karya Ibnu Hajar, begitu juga Samhudi di dalam Jawahir al-ʻIqdayn telah menukilkan perkara ini dari kitab Tazkirah Khawāṣ

... (العاشر) بمعنى الأولى قال الله تعالى: «فاليوم لا يؤخذ منكم فدية ولا من الذين كفروا مأواكم النار هي مولاكم» أي: أولى بكم ... والمراد من الحديث: الطاعة المخصوصة فتعين العاشر. ومعناه: من كنت أولى به من نفسه فعلي أولى به. وقد صرح بهذا المعنى الحافظ أبو الفرج يحيى ابن سعيد الثقفي الأصبهاني في كتابه المسمى بمرج البحرين، فإنه روى هذا الحديث بإسناده إلى مشايخه وقال فيه: فأخذ رسول الله بيد علي وقال: من كنت وليه وأولى به من نفسه فعلي وليه. فعلم أن جميع المعاني راجعة إلى الوجه العاشر. ودل عليه أيضا قوله عليه السلام: ألست أولى بالمؤمنين من أنفسهم؟ وهذا نص صريح في إثبات إمامته وقبول طاعته.

Makna yang ke-sepuluh untuk Maula ialah keutamaan. Allah (s.w.t) berfirman:

فاليوم لا يؤخذ منكم فدية ولا من الذين كفروا مأواكم النار هي مولاكم

iaitu: yang utama bagi kamu… dan maksud hadis (al-Ghadir): Ketaatan yang khusus (kepada Ali) telah menyatakan apakah makna ke-sepuluh, dan maknanya ialah: (hadis) Barangsiapa yang menjadikan aku lebih utama daripada dirinya, maka Ali lebih utama baginya. Al-Hafiz Abul Faraj Yahya Ibnu Saʻid al-Tsaqafi Al-Isbahani menjelaskan makna ini di dalam kitabnya yang dinamakan Muruj al-Bahrain, sesungguhnya beliau meriwayatkan hadis ini dengan sanad daripada guru-gurunya dan berkata: Maka Rasulullah (s.a.w) pun mengambil tangan Ali dan berkata: Barangsiapa yang menjadikan aku sebagai pemimpinnya dan aku lebih utama baginya, maka Ali adalah pemimpinnya. Oleh itu diketahuilah seluruh makna tersebut kembali kepada sisi makna yang ke-sepuluh. Ia menunjukkan juga bahawa kata-kata Nabi: Tidakkah aku lebih utama bagi orang beriman daripada diri-diri mereka? Ini adalah nas yang jelas dalam menyabitkan imamahnya dan penerimaan taat kepadanya.

Kemudian, Sibth Ibnu Jawzi meneruskan tulisannya dengan menambah syair tentang al-Ghadir dan imamah Amirul Mukminin yang dideklamasikan disisi Rasulullah (s.a.w):

فقال حسان بن ثابت:
يناديهم يوم الغدير نبيهم * بخم فأسمع بالرسول مناديا
وقال فمن مولاكم ووليكم*فقالوا ولم يبدوا هناك التعاميا
إلهك مولانا وأنت ولينا * ومالك منا في الولاية عاصيا
فقال له قم يا علي فإنني* رضيتك من بعدي إماما وهاديا
فمن كنت مولاه فهذا وليه * فكونوا له أنصار صدق مواليا
هناك دعا اللهم وال وليه * وكن للذي عادى عليا معاديا
ويروى أن النبي صلى الله عليه وسلم لما سمعه ينشد هذه الأبيات قال له : يا حسان لا تزال مؤيدا بروح القدس ما نصرتنا أو نافحت عنا بلسانك .

Diriwayatkan tatkala Rasulullah (s.a.w) mendengar rangkap-rangkap syair ini, maka bagindapun bersabda kepada Hassan: Wahai Hassan, engkau melanjutkan sokongan terhadap Ruh al-Quds selama engkau membantu atau menginspirasikan kami dengan lisan kamu.

Qais bin Saʻad bin ʻUbādah juga turut mendendangkan syair ini dalam perang Siffin:


قلت لما بغى العدو علينا * حسبنا ربنا ونعم الوكيل
علي إمامنا وإمام * لسوانا به أتى التنزيل
يوم قال النبي من كنت مولاه * فهذا مولاه خطب جليل
إن ما قاله النبي على الأمة * حتم ما فيه قال وقيل

Begitu juga sedikit syair ini:

نفى عن عينك الأرق الهجوعا * وهما يمترى عنه الدموعا
لدى الرحمن يشفع بالمثاني * فكان لنا أبو حسن شفيعا
ويوم الدوح دوح غدير خم * أبان له الولاية لو أطيعا
ولكن الرجال تبايعوها * فلم أر مثلها خطرا مبيعا

Setelah itu, Ibnu Jauzi menambah dengan kisah ajaib berikut:

حدثنا بها شيخنا عمر بن صافي الموصلي رحمه الله تعالى. قال: أنشد بعضهم هذه الأبيات وبات مفكرا، فرأى عليا كرم الله وجهه في المنام فقال له: أعد علي أبيات الكميت، فأنشده إياها حتى بلغ إلى قوله (خطرا مبيعا) فأنشد علي بيتا آخر من قوله زيادة فيها:
فلم أر مثل ذاك اليوم يوما * ولم أر مثله حقا أضيعا
فانتبه الرجل مذعورا .


Guru kami Umar bin Shafi al-Maushuli rahimahullah menukilkan kepada kami: Ada seseorang yang mendendangkan syair ini dan beliau tertidur ketika memikirkannya. Maka beliau bermimpi melihat Ali karramallahu wajhah yang berkata kepadanya: Bacakan beberapa rangkap syair kepadaku. Beliau pun membacakan syair ini kepadanya sehinggalah ke ayat: “خطرا مبيعا”, maka Ali bin Abi Talib pun menambah rangkap yang lain iaitu:

فلم أر مثل ذاك اليوم يوما * ولم أر مثله حقا أضيعا

Tidak pernah aku lihat hari seperti hari tersebut, dan tidak pernah aku lihat kebenaran yang diselewengkan sepertinya.

فانتبه الرجل مذعورا.

Lelaki itupun bangun dari tidur dalam keadaan panik.

Sayid al-Ḥimyari pula mendendangkan rangkap syair ini:


يا بائع الدين بدنياه * ليس بهذا أمر الله
من أين أبغضت عليا الرضا*وأحمد قد كان يرضاه
من الذي أحمد من بينهم * يوم غدير الخم ناداه
أقامه من بين أصحابه * وهم حواليه فسماه
هذا علي بن أبي طالب * مولى لمن قد كنت مولاه
فوال من والاه يا ذا العلا * وعاد من قد كان عاداه
تذكرة خواص الأمة، ص ، 34 -30.

[Rujukan]
- Tazkirah Khawāṣ, halaman 30-34

Peribadi Sibth Ibnu Jawzi di sisi ulama Ahlusunnah

Zahabi berkata tentang beliau:

الإمام الواعظ المؤرخ شمس الدين، أبو المظفر التركي، ثم البغدادي العوني، الحنفي سبط الإمام جمال الدين أبي الفَرَج ابن الجوزيّ؛ نزيل دمشق. ولد سنة إحدى وثمانين وخمسمائة، وسمع من جدّه، وكان إماماً فقيهاً واعظاً وحيداً في الوعظ علاّمة في التاريخ والسير وافر الحرمة ... صاحب قبولٍ تامّ .
تاريخ الإسلام، حوادث وفيات (660 - 651) ص‏183، دار الكتاب العربي.

Seorang Imam, penceramah, ahli sejarah, Shamsuddin Abul Muzaffar al-Turki, al-ʻAwni, al-Hanafi, Sibth al-Imam Jamaludiin Abil Faraj Ibnu al-Jawzi, tinggal di Damsyik. Lahir tahun 581 Hijrah, mendengar daripada datuknya, sorang yang faqih (sangat mengetahui dan memahami agama), penceramah, ʻallamah dalam bidang sejarah dan siyar, dihormati… diterima oleh semua orang.

[Rujukan]
Tarikh al-Islam, Hawadith wafayāt (651 - 660), muka surat 183, Dār Kitab al-ʻArabi.

4. Muhammad bin Yūsuf Kinji al-Shafiʻi


قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم لعلي: «لو كنت مستخلفا أحدا لم يكن أحدا حق منك» ... وهذا الحديث وإن دل على عدم الاستخلاف لكن حديث غدير خم دال على التولية وهي الاستخلاف. وهذا الحديث أعني حديث غدير خم ناسخ لأنه كان في آخر عمره صلى الله عليه وسلم.
كفاية الطالب في مناقب أمير المؤمنين علي بن أبي طالب 166 - 167


Rasulullah (s.a.w) berkata kepada Ali: Sekiranya aku tinggalkan seseorang sebagai khalifah, maka tidak seorang pun yang berhak daripada kamu… Sekiranya hadis menunjukkan tentang ketiadaan khalifah pengganti, namun hadis Ghadir Khum menjadi penunjuk tauliah, iaitu ada khalifah yang sudah dilantik. Hadis Ghadir Khum ini bermakna pemansuhan (sebarang kekhalifahan selain daripada Ali), ini disebabkan ianya (hadis Ghadir Khum) terjadi di akhir usia Rasulullah (s.a.w)

[Rujukan]
Kifāyatul Ṭālib Fī Manāqib Amīrul Muʻminīn ʻAlī bin Abī Ṭālib, halaman 166-167


Peribadi Kanji al-Shafiʻi di sisi ulama Ahlusunnah


Ibnu Khalakhan memperkenalkan beliau seperti berikut:

محمد بن يوسف بن محمد بن الفخر الكنجي نزيل دمشق، عني بالحديث وسمع ورحل وحصل، كان إماماً محدثاً.
الوافي بالوفيات ، ج 2 ، ص181

Muhammad bin Yusuf bin Muhammad bin al-Fakhr al-Kinji, tinggal di Damsyik.. seorang imam, muhaddis

[Rujukan]
Al-Wafi bil Wafayat, jilid 2 halaman 181

Al-Yunaini dalam kitab Dhail Mir’āt al-Zaman menyatakan:

الفخر محمد بن يوسف الكنجي كان رجلاً فاضلاً أديباً وله نظم حسن
ذيل مرآة الزمان ج 1 ، ص 148

Muhammad bin Yusuf al-Kinji, seorang lelaki yang berkelebihan, ahli sastera dan mempunyai syair-syair yang baik.

[Rujukan]
Dhail Mir’atul Zaman, jilid 1 halaman 148

Haji Khalifah pula menyatakan beliau sebagai al-Sheikh al-Hafiz:

كفاية الطالب في مناقب علي بن أبي طالب - كرم الله وجهه
للشيخ الحافظ أبي عبد الله : محمد بن يوسف بن محمد الكنجي الشافعي
ذيل مرآة الزمان ج 1 ، ص 148

Kifāyah al-Ṭālib fī Manāqib ʻAlī bin Abī Ṭālib karramallahu wajhahu, ditulis oleh al-Sheikh al-Hafiz Muhammad bin yūsuf bin Muhammad al-Kinji al-Shafiʻī

[Rujukan]
Dhayl Mir’ātul Zaman, jilid 1 halaman 148

Qaduzi al-Hanafi pula menyebut beliau dengan rahimahullah:

الشيخ المحدث الفقيه أبو عبد الله محمد بن يوسف بن محمد الكنجي الشافعي (ره).
ينابيع الموده، ج 2، ص565، منشورات الشريف الرضي.

Al-Sheikh al-Muhaddis, al-Faqih, Abu Abdillah Muhammad bin Yusuf bin Muhammad al-Kinji al-Shafiʻi rahimahullah.

[Rujukan]
Yanabīʻul Mawaddah, jilid 2 halaman 565

5. Said al-Din al-Farghani

... جعله النبي صلى الله عليه وسلم وصيه وقائما مقام نفسه بقوله : من كنت مولاه فعلي مولاه . وذلك كان يوم غدير خم على ما قاله كرم الله وجهه في جملة ...

شرح تائية ابن فارض ر . ك . نفحات الأزهار، آيه الله سيد علي ميلاني، ج 9، ص 203.

Rasulullah (s.a.w) menjadikan Ali sebagai washi dan pengganti kedudukannya dengan bersabda: Barangsiapa yang menjadikan aku sebagai pemimpinnya, maka inilah Ali sebagai pemimpinnya.

[Rujukan]
Syarah Ta'iyah Ibnu Fāriḍ (dinukilkan kembali oleh Ayatullah Sayid Ali Milani dalam kitab Nafahāt al-Azhār, jilid 9 halaman 203)

Peribadi Saʻid al-Din Farghani di sisi ulama Ahlusunnah

Beliau mempunyai syair-syair berupa qasidah yang terkenal seperti Tā’iyyah. Abdul Rahman Jami berkata tentang syairnya:

أنه من أكمل أرباب العرفان وأكابر أصحاب الذوق والوجدان ، لم يضبط أحد مسائل الحقيقة بأحسن بيان مثله ...
نفحات الأنس، ص 559

Sesungguhnya beliau merupakan salah seorang tokoh irfan, ahli Dhawq dan Wujdān, tidak pernah ada seorang pun yang teliti dalam menerangkan masalah al-ḥaqīqah lebih baik daripadanya.

[Rujukan]
Nafaḥāt al-Uns halaman 559

Mahmud bin Sulayman al-Kafawi mensyarahkan peribadi beliau sebagai:

الشيخ الفاضل الرباني والمرشد الكامل الصمداني سعيد الدين الفرغاني ، هو من أعزة أصحاب الشيخ صدر الدين القونوي مريد الشيخ محي الدين العربي ، كان من أكمل أرباب العرفان وأفضل أصحاب الذوق والوجدان ، وكان جامعا للعلوم الشرعية والحقيقية ... وكان لسان عصره وبرهان دهره ودليل طريق الحق وسر الله بين الخلق ، بسط مسائل علم الحقيقة وضبط فنون أصول الطريقة في ديباج شرح القصيدة التائية الفارضية ...
كتائب أعلام الأخيار ، مخطوط، ر.ك. نفحات الأزهار، آيه الله سيد علي ميلاني، ج 9، ص 205 .

Al-Syeikh al-Fadhil al-Rabbani al-Kamil al-Shamdani Saʻid al-Din al-Farghani, beliau merupakan sahabat termulia al-Syeikh Shadr al-Din al-Qaunawi Murid Syeikh Muhiyuddin ʻArabi. Beliau merupakan tokoh paling sempurna dalam bidang ʻIrfan, dan seorang yang handal dalam al-Dhawq dan al-Wujdān, menyeluruh dalam ilmu syariat dan hakikat… seorang Lisān di zamannya dan burhān di eranya, menjadi dalil jalan kebenaran dan perjalanan kepada Allah di kalangan ciptaan, berkembang luas dalam masalah ilmu hakikat.

[Rujukan]
Manuskrip Katā’ib Aʻlām al-Akhyār yang dinukilkan kembali oleh Ayatullah Sayid Ali Milani dalam kitab Nafaḥāt al-Azhār, jilid 9 halaman 205.

6. Taqiyuddin al-Maqrizi

Al-Maqrizi menukilkan sebuah perkara daripada seorang yang bernama Ibnu Zawlāq tanpa sebarang penyangkalan seperti berikut:

وقال ابن زولاق: وفي يوم ثمانية عشر من ذلك الحجة سنة اثنتين وستين وثلثمائة، وهو يوم الغدير: تجمع خلق من أهل مصر والمغاربة، ومن تبعهم للدعاء لأنه يوم عيد، لأن رسول الله صلى الله عليه وسلم عهد إلى أمير المؤمنين علي بن أبي طالب فيه، واستخلفه
المواعظ والاعتبار بذكر الخطط والآثار، ج 2 ، ص 220

Ibnu Zūlāq berkata: Hari ke 18 Zulhijjah tahun 362 merupakan ulangtahun hari al-Ghadir, masyarakat Mesir dan Maghribi yang mengikuti hari itu berkumpul untuk berdoa, kerana ia adalah hari eid di mana Rasulullah (s.a.w) melantik Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib pada hari tersebut dan menjadikannya sebagai khalifah.

[Rujukan]
Al-Mawāʻiẓ Wal-Iʻtibār bi Dhikr al-Khuṭaṭ wal Āthār, jilid 2 halaman 220

Peribadi al-Maqrizi di sisi ulama Ahlusunnah

Jalāluddin al-Sayuthi menceritakan perihal beliau seperti berikut:

المقريزي تقي الدين أحمد بن علي بن عبد القادر بن محمد مؤرخ الديار المصرية. ولد سنة تسع وستين وسبعمائة، واشتغل في الفنون وخالط الأكابر، وولي حسبة القاهرة، ونظم ونثر، وألف كتباً كثيرة، منها....
حسن المحاضرة 1 / 557

Al-Maqrizi ialah Taqiyuddin Ahmad bin Ali bin Abdul Qadir bin Muhammad, ahli sejarah bumi Mesir, lahir tahun 760 Hijrah.

[Rujukan]
Husnul Muhāḍarah, jilid 1 halaman 557

7. Shahabuddin Doulat Abadi

أن حديث الغدير يدل على خلافة أمير المؤمنين عليه السلام ونيابته عن رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم، وأنه يدل على وجوب إطاعة علي ولزوم اتباعه عليه السلام .
من كتابه هدايه السعداء، مخطوط، ر. ك . نفحات الأزهار، آيه الله سيد علي ميلاني، ج 9، ص 211

Sesungguhnya hadis al-Ghadir menunjukkan kekhalifahan Amirul Mukminin (a.s) dan pengganti Rasulullah (s.a.w), dan ia menunjukkan kewajipan untuk taat setia terhadap Ali serta mengikutinya.

[Rujukan]
Manuskrip kitab Hidayah al-Suʻadā’, dinukilkan kembali oleh Ayatullah Sayid Ali Milani, jilid 9 halaman 211.


8. Maulawi Muhammad Ismail Dahlawi

Maulawi Muhammad Ismail, anak saudara Dahlawi yang mempunyai ramai pengikut di India telah menulis sebuah risalah dalam menyatakan hakikat imamah. Beliau menjelaskan secara terus terang bahawa hadis al-Ghadir sebagai dalil yang selari dengan akidah Imamiyah.

Beliau menulis seperti berikut:

ومنها: ثبوت الرئاسة، أي فكما أن لأنبياء الله نوعا من الرئاسة الثابتة لهم بالنسبة إلى أممهم وهي الرئاسة التي تنسب تلك الأمة إلى رسولها والرسول إلى أمته، وبالنظر إليها يكون للرسول تصرف في كثير من أمورهم الدنيوية كما قال الله تعالى: «النبي أولى بالمؤمنين من أنفسهم» ويكون له أيضا ولاية في بعض الأمور الأخروية قال الله تعالى: «فكيف إذا جئنا من كل أمة بشهيد وجئنا بك على هؤلاء شهيدا» كذلك الإمام، فإنه يكون له مثل تلك الرئاسة على تلك الأمة في الدنيا والآخرة، فإن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ألستم تعلمون أني أولى بالمؤمنين من أنفسهم؟ قالوا: بلى. فقال: اللهم من كنت مولاه فعلي مولاه.
نزهة الخواطر، ج 7 ، ص61 - 56


Di antaranya (makna hadis al-Ghadir): Tersabitnya kepimpinan, iaitu sebagaimana para nabi mempunyai kepimpinan terhadap umatnya dan mempunyai hak untuk masuk campur dalam urusan umatnya sebagaimana firman Allah (s.w.t): “النبي أولى بالمؤمنين من أنفسهم”, para rasul juga mempunyai hak wilayah dalam urusan akhirat umat sepertimana firman Allah (s.w.t): “فكيف

إذا جئنا من كل أمة بشهيد وجئنا بك على هؤلاء شهيدا”.

Begitulah juga Imam, beliau mempunyai kepimpinan seperti itu untuk umat di dunia dan akhirat. Sesungguhnya Nabi (s.a.w) bersabda: Tidakkah kalian tahu bahawa aku lebih utama bagi orang beriman daripada diri-diri mereka sendiri? Mereka menjawab: Bahkan iya. Maka baginda pun bersabda: Ya Allah, barangsiapa menjadikan aku sebagai pemimpinnya maka Ali adalah pemimpinnya.

[Rujukan]
Nazhatul Khawāṭir, jilid 7 halaman 56-61


Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram