Analisa gerakan baru yang mengaku sebagai al-Yamani (Ahmad al-Hasan)

  • News Code : 756927
  • Source : Abna24.com
Brief

Ekstrak
Kuasa dominasi mengambil kesempatan terhadap berbagai methodology demi menguasai negara-negara Islam; Kadangkala mereka tampil secara langsung, kadang-kadang melalui cara licik memperalatkan kepercayaan-kepercayaan masyarakat di negara tersebut; Demikianlah cara mereka eksploitasi kepercayaan masyarakat terhadap Mahdawiyyah dan dengan mengutus individu bernama Ahmad al-Hasan ke lapangan untuk mendakwa sebagai Yamani. Percanggahan dakwaan-dakwaan dan kepercayaan-kepercayaannya dengan riwayat-riwayat serta masalah asasi gerakan ini dijelaskan di sini. Turut diperkenalkan di hujung jurnal ini ialah sebaik-baik jalan kebahagiaan di zaman keghaiban serta keabsahan rujukan ulama rabbani berasaskan riwayat.

Pengantar

Pihak penjajah sentiasa merasakan Islam terutamanya Syiah sebagai halangan utama bagi misinya dalam meluaskan wilayah kekuasaannya di negeri-negeri Islam. Atas faktor ini mereka membentangkan latar pengembangan dan promosinya di dalam program-program kesyaitanan utama mereka dengan mencipta bid’ah, mengasaskan aliran-aliran sesat, mencipta kepercayaan palsu dalam menghadapi kebudayaan murni Syiah. Pengasasan aliran Qadhiyani di Pakistan, Babiyyat dan Baha’iyyat di Iran, Wahhabi di Arab Saudi antara contoh aliran-aliran dan gerakan-gerakan agama tersebut. Bahkan para pengikut aliran-aliran ini berkumpul dan berlindung di Amerika, England dan Zionis di zaman ini.

Dengan itu, sejak akhir-akhir ini kerajaan-kerajaan kuasa dominasi menjajah negara-negara Muslim Afghanistan dan Iraq atas alasan memerangi terrorisme. Mereka merancang pengasasan dan sokongan terhadap aliran-aliran tersebut terutama sekali di Iraq. Di negara ini, berpuluh-puluh aliran dicipta demi menjajah Iraq, contohnya:

  1. Jundus Sama (جند السماء) yang dikepalai Dhiya Abu Zahra’ Kazim al-Kar’awi (ضياء ابو زهراء كاظم الگرعاوی);
  2. Gerakan Yamani;
  3. Gerakan Sayid Mahmud Hasani al-Surkhi;
  4. Kumpulan al-Imam Rabbani yang dikepalai Sayid Fadhil Abdul Husain al-Husaini al-Hashimi
  5. Kumpulan Farqad al-Qazwini
  6. Kumpulan Suluki

Kebanyakan kumpulan-kumpulan di atas mendakwa sebagai Mahdawiyyah atau mempunyai hubungan dengan Imam Mahdi. Dalam masa yang sama hubungan hubungan erat mereka dengan gerakan Parti Ba’ath Saddam dan agensi perisikan kuasa asing telah terbongkar. Misi utama aliran-aliran ini ialah menentang Hawzah (pusat pengajia agama/pondok), marja’ taqlid (mujtahid yang mengeluarkan fatwa) dan para ulama Syiah. Dalam sejarah perkembangan melawan penjajah di kalangan umat Islam mutakhir, realiti ini telah banyak kali terbukti, bahawa satu-satunya banteng yang berdiri kukuh bagi menghadapi kuasa asing dan mencegah kemenangan mereka ialah banteng para ulama, marja’ dan hawzah-hawzah ilmiyah Syiah. [2] Perkara menarik di sini ialah aliran-aliran tersebut hanya bercakap dan tindakan-tindakan ilmiyah diambil untuk menentang ulama-ulama. Namun mereka tidak bertindak untuk menentang kuasa-kuasa asing.

 

Salah satu isu yang dibentangkan dalam Mahdawiyyat ialah analisa alamat-alamat dan tanda-tanda zuhur (kemunculan). Oleh itu penyabitan tanda-tanda simbol akhir zaman melalui riwayat-riwayat Syiah, perbahasan alamat-alamat zuhur untuk dikaitkan dengan identiti mereka amatlah penting. Salah satu dari petanda dan alamat kebangkitan individu bernama Yamani di ambang kezuhuran Imam Mahdi telah beberapa kali diingatkan dalam riwayat-riwayat Syiah. Topik ini dapat dianalisa dari berbagai perspektif seperti zaman kebangkitan Yamani, watak peribadi, kebangsaan, misi dan ciri-ciri kebangkitannya.

 

Sejak akhir-akhir ini, individu-individu yang tekun menyebarkan propaganda salah satu gerakan-gerakan palsu Mahdawiyyah, di beberapa kawasan atas nama Ahmad al-Hasan al-Yamani. Oleh itu timbullah pertanyaan-pertanyaan di kalangan orang beriman iaitu apakah gerangan aliran ini? Siapakah Ahmad al-Hasan? Apakah rekod-rekodnya? Apakah dakwaan-dakwaannya? Apakah dalil-dalil yang disandarkan dalam dakawaan-dakwaannya? Apakah pertimbangan syariat terhadap dalil-dalilnya? Apakah hala tuju aliran ini? Hingga ke hari ini sampai ke mana operasi gerakan ini? Akhir sekali apakah tanggung jawab orang mukmin dalam menghadapi aliran seperti ini?

Bagi mengenal aliran ini, pada mulanya kita perlu jelaskan dakwaan-dakwaan Ahmad al-Hasan al-Yamani. Langkah kedua kedudukan Yamani perlu dipertimbangkan dengan riwayat-riwayat dan langkah ketiga percanggahan-percanggahan dakwaan perlu dianalisa.

Langkah pertama: Dakwaan-dakwaan Ahmad al-Hasan.

Dengan mengenal dakwaan palsu di kalangan masyarakat Muslim terutama sekali di Iraq, dan campur tangan parti Ba’ath dalam perintisannya, maka diketahuilah akar umbi watak Ba’ath pada diri Ahmad al-Hasan dan ciri-ciri parti Ba’ath.

Siapakah gerangan parti Ba’ath

Parti Ba’ath telah diasas oleh seorang Kristian Zionis bermana Michel Aflaq. Dari satu sisi parti tersebut berkaitan dengan kuasa asing England dan dari sisi lain ia mempunyai perseteruan dengan Islam dan Syiah. Slogan masyhur tatkala parti ini mencapai kekuasaan ialah:

آمنت بالبعث ربا لا شريك له وبالميشل نبيا ما له ثانى

Aku beriman dengan Ba’ath sebagai tuhan pentadbir, tiada sekutu baginya, dan dengan Michel sebagai nabi, tiada lagi yang kedua. [3]

Rekod Parti Ba’ath selama 30 tahun pemerintahan Saddam penuh dengan peperangan terhadap Islam dan pembunuhan ratusan insan tidak berdosa, pemusnahan ekonomi Iraq dan pembekuan slogan-slogan agama, mensyahidkan ratusan para mujtahid, tokoh dan ribuan pelajar hawzah ilmiyah.

Dakwaan Ahmad al-Hasan al-Yamani

Dalam keadaan ia bukanlah golongan sayid (keturunan Nabi dari jalur Husain bin Ali bin Abi Talib) [7], terkenal mempunyai asal usul dan susur galur keturunan dari kabilah Sayamir (صيامر), namun ia memakai serban hitam di atas kepala dan muncul di khalayak ramai. Misalannya ia (berasaskan video yang diambil daripadanya), ia memberikan ucapan dengan berpakaian dan berserban hitam, di atas minbar sebuah masjid sambil menerangkan dakwaan antitesis dengan dirinya. Dalam masa yang sama beliau menerangkan dirinya tidak membuat dakwaan dan dirinya itu adalah seorang lelaki biasa dan dari sebuah kampung biasa. Ketika itu dia mendakwa pula dirinya adalah pemangkin rahmat untuk Islam. Bahkan latar bagi Ahlul Bait. Di mana sahaja aku pergi, maka Ahlul Bait pun bersamaku. Aku adalah pemilik Naf al-Mutma’innah (jiwa yang tenang). Aku ingin Syiah bersatu samada ulama dan orang awam. Aku bersedia menerangkan hakikat-hakikat dan menunjukkannya dalam bentuk hitam dan putih. Allah adalah cahaya dan kalamNya adalah cahaya. Dalam masa yang sama, aku tidak membuat sebarang pengakuan [8].

Fasa-fasa pengakuan.

Berasaskan pesanannya kepada para ulama dan pusat-pusat agama melalui portal internet, bertarikh 27 Syawwal 1424 Hijrah, dia membuat pengakuan-pengakuan yang berpaksi kepada berikut:

Peringkat pertama: Mendakwa kononnya dia berkali-kali melihat Imam Zaman (Imam Mahdi) berada di Haram (kompleks permakaman) Sayyid Muhammad bin Imam Hadi (a.s) di alam mimpi, yang memerintahkannya menziarahi makam ‘Askariyayn (2 makam: Imam Hasan bin Ali dan Ali bin Muhammad al-Hadi al-Naqi). Setelah itu, dia dikatakan berjaya bertemu dengan Imam Mahdi dan Imam Mahdi mengarahkannya menyedarkan penyelewengan ilmu dan harta hawzah-hawzah terutamanya hawzah Najaf, di samping meletakkannya di bawah pendidikan khusus.

Peringkat kedua: Mengaku pada bulan Sya’ban tahun 1420 (bersamaan dengan 1378 Hijri Shamsi/kalendar shamsiyyah Iran), dia bertemu dengan Imam Mahdi dalam keadaan sedar di samping makam Imam Husain (a.s) dan dia pergi ke Najaf atas perintah Imam. Dia mengumumkan seruannya di mana pada peringkat ini masyarakat mendustakannya sambil menuduhnya penyihir, gila dan dirasuk jin. Akhirnya Ahmad pun kembali ke daerahnya [9].

Seruan secara terbuka.

Selepas kejatuhan Saddam dalam bulan Jamadil Akhir tahun 1424 Hijrah, Ahmad Ismail Gati’ mengulangi dakwaannya secara terang-terangan dan terdapat beberapa individu yang termakan dengan muslihatnya. Dalam bulan Ramadhan tahun itu juga, dia mendakawa bertugas bagi pihak Imam Mahdi untuk menyeru penduduk bumi supaya mereka bangkit di jalan kebenaran dan menentang kezaliman.

Dalam pesanan itu, dia menjelaskan dirinya tidak berharap bantuan daripada para ulama. Ini disebabkan kebanyakan daripada mereka memerangi Imam Mahdi dengan lidah dan gigi. Ini disebabkan kemunculan Imam Mahdi bakal menghilangkan sebab bagi menjadikan ulama sebagai rujukan. Menurutnya maksud berhala ialah para ulama [10].

Dalil falasi Ahmad al-Hasan.

Bagi menyabitkan dakwaannya, dia bersandar dengan dalil berikut:

Dalil pertama: Mimpi orang yang melihatnya dalam mimpi bukan sekadar mimpi semata-mata, bahkan melihatnya secara realiti.

Dalil kedua: Memberitakan peristiwa akan datang seperti kejatuhan Saddam.

Dalil ketiga: Bersedia berdebat dengan para ulama Islam, Yahudi dan Krisitan.

Dalil keempat: Bersedia bermubahalah dengan ulama Syiah, Sunni, Yahudi dan Kristian.

Jelas sekali dalil-dalil di atas hanyalah dakwaan semata-mata.

Dalam sebuah pesanannya kepada rakyat Iraq, dia berkata: Ayahku Imam Mahdi mengutuskan aku kepada penghuni dunia dan aku memulakan seruanku di antara kamu, sedangkan malaikat Jibrail dan Mikail membantuku, jadi aku meminta bantuan kamu. Sekiranya kamu memberikan bantuan, maka aku meneruskan, jika tidak rekod-rekod datuk nenek anda semua sudah jelas. Sekiranya kamu mencercaku, maka aku akan bersabar sebagaimana kesabaran Muslim bin Aqil. Aku akan segera meninggalkan kamu wahai saki baki pembunuh Husain! Sekiranya aku mahu, nescaya aku perkenalkan Simr dan Shabth di zaman ini.

Aku akan sampaikan berita mengenaimu kepada ayahku Muhammad bin Hasan. Di masa depan, aku tidak akan kembali bersamanya melainkan dengan pedang.

Di dalam portal internet Ansar al-Mahdi [11] yang ditandatangani Sayid Ahmad Hasan, Washi (penerus) Imam Mahdi, dengan tarikh 21 Rabi’ul Akhir 1426 Hijrah, bersamaan 9/3/1384, dia memberi penjelasan mengenai seorang anak Imam Mahdi dan ia berasal dari Bani Hashim dalam sebuah pesanan berformat soal-jawab:

Mekah merupakan kawasan Tahamah, manakala Tahamah adalah kawasan Mekah. Oleh itu Muhammad dan keluarga baginda sentiasa menjadi Yamani.

Berasaskan sebuah hadis, Nabi (s.a.w) memperkenalkan 12 orang Imam ma’sum kepada Syiah, selepas menyebut nama Imam Mahdi, baginda bersabda:

ثم يكون من بعده اثنا عشر مهدياً، فاذا حضرته الوفاة فليسلمها الى ابنه أول المهديين

Kemudian akanada setelah Imam Mahdi dua belas orang 12 orang Mahdi. Tatkala Imam Mahdi wafat, maka beliau akan menyerahkan urusan kepada anaknya, Mahdi pertama.

Padahal belum tiba masa Imam Mahdi muncul dan meninggal dunia. Dalam sebuah pesanan kepada pengikutnya beserta tandatangan “Anshar al-Mahdi” bertarikh 11 Ramadhan 1427 Hijrah, beliau berkata kepada Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran (Ayatullah Sayid Ali Khamenei).

Dia meminta pemimpin tersebut membaca pesanan ini dan menjawabnya. Dalam pesanan ini mereka menerangkan dalil-dalil dakwaan Ahmad al-Hasan seperti hadis wasiat, peristiwa-peristiwa mimpi, debat dan mubahalah.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram