Pertanyaan dan jawapan berkenaan dengan peristiwa al-Ghadir

  • News Code : 474533
  • Source : Valiasr-aj
Brief

Pertanyaan kepada Syiah:1. Salah satu dalil Syiah tentang kemuktabaran hadis al-Ghadir ialah peneranngan dari kitab-kitab Ahlusunnah.2. Bagaimanakah hadis al-Ghadir membuktikan keimamahan?3. Apakah ulama Ahlusunnah mengiktiraf hadis al-Ghadir sebagai dalil kekhalifahan Ali bin Abi Talib?4. Apakah Imam Ali (a.s) telah berdalil dengan hadis al-Ghadir untuk menyabitkan keimamahannya?5. Apakah faktor-faktor kelestarian peristiwa al-Ghadir?6. Bagaimanakah peristiwa askar Yaman menjadi dalil lain yang menunjukkan bahawa hadis al-Ghadir adalah kepimpinan Ali bin Abi Talib?Pertanyaan kepada Ahlusunnah1. Apakah jawapan anda terhadap argumen Syiah tentang Hadis al-Ghadir sebagai imāmah Ali bin Abi Talib (a.s) dan indikasi yang berkaitan dengannya seperti:  - Ucapan baginda (s.a.w) tentang Wilāyah Tāmmah baginda dengan kata-kata “Tidakkah aku lebih utama bagi orang beriman berbanding diri mereka?” (أَلَسْتُ أولى بالمؤمنين من أنفسهم؟)Begitu juga pengakuan beberapa ulama besar Ahlusunnah seperti Ibnu Jauzi yang secara langsung menegaskan bahawa hadis al-Ghadir menunjukkan keimamahan: “Dan ini adalah dalil jelas terhadap penetapan keimamahannya” (وهذا نص صريح في إثبات إمامته), dan argumen Imam Ali (a.s) dengan hadis al-Ghadir serta beberapa dalil lain.2. Tidakkah ucapan tahniah khalifah kedua kepada Imam Ali (a.s) di Ghadir Khum dan kata-kata: “Engkau menjadi pemimpinku dan pemimpin setiap muslim” (اَصْبَحْتَ مَولايَ وَمَولىَ كُلِّ مُسْلِمٍ), atau: “Hari ini engkau menjadi pemimpin setiap orang beriman” (اَصْبَحْتَ الْيَوْمَ وَلِيَّ كُلِّ مُؤْمِن) menunjukkan kekhalifahan Ali bin Abi Talib (a.s)?3. Apakah argumen imamah dengan hadis al-Ghadir lebih kuat dari hadis khalifah pertama menggantikan tempat solat Nabi (s.a.w)?4. Tidakkah kalimah “Mawlā” menunjukkan wilāyah Imam Ali (a.s) seperti mana yang pemahaman ayat berikut:ثُمَّ رُدُّوا إِلَي اللهِ مَوْلاَهُمْ الْحَقِّ أَلاَ لَهُ الْحُكْمُ الانعام: 62Kemudian mereka dikembalikan kepada Allah “Mawlā” mereka yang sebenar, Ketahuilah, bagi Allah jua lah kuasa menetapkan hukum. - al-Anʽam ayat 62وَاللهُ مَوْلاَكُمْ وَهُوَ الْعَلِيمُ الْحَكِيمُ التحريم: 2dan Allah ialah “Mawlā” yang mentadbirkan keadaan kamu, dan Ia Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. - al-Taḥrīm ayat 2مَأْوَاكُمْ النَّارُ هِيَ مَوْلاَكُمْ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ الحديد: 15Tempat tinggal kamu ialah neraka, nerakalah sahaja “Mawlā” kamu, dan itulah seburuk-buruk tempat kesudahan kamu!"5. Rasulullah (s.a.w) di Ghadir Khum bersabda:«مَنْ كُنْتَ وَلِيَّهُ ، فَعَلِيٌّ وَلِيُّهُ».  مسند أحمد  ج5 ص350“Barangsiapa yang aku adalah pemimpinnya, maka Ali adalah pemimpinnya ” - Musnad Ahmad muka surat 350.Tidakkah perkataan “Walī” menunjukkan Wilāyah Tāmmah Ali bin Abi Talib (a.s)?Lalu apakah bezanya antara sabda baginda tersebut dengan ucapan Khalifah kedua yang berkata:  «فَلَمَّا تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ أَبُو بَكْر أَنَا وَلِيُّ رَسُولِ اللَّهِ. صحيح مسلم  ج 5 ص 152، ح 4468، كتاب الجهاد باب حكم الفئ.Tatkala Rasulullah (s.a.w) wafat, Abu Bakar berkata: Aku adalah Walī Rasulullah (s.a.w). - Sahih Muslim Jilid 5 muka surat 152, hadis 4468, Kitab al-Jihad bāb Ḥukm al-Fay’6. Sekiranya peristiwa Ghadir Khum terjadi untuk Khalifah pertama, apakah yang anda akan fahami daripadanya?Dengan memahami bahawa kasih sayang sesama mukmin merupakan suatu kelaziman, apakah benar Rasulullah (s.a.w) berusaha sehingga ke peringkat al-Ghadir semata-mata untuk menyabitkan kecintaan Ali bin Abi Talib (a.s)? Kenapa kalimah Hub (حب) tidak digunakan dan diucapkan sebagai berikut:من كان يُحِبُّني فَلْيُحِبَّ عَلِيّاًBarangsiapa yang mencintai aku, maka dia hendaklah mencintai Ali(Dalih yang sering digunakan untuk menafikan kekhalifahan Ali bin Talib ialah dakwaan bahawa kalimah Walī dalam sabda Nabi tersebut membawa maksud kecintaan)Hadis al-Ghadir, imamah dan kekhalifahan Ali (a.s)Apakah ulama Ahlusunnah mengiktiraf kesahihan hadis al-Ghadir?1. Tarmizi merupakan salah seorang ulama besar Ahlusunnah berkata: Nabi (s.a.w) di Ghadir Khum bersabda:مَنْ كُنْتُ مَوْلَاهُ فَعَلِيٌّ مَوْلَاهُBarangsiapa yang aku adalah pemimpinnya, maka Ali adalah pemimpinnya.Tarmizi berkata: هذا حديث حسن صحيحصحيح سنن الترمذي للألباني: ج5 ص633Hadis ini adalah Hasan Sahih- Sahih Sunan al-Tarmizi Li al-Albani, jilid 5 muka surat 633Albani yang merupakan ulama besar Wahabi juga berkata: وإسناده صحيح على شرط الشيخينسلسلة الأحاديث الصحيحة: ج4 ص331Sanad hadis ini adalah sahih dan memenuhi syarat al-Bukhari dan Muslim.- Silsilah al-Ahādith al-Ṣaḥīḥah, jilid 4 muka surat 331.2. Seperti yang dinukilkan oleh Ibnu Kathir, Zahabi yang juga salah seorang ulama besar Ahlusunnah berkata:هذا حديث صحيحالبداية والنهاية ، ج 5 ص 228Hadis ini sahih- Al-Bidāyah Wal Nihāyah, jilid 5 muka surat 228Salah seorang ulama Ahlusunnah, Dhiya’uddin al-Muqbali berkata:إن لم يكن معلوما فما في الدين معلومالأبحاث المسدّدة ص122Sekiranya hadis al-Ghadir tidak sahih, maka tidak ada lagi yang sahih di dalam agama Islam. - Al-Abhāth al-Musaddadah, muka surat 1224. Seperti yang dinukilkan oleh Ibnu Kathir al-Dimashqi, Zahabi berkata: «الحديث متواتر، أتيّقن أنّ رسول اللّه قاله».البداية والنهاية ، ج 5 ص 233Hadis al-Ghadir mutawatir, aku yakin bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda demikian.- Al-Bidāyah Wal Nihāyah, jilid 5 muka surat 233.Ibnu Taimiyah berkata: وأما من أنكر ما ثبت بالتواتر والإجماع فهو كافر. مجموع الفتاوى  ج 1 ص 109، نشر : مكتبة ابن تيميةBarangsiapa yang memungkiri sebuah hadis  yang mutawatir dan sudah menjadi ijma’ maka dia adalah kafir. - Majmu’ Al-Fatawa, jilid 1 muka surat 109, penerbit Maktabah Ibnu Taimiyah.Bagaimanakah Hadis al-Ghadir menjadi dalil kekhalifahan Ali (a.s)? 1. Wilāyah Ali (a.s) didapati daripada Wilāyah Allah dan RasulNya.Seperti mana yang dinukilkan oleh Ahmad bin Hanbal, setelah pengistiharaan Ali bin Abi Talib adalah pemimpin selepas Nabi (s.a.w), beberapa orang sahabat nabi telah tampil memberikan kesaksian. Nabi (s.a.w) bertanya kepada hadirin: أَلَيْسَ الله أَوْلَى بِالْمُؤْمِنِينَ؟  Tidakkah Allah lebih utama dari orang mukmin?Bukankah ini menunjukkan Wilāyah Tāmmah terhadap seluruh kaum mukminin? Para hadirin pula menjawab: Bahkan iya. Maka Nabi (s.a.w) bersabda:اَلّلهُمَّ مَنْ كُنْتُ مَوْلاَهُ فَعَلِيٌّ مَوْلاَهُ اَلّلهُمَّ وَالِ مَنْ وَالاَهُ وَعَادِ مَنْ عَادَاهُمسند أحمد بن حنبل  ج 1   ص 118.Ya Allah, (saksikanlah) barangsiapa yang menjadikan aku adalah pemimpinnya, maka Ali adalah pemimpinnya. Ya Allah, cintailah orang yang menjadikan aku sebagai pemimpinnya, dan musuhilah orang yang memusuhinya. - Musnad Ahmad bin Hanbal, jilid 1 muka surat 118.AlBani yang merupakan salah seorang ulama besar Wahabi berkata:حديث صحيح. السلسلة الصحيحة ، ج 4 ، ص 249Hadis ini adalah sahih - Al-Silsilah Al-Sahihah, jiilid 4 muka surat 249Nabi (s.a.w) memaklumkan, Wilāyah Ali bin Abi Talib, sama seperti Wilāyah baginda yang juga adalah Wilāyah Allah (s.w.t).2. Wilāyah Ali (a.s) sama seperti Wilāyah Nabi (s.a.w)Ibnu Kathir al-Dimashqi berkata: Nabi (s.a.w) di Ghadir Khum berkata kepada para hadirin:اَلَسْتُمْ تَعْلَمُون  اَنّي أولَى بِكُلِّ مُؤْمِنٍ مِنْ نَفْسِهِ ؟Tidakkah kamu tahu, Wilāyah aku lebih utama dari diri setiap orang beriman? Semua orang menjawab: Bahkan iya! Maka baginda pun bersabda: Barangsiapa yang menjadikan aku sebagai pemimpinnya, maka Ali adalah pemimpinnya. Ibnu Kathir berkata:إسناد جيد رجاله ثقاتالبداية والنهاية  ج 5 ص 231Sanad-sanad hadis ini adalah baik, dan rijal-rijalnya adalah thiqah. - Al-Bidāyah Wal Nihāayah, jilid 5 muka surat 231.Sabda Nabi (s.a.w) ini merujuk kepada ayat 6 surah al-Ahzab yang mana Allah (s.w.t) berfirman:النَّبِىُّ أَوْلَى بِالْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنْفُسِهِمْNabi (s.a.w) lebih utama dari diri-diri orang beriman. Maka Wilāyah baginda (s.a.w) lebih utama dari diri-diri orang beriman.Zamakhshari dan Alusi, yang merupakan ulama besar Ahlusunnah di dalam tafsir ayat tersebut berkata:النَّبِىُّ أَوْلَى بِالْمُؤْمِنِينَ  فِي كُلِّ شَيْءٍ مِنْ اُمُورِ الدِّينِ وَالدُّنْيَاتفسير كشاف ج 3 ص 251، تفسير آلوسي ، ج 21 ص 151Wilāyah Nabi (s.a.w) lebih utama dari orang beriman dari setiap sesuatu dari urusan dunia dan akhirat.- Tafsir al-Kashshāf, jilid 3 muka surat 251, Tafsir Al-Alūsi, jilid 21 muka surat 151.Ucapan Nabi (s.a.w) di dalam hadis al-Ghadir menunjukkan kepada ayat tersebut iaitu: Wilāyah Tāmmah yang telah dinisbahkan kepada baginda terhadap seluruh orang beriman menyabitkan ciri-ciri khusus baginda untuk Ali bin Abi Talib (a.s), dan ini juga adalah dalil terhadap Wilāyah dan Imamah Ali bin Abi Talib (a.s).Begitu juga Sibth Ibnu Jawzi yang merupakan salah seorang ulama besar Ahlusunnah telah berkata:وهذا نص صريح في إثبات إمامته وقبول طاعتهتذكرة الخواص، ص 38Ini adalah nas secara langsung dalam menyabitkan keimamahan beliau dan penerimaan ketaatan terhadapnya. - Tazkiratul Huffaz, muka surat 383. Hadis al-Ghadir dengan berbagai ungkapan.من كنت وليه فعلي وليهBarangsiapa yang menjadikan aku pemimpinnya, maka Ali adalah Walīnya.Ulama besar Ahlusunnah yang bernama Bazzar telah menukilkan daripada Saʽd bin Abī Waqqas yang berkata bahawa Nabi (s.a.w) mengangkat tangan Ali bin Abi Talib (a.s) dan berkata: أَلَسْتُ أولى بالمؤمنين من أنفسهم؟ من كُنْتُ وَلِيَّهُ فَاِنَّ عَلِيّاً وَلِيُّهُ مسند البزار ، ج 4 ص41Apakah Wilāyah aku terhadap orang beriman lebih utama? Dan barangsiapa yang menjadikan aku sebagai pemimpin urusannya, maka Ali adalah pemimpin urusannya. - Musnad Al-Bazzar, jilid 4 muka surat 41.Haythami berkata: ورجاله ثقات مجمع الزوائد ، ج 9 ص107Para perawi hadis ini adalah thiqah.Barangsiapa yang menjadikan aku sebagai Wilāyah Tammah ke atasnya, maka Ali adalah Walī Amr baginya.Tabranī menukilkan daripada Zaid bin Arqam bahawa Nabi (s.a.w) bersabda di Ghadir Khum:مَنْ كُنْتُ اَوْلَى بِهِ مِنْ نَفْسِهِ فَعَلِيٌّ وَلِيُّهُالمعجم الكبير، ج5 ص166Barangsiapa yang menjadikan aku lebih utama daripada dirinya, maka Ali adalah Walīnya. - Al-Muʽjam al-Kabīr, jilid 5, muka surat 166 Barangsiapa yang menjadikan Allah dan Rasulnya sebagai Walīnya, maka Ali adalah WalīnyaSebagaimana yang dinukilkan oleh Ibnu Hajar, Nabi (s.a.w) telah mengambil tangan Ali bin Abi Talib (a.s) di Ghadir Khum dan bersabda:اَ لَسْتُمْ تَشْهَدُونَ أَنَّ اللَه ـ عز وجل ـ وَرَسُولَهُ اَوْلَى بِكُمْ مِنْ اَنْفُسِكُمْTidakkah anda semua menyaksikan bahawa Allah dan RasulNya lebih utama daripada diri anda? Semua orang menjawab: Bahkan iya! Maka baginda pun bersabda:فَمَنْ كَانَ اللهُ وَرَسُولُهُ مَوْلاهُ فَاِنَّ هَذا مَوْلاهُBarangsiapa yang Allah dan RasulNya adalah Mauwlānya, maka beliau ini (Ali bin Abi Talib) adalah Mawlānya.Setelah itu baginda bersabda: Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana sekiranya kamu berpegang dengannya, maka kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Pertama Kitab Allah Al-Qur’an, kedua Ahlul Baitku. Ibnu Hajar di akhir nukilan itu berkata:«هذا إسناد صحيح» المطالب العالية، ج16 ص142.Sanad-sanad hadis ini adalah sahih. - Al-Mathalib al-ʽAliyah, jilid 16 muka surat 142.4. Ucapan tahniah khalifah kedua kepada Ali (a.s) Khathib al-Baghdādi telah menukilkan daripada Abu Hurairah bahawa Nabi (s.a.w) telah mengambil tangan Ali bin Abi Talib dan bersabda: Tidakkah aku adalah Walī Amr orang beriman? Mereka menjawab: Bahkan iya! Baginda pun bersabda: Barangsiapa yang menjadikan aku sebagai Mawlānya (Walī Amr), maka Ali adalah Mawlānya, dan Walī Amrnya. Setelah itu Umar bin Al-Khattab berkata:بَخٍّ بَخٍّ لَكَ يَا بنَ أبي طالِب، أصْبَحْتَ مَولايَ وَمَولىَ كُلِّ مُسْلِمٍTahniah! Tahniah! untukmu wahai putera Abi Talib, engkau telah menjadi Mawlāku dan Mawlā bagi setiap orang Islam. Setelah itu turunlah ayat:الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ“Hari ini aku sempurnakan bagi kamu agama kamu” - Tarikh Baghdad, jilid 8 muka surat 284Menurut apa yang dinukilkan Ahmad bin Hanbal, Umar bin al-Khattab bertemu dengan Ali bin Abi Talib (a.s) dan berkata: هَنِيأً يَا بْنَ أبي طَالِبٍ أَصْبَحْتَ وَأَمْسَيْتَ مَولَى كُلِّ مُؤْمِنٍ وَمُؤْمِنَةٍمسند أحمد بن حنبل، ج 4، ص 281Tahniah atas anda wahai putera Abi Talib yang mana hari ini engkau menjadi Mawlā kepada semua lelaki dan perempuan beriman. - Musnad Ahmad bin Hanbal, jilid 4 muka surat 281Menurut nukilan Ibnu Athir, Umar bin al-Khattab berkata: اَصْبَحْتَ الْيَوْمَ وَلِيَّ كُلِّ مُؤْمِناسد الغابة  ج 4   ص 118Wahai putera Abu Talib, hari ini engkau menjadi Walī Amr kepada semua orang beriman. - Usudul Ghabah, jilid 4 muka surat 118.Adakah Ali bin Abi Talib berdalil dengan hadis al-Ghadir?5. Ali bin Abi Talib membuktikan keimamahannya dengan hadis al-GhadirSumpah Ali bin Abi Talib dengan hadis al-Ghadir.Ahmad bin Hanbal menukilkan bahawa Ali bin Abi Talib (a.s) menghimpunkan beberapa orang sahabat Nabi di Rahbah dan mengambil sumpah daripada mereka tentang apa sahaja yang mereka dengar daripada Rasulullah (s.a.w) di Ghadir Khum. Beberapa orang sahabat bangkit dan memberikan kesaksian bahawa Rasulullah


Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram