Benarkah riwayat tawassul Abu Ayyub al-Ansari dengan makam Rasulullah telah disahihkan oleh ulama Sunni?

  • News Code : 772477
  • Source : ABNA24.com
Benarkah ulama Ahli Sunnah pernah mensahihkan riwayat tawassul Abu Ayyub al-Ansari dengan makam Rasulullah?

Bismillahirrahmanirrahim,



Tawassul Abu Ayyub al-Ansari di makam Rasulullah (s.a.w)



Ahmad bin Hanbal menulis di dalam kitabnya:

حدثنا عبد اللَّهِ حدثني أبي ثنا عبد الْمَلِكِ بن عَمْرٍو ثنا كَثِيرُ بن زَيْدٍ عن دَاوُدَ بن أبي صَالِحٍ قال أَقْبَلَ مَرْوَانُ يَوْماً فَوَجَدَ رَجُلاً وَاضِعاً وَجْهَهُ على الْقَبْرِ فقال أتدري ما تَصْنَعُ فَأَقْبَلَ عليه فإذا هو أبو أَيُّوبَ فقال نعم جِئْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ولم آتِ الْحَجَرَ سمعت رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يقول لاَ تَبْكُوا على الدِّينِ إذا وَلِيَهُ أَهْلُهُ وَلَكِنِ ابْكُوا عليه إذا وَلِيَهُ غَيْرُ أَهْلِهِ .


Diriwayatkan daripada Daud bin Abi Salih yang berkata: “Suatu ketika Marwan datang. Dia melihat seorang lelaki sedang meletakkan wajahnya di atas kubur Rasullullah (s.a.w). Lalu Marwan menarik lehernya dan berkata: “Apakah anda menyedari apa yang anda lakukan?”. Lelaki itu berkata: “Ya”, lalu menoleh ke arah Marwan, ternyata lelaki itu adalah Abu Ayyub al-Anshari. Ia berkata: “Aku datang kepada Rasulullah (s.a.w), bukan datang untuk sebongkah batu. Aku pernah mendengar Rasulullah (s.a.w) bersabda: “Jangan menangis untuk agama, jika agama masih dipegang oleh ahlinya. Namun tangisilah agama jika ia dipegang bukan oleh ahlinya”


Hamzah Ahmad al-Zain, penyelidik terkenal Ahlisunnah Wal Jamaah menganggap sanad hadis ini adalah sahih.



Hakim Nisyaburi turut membawa hadi ini di dalam kitab Mustadrak 'Ala al-Sahihayn, jilid 4 muka surat 560 dan berkata tentang sanadnya:

هذا حديث صحيح الإسناد ولم يخرجاه.

Sanad riwayat ini adalah sahih, namun al-Bukhari dan Muslim tidak pernah menukilkannya.

Shamsuddin al-Dzahabi di dalam Talkhis al-Mustadrak turut menganggap riwayat ini adalah Sahih.

Samhudi juga turut membawa riwayat ini di dalam kitab Khulasah al-Wafa dan berkata sanad riwayat ini adalah Hasan.





Sekarang pertanyaan kita kepada golongan Wahhabi ialah, apakah Abu Ayyub al-Ansari yang merupakan salah seorang sahabat besar Nabi (s.a.w) telah menjadi musyrik dan darahnya halal ditumpahkan?


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram