Ayatullah Makarim Syirazi;

Asyura bagaikan duri bagi pihak musuh

  • News Code : 648237
  • Source : ABNA.ir
Brief

Ayatullah Makarim Syirazi mengingatkan pengikut mazhab Syiah Imamiyah di seluruh dunia tentang pihak musuh yang tidak senang dengan sambutan hari Asyura tahun ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Ayatullah al-Uzma Makarim Syirazi dalam satu pesanan yang ditujukan kepada pengikut mazhab Syiah Imamiyah di seluruh dunia menganggap sambutan hari Asyura adalah faktor bagi penyatuan barisan pengikut Ahlul Bait (a.s) dan umat Islam. Selain itu Asyura dapat menyuntik semangat keberanian dalam urat nadi di samping membangunkan kekuatan untuk bangkit menghadapi para penindas.

Teks pesanan beliau adalah seperti berikut:

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Seandainya kita dapat memuaskan seluruh dunia, tidak ada lagi peristiwa setara dengan Asyura yang menyebarkan sinarannya dalam sebuah ufuk zaman dan tempat, biarpun kebiasaannya masa akan berlalu pergi dan dilupakan begitu sahaja, namun dimensi peristiwa Asyura kian tersebar luas sepanjang tahun-tahun.

Apatah lagi belum ada peristiwa bersejarah berada di tahap yang memberikan kehidupan, Asyura dari satu perspektif bukan sekadar menjadi faktor pengukuhan barisan pengikut ajaran Ahlul Bait (a.s), bahkan barisan kaum muslimin. Dari sisi lain, ia menyuntik darah segar keberanian dan kebangkitan menghadapi golongan penindas dalam urat saraf para pencinta Imam Husain (a.s).

Ia juga menjadi sebab penyucian jiwa, pendidikan akhlak, kembali ke pangkal jalan serta bertaubat kepada Allah (s.w.t).

Indikasi menunjukkan dalam Asyura tahun ini melebihi dari dari tahun-tahun lain, majlis kedukaan lima Ahli 'Aba (a.s) akan menjadi gilang gemilang. Saya berharap mereka yang berkabung, penceramah dan penyair tidak melupakan perkara-perkara berikut:

1. Berusahalah agar bentuk majlis kedukaan Asyura tahun ini dilangsungkan dengan keredaan maksumin (a.s).

2. Mereka yang berkabung hendaklah memiliki pengetahuan yang luas tentang misi kebangkitan Imam Husain (a.s) dan para pengikutnya. Para penceramah dan penyair dapat membantu mereka dengan cara tersebut.

3. Mereka yang berkabung terutama sekali para pemuda, jangan izinkan majlis perkabungan menjadi alat propaganda politik. Hindarilah perkara-perkara yang boleh modal perselisihan antara umat Islam atau alasan bagi pihak musuh terutamanya penggunaan logam tajam yang menyebabkan kecederaan pada tubuh, penghinaan terhadap simbol suci orang lain yang boleh memberi kesan buruk kepada dunia Syiah serta dipergunakan pihak musuh di seluruh dunia.

Dari hati yang tulus, saya mendoakan semua penceramah dan penyair yang dihormati agar dapat meraih manfaat spiritual dan akhlak dari peristiwa bersejarah ini terutamanya para pemuda yang kebanyakannya hadir dalam majlis ini. Ketahuilah Asyura Husaini adalah duri di mata pihak musuh.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wa Barakatuh.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky