Fuqaha musuh nyata Imam Mahdi (a.j.f)?

  • News Code : 766223
  • Source : Neda Tabasi
Brief

Kumpulan Ahmed al-Hasan mendakwa terdapat riwayat yang dinisbahkan kepada Imam Baqir (a.s) di dalam kitab Bayan al-A'immah karya Murtadha 'Amili di dalam kurun mutakhir, bahawasanya Imam Mahdi (a.j.f) tidak mempunyai musuh yang lebih nyata berbanding fuqaha.

Fuqaha musuh nyata Imam Mahdi (a.j.f)?

Oleh pakar Mahdawiyyat: Neda Tabasi atau Maryam Tawusi

Kumpulan Ahmed al-Hasan mendakwa terdapat riwayat yang dinisbahkan kepada Imam Baqir (a.s) di dalam kitab Bayan al-A'immah karya Murtadha 'Amili di dalam kurun mutakhir, bahawasanya Imam Mahdi (a.j.f) tidak mempunyai musuh yang lebih nyata berbanding fuqaha.

Tidak diketahui, dari mana penulis menukilkannya. Secara generalisasi, kitab Bayan al-A'immah banyak menukilkan perkara-perkara yang telah terseleweng dan dusta atas nama Syiah.

Misalannya kisah pulau Khadra yang menjelaskan bahawa anak-anak Imam Mahdi (a.j.f) berada di sana dan isi kandungan buku tersebut sarat dengan kontradiksi. Barangsiapa yang berminat untuk mengkaji kontradiksi-kontradiksinya boleh merujuk kepada buku "Pulau Khadra, dongeng atau hakikat" cetakan Jamaran.

Oleh itu tidak ada perincian dari mana penulis kitab Bayan al-A’immah mengambilnya sedangkan intisari seluruh riwayat tersebut terhenti dengan rangkai kata “خاصه” (khas).

Maka riwayat yang dinisbahkan kepada Imam Baqir tersebut bermaksud fuqaha tertentu sahaja, iaitu segelintir, bukan semuanya.Kesaksian sejarah menunjukkan terdapat dua kitab yang mengandungi riwayat ini.

Salah satunya ialah Faydh al-Qadir iaitu penulisnya hidup dalam kurun ke-12. Kitab satu lagi ialah Futuhat al-Makkiyyah Ibnu Arabi yang tidak menyebut Imam Baqir (a.s)!!!

Berasaskan riwayat mutawatir Imam Ali (a.s) pernah berkata kepada anaknya supaya faqih di dalam agama Allah; maka bagaimana mungkin Imam Mahdi (a.j.f) selaku anak cucu Ali (a.s) dan Fatimah (a.s) tidak mempunyai musuh yang lebih nyata dari fuqaha sedangkan imam sendiri menyuruh anaknya faqih?

Kumpulan berasaskan agama ini tidak mengerti, samada (1.) wujudnya ulama tidak berilmu di dalam dunia bukanlah dalil bahawa semua fuqaha agama atau (2.) semua ulama adalah musuh Imam Mahdi (a.j.f).

Terdapat hadis seorang individu bertanya kepada Imam Baqir (a.s). Lelaki itu berkata, pandangan ahli fikah bukanlah seperti yang anda katakan. Maka Imam menjawab: Apakah hingga kini engkau telah melihat seorang faqih?

Sesungguhnya faqih hakiki ialah seorang yang zuhud terhadap dunia dan asyik kepada akhirat.Teks kitab karya Muhiyuddin Ibnu Arabi:

إن لله خليفة يخرج من عترة رسول الله من ولد فاطمة يواطي اسمه اسم رسول الله، جده الحسين بن علي (عليهما السلام) يبايع بين الركن والمقام يشبه برسول الله في الخلق - بفتح الخاء - وينزل عنه في الخلق - بضم الخاء - أسعد الناس به أهل الكوفة يعيش خمسا أو سبعا أو تسعا يضع الجزية على الكفار ويدعو إلى الله بالسيف ويرفع المذاهب عن الأرض فلا يبقى إلا الدين الخالص، أعداؤه مقلدة العلماء أهل الاجتهاد لما يرونه يحكم بخلاف ما ذهب إليه أئمتهم فيدخلون كرها تحت حكمه خوفا من سيفه يفرح به عامة المسلمين أكثر من خواصهم يبايعه العارفون من أهل الحقائق عن شهود وكشف بتعريف إلهي، له رجال إلهيون يقيمون دعوته وينصرونه ولولا أن السيف بيده لأفتى الفقهاء بقتله ولكن الله يظهره بالسيف والكرم فيطمعون ويخافون ويقبلون حكمه من غير إيمان ويضمرون خلافه ويعتقدون فيه إذا حكم فيهم بغير مذهب أئمتهم إنه على ضلال في ذلك لأنهم يعتقدون أن أهل الاجتهاد وزمانه قد انقطع وما بقي مجتهد في العالم وأن الله لا يوجد بعد أئمتهم أحدا له درجة الاجتهاد، وأما من يدعي التعريف الإلهي بالأحكام الشرعية فهو عندهم مجنون فاسد الخيال، انتهىالفتوحات المكية: 3 / 419 باب 366

Di dalam kitab Faydh al-Qadir Sharh Jami’ Saghir, jilid ke enam, muka surat 360, nombor 9241 juga menukilkan teks ini. Di situ pun tidak ada disebut riwayat daripada Imam Baqir (a.s).Di dalam kitab Arba’in Sheikh Baha’i juga menukilkan perkara ini daripada Ibnu Arabi, bukan daripada Imam Baqir (a.s).

Terjemahannya:Mahdi (a.j.f) adalah anak cucu Fathimah, khalifah Allah daripada itrah Rasulullah, anak cucu Fathimah, namanya seperti Rasulullah, datuknya Husain bin Ali, dibai’at di antara rukun dan makam, ciptaannya mirip dengan Rasulullah……… mengajak kepada Allah dengan pedang sehinggalah tidak ada tempat melainkan agama yang murni, musuh-musuhnya adalah pentaqlid ulama, tatkala melihat Mahdi (a.j.f) ahli ijtihad memutuskan hukum bertentangan dengannya, ketaatan kepadanya atas faktor ketakutan, ahli irfan dan ahli kasyf wa shuhud membai’atnya dan membantu seruannya. Kalau bukan kerana pedang ditangannya, nescaya fuqaha memberi fatwa pembunuhan beliau…. Fuqaha adalah musuh-musuh Imam Mahdi (a.j.f), mereka percaya zaman ijtihad ulama telah berakhir, tidak tertinggal lagi mujtahid di dalam dunia. Allah tidak mencipta lagi seorang individu pun yang bertaraf mujtahid selepas para imam mereka.

Teks dari kitab Bayan al-A’immah

:عن الباقر ع: اذا خرج الامام المهدي فليس له عدو مبين الا الفقهاء خاصة ، ولولا ان السيف بيده لأفتى الفقهاء بقتلهبیان الائمة ع ج 3 ص 99

Imam Baqir (a.s) berkata: Tatkala Imam Mahdi keluar, tidak ada musuhnya yang nyata melainkan fuqaha tertentu, jikalau bukan kerana pedang di tangan beliau, nescaya para fuqaha mengeluarkan fatwa membunuhnya.Bayan al-A’immah, jilid 3 muka surat 99

Kesimpulan:

Sandaran tertua bagi riwayat tersebut bukan hanya kitab Bayan al-A’immah semata-mata, bahkan terdapat kitab-kitab lain seperti Faydh al-Qadir, Arba’in Sheikh Baha’i dan Futuhat Makkiyah yang tidak menukilkannya daripada Imam Baqir (a.s)!

Malah terdapat kemiripan teks, iaitu rangkaikata “fuqaha memberikan fatwa pembunuhan beliau” ada dalam kitab-kitab tersebut”.Fuqaha dan kelompok tertentu menurut kitab Bayan al-A’immah yang tidak menjadi sandaran argumentasi menunjukkan segelintir, bukan semua fuqaha.

حدیث : اذا خرج القائم ينتقم من اهل الفتوي بما لايعلمون، فتعسا لهم و لاتباعهم. منابع : یوم الخلاص ص 342 الزام الناصب جلد 2 ص 200 بیان الائمه ج 3 ص 298

Hadis: Tatkala al-Qaim keluar, beliau akan membalas dendam terhadap ahli fatwa (yang mengeluarkan fatwa) terhadap apa yang tidak mereka ketahui. Maka berbaiklah dengan mereka dan pengikut mereka.

Setiap penulis ketiga-tiga referensi itu hidup dalam kurun mutakhir dan mereka bukanlah sandaran lama. Katakan matannya sahih maka ia merujuk kepada orang alim yang tidak diketahui; sedangkan maksudnya ialah orang yang benar-benar alim tidak mengetahui apa yang dibicarakannya.

Matan itu menunjukkan bahawa kumpulan tertentu yang secara zahirnya berilmu.  Apakah maksud secara zahirnya berilmu? Ia bermaksud ulama Batriyah atau Tabriyyah yang menerima keutamaan fadhilat Ali bin Abi Talib, dalam masa yang sama mereka menyintai Umar.

Ataupun maksudnya aalah ulama Wahhabi atau ulama Syiah yang mengeluarkan fatwa tanpa pengetahuan, atau sesiapa sahaja yang memberikan fatwa berasaskan pandangannya. Allah jua yang Maha Mengetahui.

Terdapat juga banyak hadis-hadis yang memuji para ulama.Tarikh penyelidikan: Sebelum 28 Jun 2015

Buku Neda Tabasi atau Maryam Tawusi telah dicetak pada tahun 2015, terdapat dua fasal yang memberi perhatian terhadap topic ini iaitu fasal baru “91: Penentangan fuqaha tertentu” dan fasal “92: Mahdi membalas dendam terhadap ahli fatwa”


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram