Benarkan Ali bin Abi Talib berhujjah dengan hadis al-Ghadir?

  • News Code : 494524
  • Source : ABNA.co
Brief



Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib dan para imam yang lain berhujjah dengan hadis al-Ghadir dalam kebanyakan perkara. Kami cukupkan di sini beberapa peristiwa berkaitan dengan hal tersebut:

1. Ahmad bin Hanbal dengan sanad yang sahih menukilkan hadis berikut:

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ حَدَّثَنِى أَبِى حَدَّثَنَا حُسَيْنُ بْنُ مُحَمَّدٍ وَأَبُو نُعَيْمٍ الْمَعْنَى قَالاَ حَدَّثَنَا فِطْرٌ عَنْ أَبِى الطُّفَيْلِ قَالَ جَمَعَ عَلِىٌّ النَّاسَ فِى الرَّحَبَةِ ثُمَّ قَالَ لَهُمْ أَنْشُدُ اللَّهَ كُلَّ امْرِئٍ مُسْلِمٍ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ يَوْمَ غَدِيرِ خُمٍّ مَا سَمِعَ لَمَّا قَامَ . فَقَامَ ثَلاَثُونَ مِنَ النَّاسِ - وَقَالَ أَبُو نُعَيْمٍ فَقَامَ نَاسٌ كَثِيرٌ - فَشَهِدُوا حِينَ أَخَذَهُ بِيَدِهِ فَقَالَ لِلنَّاسِ « أَتَعْلَمُونَ أَنِّى أَوْلَى بِالْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنْفُسِهِمْ ». قَالُوا نَعَمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ. قَالَ « مَنْ كُنْتُ مَوْلاَهُ فَهَذَا مَوْلاَهُ اللَّهُمَّ وَالِ مَنْ وَالاَهُ وَعَادِ مَنْ عَادَاهُ ». قَالَ فَخَرَجْتُ وَكَأَنَّ فِى نَفْسِى شَيْئاً فَلَقِيتُ زَيْدَ بْنَ أَرْقَمَ فَقُلْتُ لَهُ إِنِّى سَمِعْتُ عَلِيًّا يَقُولُ كَذَا وَكَذَا. قَالَ فَمَا تُنْكِرُ قَدْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ ذَلِكَ لَهُ .
مسند احمد ، ج 4 ، ص 370 ، ح 19823 .

Diriwayatkan daripada Abdullah, telah menceritakan kepada kami Husain bin Muhammad dan Abu Nuʽaim al-Maʽna, kedua-duanya berkata, Fitr telah menceritakan kepada kami daripada Abu al-Tufail yang berkata: 

Ali bin Abi Talib (a.s) telah mengumpulkan orang ramai di al-Rahabah, kemudian beliau berkata kepada mereka: 

Aku mohon setiap lelaki muslim dengan bersungguh-sungguh atas nama Allah, barangsiapa yang mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda di hari Ghadir Khum agar berdirilah. Maka tiga puluh daripada mereka pun bangun (Abu Nuʽaim berkata, bangunlah ramai di kalangan mereka), mereka pun menyatakan kesaksian bahawa tatkala Rasulullah (s.a.w) mengambil tangan Ali, baginda bersabda kepada orang ramai: 

Apakah kalian tidak tahu bahawa aku lebih utama diri orang yang beriman? Mereka berkata: Bahkan iya wahai utusan Allah. Baginda bersabda: Barangsiapa yang aku adalah pemimpinnya, maka inilah Ali pemimpinnya, Ya Allah, pimpinlah orang yang mengakui kepemimpinannya, musuhilah orang yang memusuhinya. 

Abu Tufail berkata: Aku keluar dan terasa tidak puas hati, maka akupun berjumpa dengan Zaid bin Arqam. Aku bertanya kepadanya: Sesungguhnya aku mendengar Ali berkata sekian dan sekian… Katanya: Mengapa engkau ingingkarinya, sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah (s.a.w) berkata demikian. - Musnah Ahmad, jilid 4 muka surat 370.

Haithami juga menukilkan riwayat tersebut dengan berkata: 

رواه أحمد ورجاله رجال الصحيح غير فطر بن خليفة وهو ثقة .
مجمع الزوائد ومنبع الفوائد ، علي بن أبي بكر الهيثمي (متوفاي807 هـ ) ج 9 ، ص 104 ، ناشر : دار الريان للتراث/‏دار الكتاب العربي - القاهرة , بيروت – 1407 .

Diriwayatkan oleh Ahmad dan rijalnya adalah rijal Sahih (al-Bukhari) melainkan Fitr bin Khalifah, sedangkan beliau adalah tsiqah. - Majma’ al-Zawa’id wa Manbaʽ al-Fawa’id, Ali bin Abi Bakr al-Haithami (meninggal dunia 807 Hijrah), jilid 9 muka surat 104.

2. Ahmad bin Hanbal dalam musnadnya menulis:

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ حَدَّثَنِى أَبِى حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ أَبِى إِسْحَاقَ قَالَ سَمِعْتُ سَعِيدَ بْنَ وَهْبٍ قَالَ نَشَدَ عَلِىٌّ النَّاسَ فَقَامَ خَمْسَةٌ أَوْ سِتَّةٌ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- فَشَهِدُوا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ « مَنْ كُنْتُ مَوْلاَهُ فَعَلِىٌّ مَوْلاَهُ » .
مسند احمد ، ج 5 ، ص 366 ، ح 23808 .

Abdullah telah menceritakan kepada kami, Ayahku telah meriwayatkan bahawa Muhammad bin Jaafar telah menceritakan kepadanya, telah menceritakan kepada kami oleh Shuʽbah, daripada Abi Ishaq yang berkata: Aku telah mendengar Saʽid bin Wahb berkata: 

Ali meminta orang ramai dengan bersungguh-sungguh, maka lima atau enam para sahabat Nabi (s.a.w) bangun dan memberikan kesaksian bahawa Rasulullah (s.a.w) telah bersabda: Barangsiapa yang menjadikan aku sebagai pemimpinnya, maka Ali adalah pemimpinnya.

- Musnad Ahmad, jilid 5 muka surat 366, hadis 23808.
رواه أحمد ورجاله رجال الصحيح .
مجمع الزوائد ، ج 9 ، ص 104 .

Haithami ketika menukilkan riwayat tersebut berkata: Diriwayatkan oleh Ahmad dan rijalnya adalah rijal al-Sahih.

3. Abu Bakr Bazzar dalam kitab Bahr Al-Dzakha’ir menulis:

حَدَّثَنَا يُوسُفُ بْنُ مُوسَى ، قَالَ : ثنا عُبَيْدُ اللهِ بْنُ مُوسَى ، عَنْ فِطْرِ بْنِ خَلِيفَةَ ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ ، عَنْ عَمْرٍو ذِي مَرَّ ، وَعَنْ سَعِيدِ بْنِ وَهْبٍ ، وَعَنْ زَيْدِ بْنِ يُثَيْعٍ ، قَالُوا : سَمِعْنا عَلِيًّا ، يَقُولُ : نَشَدْتُ اللَّهَ رَجُلا سَمِعَ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم ، يَقُولُ يَوْمَ غَدِيرِ خُمٍّ لَمَّا قَامَ ، فَقَامَ إِلَيْهِ ثَلاثَةُ عَشَرَ رَجُلا ، فَشَهِدُوا أَنَّ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم ، قَالَ : أَلَسْتُ أَوْلَى بِالْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنْفُسِهِمْ ، قَالُوا : بَلَى يَا رَسُولَ اللهِ ، قَالَ : فَأَخَذَ بِيَدِ عَلِيٍّ ، فَقَالَ : مَنْ كُنْتُ مَوْلاهُ فَهَذَا مَوْلاهُ ، اللَّهُمَّ وَالِ مَنْ وَالاهُ ، وَعَادِ مَنْ عَادَاهُ ، وَأَحِبَّ مَنْ أَحَبَّهُ ، وَأَبْغِضْ مَنْ أَبْغَضَهُ ، وَانْصُرْ مَنْ نَصَرَهُ ، وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَهُ .
البحر الزخار (مسند البزار) ، أبو بكر البزار (متوفاي292 هـ ) ج 3 ، ص 35 ، ح 786 ، ناشر : مؤسسة علوم القرآن , مكتبة العلوم والحكم - بيروت , المدينة - 1409 ، الطبعة : الأولى ، تحقيق : د. محفوظ الرحمن زين الله .

Yusuf bin Musa menceritakan kepada kami, katanya: Ubaidullah bin Musa telah berkata, daripada Fitr bin Khalifah, daripada Abi Ishaq, daripada Amru bin Dzi Mar, Sa'id bin Wahb dan Zaid bin Yuthai', bahawa mereka berkata: Kami telah mendengar Ali berkata: Aku meminta atas nama Allah, lelaki yang telah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda di hari Ghadir Khum untuk berdiri. Maka bangunlah tiga belas orang lelaki yang memberikan kesaksian bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: Tidakkah aku lebih utama dari diri orang beriman? Mereka menjawab: Bahkan iya wahai Rasulullah. Katanya: Maka baginda pun mengambil tangan Ali dan bersabda: Barangsiapa yang menjadikan aku sebagai pemimpinnya, maka inilah Ali pemimpinnya. pimpinlah orang yang mengakui kepemimpinannya, musuhilah orang yang memusuhinya, cintailah orang yang menyintainya, bantulah orang yang membantunya dan hinakanlah orang yang menghinanya. - Al-Bahrul Al-Zakhkhar (Musnad al-Bazzar) Abu Bakr al-Bazzar (meninggal dunia tahun 292 Hijrah), jilid 35, hadis 786.

Al-Haithami meriwayatkan hadis tersebut dengan menyatakan:

رواه البزار ورجاله رجال الصحيح غير فطر بن خليفة وهو ثقة .
مجمع الزوائد ، ج 9 ، ص 105 .

Diriwayatkan oleh al-Bazzar dan rijalnya adalah rijal Al-Shahih melainkan Fitr bin Khalifah sedangkan beliau adalah tsiqah. - Majma’ Al-Zawa’id, jilid 9 muka surat 105.

4. Terdapat hadis dalam Musnad Ahmad bin Hanbal: 

حدثنا عبد اللَّهِ ثنا عَلِىُّ بن حَكِيمٍ الأودي أَنْبَأَنَا شَرِيكٌ عن أبي إِسْحَاقَ عن سَعِيدِ بن وَهْبٍ وَعَنْ زَيْدِ بن يُثَيْعٍ قَالاَ نَشَدَ عَلِىٌّ الناس في الرَّحَبَةِ من سمع رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يقول يوم غَدِيرِ خُمٍّ الا قام قال فَقَامَ من قِبَلِ سَعِيدٍ سِتَّةٌ وَمِنْ قِبَلِ زَيْدٍ سِتَّةٌ فَشَهِدُوا انهم سَمِعُوا رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يقول لعلي رضي الله عنه يوم غَدِيرِ خُمٍّ أَلَيْسَ الله أَوْلَى بِالْمُؤْمِنِينَ قالوا بَلَى قال اللهم من كنت مَوْلاَهُ فعلي مَوْلاَهُ اللهم وَالِ من وَالاَهُ وَعَادِ من عَادَاهُ .
مسند الإمام أحمد بن حنبل ، أحمد بن حنبل أبو عبدالله الشيباني (متوفاي241 هـ) ج 1 ، ص 118 ، ح950 ، ناشر : مؤسسة قرطبة – مصر .

Abdullah telah menceritakan kepada kami, Ali bin Hakim al-Awdi telah menceritakan kepada kami, Sharik memberitakan kepada kami daripada Abi Ishaq, daripada Saʽid bin Wahb dan Zaid bin Yuthai’, mereka berdua berkata: Ali bin Abi Talib meminta dengan bersungguh-sungguh kepada orang ramai di Rahabah, barangsiapa yang telah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda di hari Ghadir Khum supaya bangun. Katanya lagi: Maka bangunlah enam orang di sisi Saʽid , dan enam orang di sisi Zaid. Mereka memberi kesaksian bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: Barangsiapa yang menjadikan aku sebagai pemimpinnya, maka Ali adalah adalah pemimpinnya. Ya Allah, pimpinlah orang yang mengakui kepemimpinannya, dan musuhilah orang yang memusuhinya. - Musnad Ahmad bin Hanbal, Ahmad bin Hanbal Abu Abdillah al-Shaibani (meninggal dunia tahun 241 Hijrah), jilid 1 muka surat 118, hadis 950, penerbit Yayasan Qurtubah, Mesir.

Albani menukilkan kembali hadis ini dan berkata: 

 و أخرج عبد الله بن أحمد في " زوائده على المسند " ( 1 / 118 ) عن سعيد بن وهب و زيد بن يثيع قالا : نشد علي الناس في الرحبة : من سمع رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول يوم غدير ( خم ) إلا قام ، فقام من قبل سعيد ستة ، و من قبل زيد ستة ، فشهدوا ... الحديث . 
و قد مضى في الحديث الرابع الطريق الثانية و الثالثة . و إسناده حسن ، و أخرجه البزار بنحوه و أتم منه . 
و للحديث طرق أخرى كثيرة جمع طائفة كبيرة منها الهيثمي في " المجمع " ( 9 / 103 - 108 ) و قد ذكرت و خرجت ما تيسر لي منها مما يقطع الواقف عليها بعد تحقيق الكلام على أسانيدها بصحة الحديث يقينا ، و إلا فهي كثيرة جدا ، و قد استوعبها ابن عقدة في كتاب مفرد ، قال الحافظ ابن حجر : منها صحاح و منها حسان . و جملة القول أن حديث الترجمة حديث صحيح بشطريه ، بل الأول منه متواتر عنه صلى الله عليه وسلم كما ظهر لمن تتبع أسانيده و طرقه ، و ما ذكرت منها كفاية .
السلسلة الصحيحة ، ج 4 ، ص 249 ، طبق برنامه المكتبة الشاملة .

Abdullah bin Ahmad mengeluarkan hadis di dalam Zawa'id Ala al-Musnad (1/118) daripada Sa'id bin Wahb, dan Zaid bin Yusai', kedua-duanya berkata: Ali meminta orang ramai dengan bersungguh-sungguh di Rahabah supaya orang yang telah mendengar sabda Rasulullah (s.a.w) di hari Ghadir Khum berdiri. Maka bangunlah enam orang di tepi Sa'id, dan enam orang dari sebelah Zaid. Mereka pun memberikan kesaksiannya... (al-Hadis).

Telah disebutkan sebelum ini hadis ke-empat dari jalur kedua dan ketiga. Sanad-sanadnya adalah hasan dan dikeluarkan juga oleh Al-Bazzar sepertinya serta lebih lengkap daripadanya.

Banyak hadis tersebut dari jalur-jalur lain di mana ia telah dihimpun oleh jemaah yang besar, antaranya ialah al-Haithami di dalam kitab al-Majma' (9/ 103-108) dan telah disebut dan dikeluarkan sebagaimana yang saya nukilkan secukupnya setelah penelitian sanad-sanadnya yang Qat'i. Jika tidak riwayat ini masih mempunyai jalur-jalur yang banyak. Ibnu Uqdah juga telah membawa hadis ini di dalam kitab yang tersendiri. Al-Hafiz ibnu Hajar al-Asqalani berkata tentang hadis al-Ghadir: Sebahagian riwayatnya adalah sahih dan sebahagiannya adalah hasan. Kesimpulannya hadis ini terdapat dalam dua bahagian [Barangsiapa yang aku adalah pemimpinnya… Ya Allah pimpinlah orang yang memimpinnya] adalah sahih; bahkan bahagian pertamanya telah dinukilkan secara mutawatir daripada Rasulullah (s.a.w). Demikianlah bagi orang yang meneliti sanadnya,  perkara ini jelas dan cukuplah saya menyebutkannya sekadar yang demikian.

5. Ahmad bin Hanbal menulis dalam musnadnya:

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ حَدَّثَنِى عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ الْقَوَارِيرِىُّ حَدَّثَنَا يُونُسُ بْنُ أَرْقَمَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ أَبِى زِيَادٍ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِى لَيْلَى قَالَ شَهِدْتُ عَلِيًّا فِى الرَّحَبَةِ يَنْشُدُ النَّاسَ أُنْشِدُ اللَّهَ مَنْ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ يَوْمَ غَدِيرِ خُمٍّ « مَنْ كُنْتُ مَوْلاَهُ فَعَلِىٌّ مَوْلاَهُ ». لَمَّا قَامَ فَشَهِدَ. قَالَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ فَقَامَ اثْنَا عَشَرَ بَدْرِيًّا كَأَنِّى أَنْظُرُ إِلَى أَحَدِهِمْ فَقَالُوا نَشْهَدُ أَنَّا سَمِعْنَا رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ يَوْمَ غَدِيرِ خُمٍّ « أَلَسْتُ أَوْلَى بِالْمُؤْمِنِينَ مِنْ أَنْفُسِهِمْ وَأَزْوَاجِى أُمَّهَاتُهُمْ ». فَقُلْنَا بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ. قَالَ « فَمَنْ كُنْتُ مَوْلاَهُ فَعَلِىٌّ مَوْلاَهُ اللَّهُمَّ وَالِ مَنْ وَالاَهُ وَعَادِ مَنْ عَادَاهُ ».
مسند احمد ، ج 1 ، ص 119 ، ح 973 .

Abdullah telah menceritakan kepadaku, Ubaidillah bin Umar al-Qawariri menceritakan kepadaku, Yunus bin Arqam telah menceritakan kepada kami, Yazid bin Abi Ziyad telah menceritakan kepada kami daripada Abdul Rahman bin Abi Laila, katanya aku telah menyaksikan bahawa Ali bin Abi Talib meminta orang ramai: Aku meminta dengan bersungguh-sungguh atas nama Allah, barangsiapa yang telah mendengar Nabi (s.a.w) berkata di Ghadir Khum “Barangsiapa aku adalah pemimpinnya maka Ali adalah pemimpinnya”, maka hendaklah ia bangun dan memberikan kesaksian. Abdul Rahman berkata: Maka bangunlah dua belas orang Ahli Badar, seakan-akan aku melihat salah seorang daripada mereka. Mereka pun berkata: Sesungguhnya kami bersaksi bahawa kami telah mendengar Rasululullah (s.a.w) bersabda di hari Ghadir Khum: “Tidakkah aku lebih utama dengan orang beriman daripada diri mereka, dan isteri-isteriku adalah ibu-ibu mereka?, kami menjawab: Bahkan iya wahai Rasulullah. Bagindapun bersabda: Barangsiapa yang aku adalah pemimpinnya maka Ali adalah pemimpinnya. Ya  Allah, pimpinlah orang yang menganggap Ali sebagai pemimpinnya dan musuhilah orang yang memusuhinya” - Musnad Ahmad, jilid 1 muka surat 119, hadis 973.

Al-Albani menukilkan riwayat ini dan berkata:

السادسة : عن عبد الرحمن بن أبي ليلى قال : " شهدت عليا رضي الله عنه في الرحبة ينشد الناس .. " . فذكره مثله دون زيادة " و انصر ... " . 
أخرجه عبد الله بن أحمد ( 1 / 119 ) من طريق يزيد بن أبي زياد و سماك بن عبيد بن الوليد العبسي عنه . قلت : و هو صحيح بمجموع الطريقين عنه ، و فيهما أن الذين قاموا اثنا عشر . زاد في الأولى : بدريا .
السلسلة الصحيحة ، ج 4 ، ص 249 ، طبق برنامه المكتبة الشاملة .

Ke-enam: Daripada Abdul Rahman bin Abi Laila yang berkata: Aku telah menyaksikan Ali bin Abi Talib di Rahabah, meminta orang ramai dengan tegas… Abdullah, anak kepada Ahmad bin Hanbal telah menukilkan riwayat ini dari jalur Yazid bin Ziyad dan Simak bin Ubaid bin Walid ‘Abasi. Saya (Al-Albani) berkata: Hadis ini sahih dari kedua-dua sanad, dalam kedua-dua riwayat ini dinyatakan bahawa orang yang bangun ialah dua belas orang. Cuma ditambah dalam yang pertama: Ahli Badar. - Al-Silsilah Al-Sahihah, jilid 4, muka surat 249, software Al-Maktabah al-Shamilah.


Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky