Barat Hanya Kenal Bahasa Kekerasan: Makarem Syirazi

  • News Code : 797944
  • Source : ABNA24
Brief

Ayatullah Makarem Syirazi, seorang tokoh besar mazhab Syiah di Qom, Iran mengkritik keras tindakan Amerika Syarikat yang memperpanjangkan Akta Sekatan Ke Atas Iran (ISA) dan mencabul pejanjian nuklear Iran yang sebelumnya tercapai di antara Tehran dan kuasa 5+1.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ayatullah Makarem Syirazi, seorang tokoh besar mazhab Syiah di Qom, Iran mengkritik keras tindakan Amerika Syarikat yang memperpanjangkan Akta Sekatan Ke Atas Iran (ISA) dan mencabul pejanjian nuklear Iran yang sebelumnya tercapai di antara Tehran dan kuasa 5+1.

Beliau berkata bahawa tindakan A.S jelas menunjukkan bahawa kuasa Barat tidak 'memahami apa-apapun kecuali bahasa kekerasan'. Oleh kerana itu 'bahasa undang-undang' tidak mempunyai sebarang erti atau nilai buat mereka.

Beliau turut menekankan bahawa kuasa Barat sering mendahulukan kepentingan mereka apabila menangani isu berkaitan hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa. Menurut beliau lagi, setiap kali kuasa Barat melihat kepentingan mereka berada di dalam bahaya, mereka akan segera mengebelakangkan isu-isu lain termasuk undang-undang dan hak asasi manusia.

Menurut beliau lagi, perkara itu boleh dilihat di dalam konflik yang berlaku di Yaman, di mana kuasa Barat giat menjual senjata kepada rejim Saudi walaupun mereka tahu senjata itu akan digunakan oleh Riyadh untuk mencabul kedaulatan Yaman dan hak rakyatnya.

"Ini bermakna, apabila mereka ingin menjual senjata yang tinggi nilainya, segala isu lain akan diketepikan (dicabuli)," katanya.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram