Neraca timbangan mengenali Yamani yang dijanjikan

  • News Code : 731083
  • Source : Abna24.com
Sebuah buku karya Hujjatul Islam Nusratullah Ayati telah dicetak di Qom, dengan membahaskan tentang ciri-ciri penting tokoh yang dinamakan al-Yamani.

Laman Kebudayaan Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Kezuhuran seorang juru selamat merupakan sebuah kepercayaan umum bagi seluruh agama. Kitab-kitab suci menukilkan perkara ini samada secara lengkap atau separuh lengkap, iaitu muka bumi tidak selama-lamanya dipenuhi dengan kezaliman dan kerosakan. Bahkan kumpulan reformis yang dipimpin seorang "pemimpin yang dijanjikan" bakal memerintah alam semesta dengan keadilan dan saksama.

Akar umbi pegangan terhadap Mahdi dan juru selamat ini menyebabkan kesediaan fikiran masyarakat di dalam zaman yang berbeza untuk menerima dan menuruti beliau (a.s). Atas faktor inilah tercetuslah eksploitasi para pendusta yang membawa dakwaan-dakwaan palsu di sepanjang sejarah kemanusiaan dengan mengaku diri sendiri sebagai Imam Mahdi atau pembantunya supaya akidah masyarakat dicemari dengan agendanya. Kebetulan kebanyakan dari pendakwa-pendakwa ini mencapai hasrat mereka samada pembohong kecil-kecilan yang berobjektifkan harta dunia mahupun pembohong besar yang berjaya menegakkan aliran.


Sementara itu usuh-musuh Islam dan kemanusiaan yang gerun dengan pemerintahan adil telah berusaha melemahkan akidah kemunculan juruselamat dari dalam kalbu manusia. Dari perspektif yang lain, golongan penyesat umat ini membangunkan persoalan dan keraguan demi menghancurkan akidah kezuhuran Imam Mahdi.

Sebagai reaksi, Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan sebuah buku yang membongkar salah satu gerakan konspirasi musuh di samping menerangkan tatacara sebenar mengenalpasti tokoh al-Yamani yang dijanjikan.

Sekarang kitab ini dapat ditatap pembaca berjudul Zuhur Hatmi karya Hujjatul Islam Nusratullah Ayati, cetakan penerbit Yayasan Ayande di Qom.

Antara noktah penting yang ditampilkan buku ini ialah neraca timbangan dalam mengenal ciri-ciri Yamani berasaskan perbahasan ilmiah, iaitu:

1. Kebangkitan Yamani bermula dari bumi Yaman.
2. Gerakan ini muncul bersamaan dengan kemunculan Sufyani di Sham. Berasaskan fakta ini, seandainya ada dakwaan kemunculan Yamani dari Yaman sekalipun tanpa diiringi kemunculan Sufyani, maka dakwaan itu adalah palsu. Apa lagi kemunculan Yamani dari tempat lain.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram