Faktor perselisihan fatwa di kalangan marja’ Taqlid

  • News Code : 757336
  • Source : ahkam.porsemani.ir
Brief

Antara pertanyaan yang sentiasa menjadi wacana serius di kalangan generasi muda hadi ini ialah perselisihan fatwa mujtahid marja’ agama. Sebelum memasuki perbahasannya, alangkah baiknya kita meneliti punca-puncanya:

Antara pertanyaan yang sentiasa menjadi wacana serius di kalangan generasi muda hadi ini ialah perselisihan fatwa mujtahid marja’ agama. Sebelum memasuki perbahasannya, alangkah baiknya kita meneliti punca-puncanya:

Pertama: Dalam isu-isu teori pada setiap bidang, pakar dan cendiakawannya mempunyai perselisihan dalam sebuah masalah. Demikian lah juga pakar fikah dan ijtihad. Para mujtahid perlu berusaha dalam seluruh hukum hakam dan asasnya sehingga ke sebuah noktah fikiran dan ijtihad. Sudah menjadi lumrah dalam ratusan masalah fikah, tidak dapat diharapkan terdapat kesatuan pandangan secara sempurna di kalangan dua atau beberapa orang. Demikianlah ilmu sains empirical seperti jurusan perubatan yang berasaskan pancaindera dan ujian makmal juga mempunyai aneka pandangan dan perbezaan dalam penentuan.

Kedua, mungkin sebahagian orang menganggap punca perselisihan fatwa disebabkan wujudnya beberapa orang marja’ taqlid dan di zaman kita dan faktor-faktornya dapat dikesan di situ sedangkan perkara ini tidak lebih dari khayalan semata-mata. Ini disebabkan urusan di kalangan fuqaha silam juga demikian. Sekiranya seseorang itu membuka lembaran-lembaran kitab-kitab fikah secara ijmal, maka sudah tentu ia mengetahui bahawa perselisihan-perselisihan tersebut sentiasa dalam pandangan-pandangan. Bagi mereka yang ingin meluaskan dimensi pemahaman tentang perselisihan pandangan para mujtahid, sila rujuk kitab: (اللمعة الدمشقية و جواهر الكلام)

Ketiga. Perselisihan fatwa para mujtahid tidak kembali kepada hawa nafsu dan kepentingan peribadi mereka. Bahkan kadang-kadang melibatkan ketaqwaan terhadap suatu batasan. Suatu ketika, seorang marja’ taqlid pernah ditanya: Apakah hokum sesuatu najis terjatuh ke dalam telaga? Sebelum beliau menjawabnya, beliau memberikan arahan supaya telaga di rumahnya dipenuhkan supaya tidak menerangkan hukum menurut hawa nafsunya! Sekiranya marja’ taqlid mengeluarkan fatwa berasaskan kepentingan peribadi, maka luputlah manfaat marja’iyyah daripadanya.

Ke-empat, perselisihan fatwa bukanlah sebuah isu di zaman ini; Bahkan perkara ini juga sudah ada di zaman para imam dan murid-muridnya. Umar bin al-Hanzalah meriwayatkan hadis bahawa Imam Ja’far al-Sadiq memerintahkan masyarakat merujuk kepada fuqaha sebagai penyelesaian terhadap perselisihan pendapat di kalangan ulama dalam agama, iaitu dalam memahami hadis imam. Imam Ja’far al-Sodiq berkata:

قال : الحكم ما حكم به أعدلهما ، وأفقههما ، وأصدقهما ، في الحديث ، وأورعهما ، ولا يلتفت إلى ما يحكم به الآخر
وسائل الشيعة، (كتاب القضاء)، باب 9، ح 1

Hukumlah dengan apa yang dihukumkan oleh yang paling adil, paling faqih, paling benar di antara mereka berdua di dalam hadis, dan yang paling warak di kalangan mereka berdua. Jangan peduli pada apa yang dihukumkan seorang lagi.

Di sini, Imam Ja’far tidak mencela perselisihan di antara pendapat mereka berdua, malah kenyataannya menjelaskan perkara tersebut adalah lumrah.

Kelima, para mujtahid mempunyai kesepakatan di dalam kebanyakan masalah fikah seperti masalah kemestian agama (seperti kewajipan solat, puasa dan hukum hakam wudhu), termasuk juga hukum hakam yang tidak terhitung lagi.

Keenam. Allah (s.w.t) tidak memberikan hukum lebih dari satu, dan para ahli fikah mencari hukum Allah. Sekiranya beberapa ahli fikah tersilap, maka hukum Allah tetap tidak berubah. Namun mujtahid dan muqallid meraih pahala kerana berusaha bersungguh-sungguh dan melaksanakan tanggung jawab mereka.

Dengan mukadimah ini, sekarang kita akan memberikan perhatian tentang perselisihan fatwa iaitu: Ilmu fikah dan ijtihad berasaskan satu silsilah prinsip berfikir, dan perselisihan dalam fatwa berpunca dari perkara tersebut seperti:

Ushul fiqh:
Salah satu asas fikah yang paling penting ialah Ilmu Ushul. Ilmu ini memberi perhatian tentang mengenal masalah seperti perintah, larangan, pemahaman, ijma, khabar wahid dan mutawatir, ta’arudh, istishab, bara’ah dan lain-lain lagi. Mujtahid mencari keputusannya untuk mengistinbat hukum fikah.

Setiap topik ini menaungi berbagai buah fikiran dan ia memberi kesan perselisihan dalam perbezaan pemahaman hukum Allah. Misalannya dalam sebuah masalah, terdapat beberapa riwayat di dalam kitab-kitab hadis yang riwayat mengenainya saling bercanggah: Berasaskan pandangan ulama ia adalah berbeza, seorang mengatakan: Oleh kerana riwayat ini mendahului ke atas riwayat itu; Sedangkan yang lain berkata: Dari sudut lain, riwayat tersebut cenderung kepada kepada riwayat yang lain. Setiap seorang daripada mereka memberikan fatwa berasaskan riwayat dalam perhatiannya. Tidak dapat disangkal lagi, ta’arudh merupakan masalah ushul dan pengantar bagi ilmu fikah.

Kedua: Sastera Arab
Ilmu ini meliputi ilmu saraf, nahu dan mengenal lafaz makna. Ia adalah salah satu daripada mukadimah ijtihad. Kadang kala ia adalah perselisihan ulama fikah merujuk kepada perselisihan dalam masalah nahu dan saraf. Misalannya seorang mujtahid membaca sesebuah kalimah dalam bentuk marfu’ dan menganggapnya sebagai fa’il. Sedangkan seorang lagi menggolongkan kalimah tersebut sebagai mansub dan maf’ul bagi fi’il. Tidak dapat ditolak lagi perselisihan ini membawa kepada perselisihan dalam hukum dan fatwa.

Ketiga:
Kadangkala, perselisihan fatwa berpunca daripada mengenal makna dan pemahaman lafaz. Misalannya mengenai kalimah hari (يوم) yang wujud dalam kebanyakan riwayat. Di kalangan ahli fikah trdapat berbagai pandangan. Sebahagian mengatakan: Bermula sejak terbit matahari sehingga tenggelam matahari. Sementara sebahagian yang lain meluaskan jarak waktu bagi kalimah tersebut iaitu bermula dari terbit fajar. Perselisihan ini memberi kesan dalam kebanyakan dari hukum hakam fikah dan menyebabkan perselisihan dalam fatwa yang mana kami tidak akan menyebutkannya dalam makalah ini.

Keempat: Ilmu rijal
Di zaman imam maksum ilmu mengenal sanad riwayat, para perawi dan penukil hadis tidak terlalu diperlukan. Ini disebabkan hadis-hadis dan hukum hakam dapat ditanya langsung kepada para imam maksum atau kepada perawi kerana dekatnya mereka dengan imam. Namun di zaman berikutnya, hadis-hadis dinukilkan dengan banyak dan sebahagian pihak bertindak memalsukan hadis. Dari sini, di zaman ghaibah kita memerlukan ilmu mengenal para perawi yang sijahtera dan jujur. Berasaskan perkara tersebut, ilmu rijal telah diasaskan. Ilmu ini menganalisa noktah dhaif dan kekuatan para perawi dalam persanadan hadis. Dalam ilmu ini, riwayat digolongkan dalam kategori muktabar dan tidak muktabar. Berasaskan ilmu ini, kadangkala satu riwayat di sisi mujtahid adalah muktabar dan di sisi yang lain adalah dhaif. Perkara ini menjadi faktor yang sangat penting dalam perselisihan fatwa. Sebagai contoh dalam masalah melihat seorang perempuan penduduk kampung yang biasanya tidak menutup kepala. Sebahagian ahli fikah memberi jawapan yang positif dan percaya bahawa riwayatnya sudah mencapai tahap muktabar. Abbad bin Suhaib berkata: Aku mendengar daripada Imam Ja’far al-Sadiq yang berkata:

لا بَأْسَ بِالنَّظَرِ اِلى‏ رُؤُوسِ اَهْلِ تَهامَة و الاَعْراب و اَهْلِ السَّواد و العَلُوج لِاَنَّهُم اِذا نُهُوا لا يَنْتَهُون

Tidak ada masalah melihat kepala warga tahamah, arab badwi, sawwad (pendalaman) dan ‘aluj. Ini disebabkan tidak ada kesan jika mereka dilarang.

Namun sebahagian ahli fikah berkata: Hadis ini digolong dhaif kerana terhadap Abbad bin Suhaib dalam silsilah sanadnya. Beliau tidak ditsiqahkan dalam ilmu rijal. Oleh itu ulama Syiah mengharamkan perbuatan melihat perempuan seperti ini, sekurang-kurangnya sebagai ihtiyat. (Ahkam bulugh wa taqlid, Sayid Mujtaba Husaini, kod: 3/500019)


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram