Perselisihan dalam menyabitkan bulan di kalangan Syiah dan Ahlisunnah [1]

  • News Code : 758405
  • Source : eshia.ir
Brief

“Apakah tanggungjawab seorang Syiah ketika berada di negara Ahlusunnah yang menetapkan awal bulan lain dari yang diyakininya.”

Kuliah fikah Dars Kharij, Ayatullah Makarim Syirazi

Diterjemah dari himpunan kuliah Dars Kharij, Ayatullah Makarim Syirazi berjudul: Perselisihan dalam menyabitkan bulan di kalangan Syiah dan Ahlisunnah [1]

5 Azar 1392, bersamaan dengan Selasa, 26 November 2013

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Perbahasan kali ini ialah isu-isu berkaitan dengan wuquf di Arafah dan kita telah sampai ke masalah ke-tujuh. Imam Khomeini Q.S.  berkata:

Masalah ke-7 – (Situasi pertama)

Masalah ke-tujuh: (dari kitab Tahrir al-Wasilah, bab wuquf di Arafah)

Situasi pertama:

لو ثبت هلال ذي الحجة عند القاضي من العامة وحكم به ولم يثبت عندنا فإن أمكن العمل على طبق المذهب الحق بلا تقية وخوف وجب، وإلا وجبت التبعية عنهم، وصح الحج لو لم تتبين المخالفة للواقع

“Sekiranya tersabitlah hilal Zulhijjah di sisi hakim masyarakat umum, dan iapun memutuskan demikian, dan tidak tersabit di sisi kita, maka wajiblah kita beramal dengan mengikuti mazhab yang haq tanpa taqiyyah dan takut. Jika tidak, maka wajiblah mengikuti mereka dan ibadah haji adalah sah walaupun belum jelas ianya bercanggah dengan realiti.”

Walaupun selepas itu realiti percanggahan tidak disabitkan

Situasi kedua:

بل لا يبعد الصحة مع العلم بالمخالفة

 

“Bahkan tidak mustahil kita katakan bahawa ianya sah meskipun pengetahuan menyatakan ketetapan tersebut bercanggah dengan realiti.”

Situasi ke-tiga

“Tidak dibenarkan melakukan hal yang bertentangan, bahkan ibadah haji yang dilakukan secara bertentangan dengan Taqiyyah mempunyai masalah. Ufuk Hijaz dan Najd bertentangan dengan ufuk kita, lebih-lebih lagi ufuk Iran tidak dapat diketahui melainkan kadangkala sahaja.” [1]

 

Masalah ini amat besar dan aneh sekali para fuqaha amat sedikit menyebutnya. Perselisihan tersebut ialah hari Arafah. Misalannya jika pemerintah Ahlusunnnah memperkenalkan hari lain sebagai hari Arafah, apakah yang perlu dilakukan.

Imam Khomeini berkata:

“Sekiranya hilal Zulhijjah telah disabitkan di sisi hakim Ahlusunnah, beliau memutuskan hukum demikian dan berkata bahawa fulan hari adalah hari pertama bulan, namun bagi Syiah hari tersebut tidak disabitkan sebagai awal bulan, dalam keadaan ini Imam Khomeini menggariskan tiga situasi:

Situasi pertama beliau berkata: Sekiranya kita mengesyaki terdapat percanggahan, kemudian ada kemungkinan bahawa kita dapat beramal mengikut mazhab kita sendiri, maka kita kita wajib beramal dengan realiti tanpa ketakutan. Sekiranya tindakan ini tidak mungkin dapat dilaksanakan, maka kita hendaklah mengikuti Ahlusunnah dan ibadah haji dalam situasi ini sah. Namun perkara ini dalam situasi yang selepas itu tidak terjadi perselisihan yang qat’i.

Situasi kedua ialah ketika diketahui adanya perselisihan dan kita yakin bahawa mereka akan pergi ke Arafah di hari yang lebih cepat, maka tidak mustahil ibadah haji menjadi sah.

Situasi ketiga ialah sekiranya kita berada pada tempat yang perlu bertaqiyyah, namun sekiranya kita tidak bertaqiyyah dengan tidak mengikuti Ahlusunnah maka tindakan kita itu adalah haram dari segi hukum taklifi walaupun dari pandangan wadh’i mempertikaikan kesahihan ibadah haji.

Kemudian, sebagai penutup beliau mengisyaratkan sebuah noktah, betapa untungnya terdapat fakta yang meyakinkan bahawa perselisihan yang terjadi amatlah sedikit kerana ufuk Hijaz dan Najd tidak sama dengan ufuk kita. Oleh itu berasaskan pengetahuan ini, percanggahan tidak terhasil melainkan dalam kes yang sedikit. Namun hukum ini tertakluk kepada kesepakatan dalam tindakan melihat hilal sebagai syarat sebagaimana yang ditanggapi Imam Khomeini. Oleh itu kita menyatakan bahawa perselisihan yang tercetus bukanlah jarang berlaku.

Sebagai mukadimah kita menyatakan: Ibadah haji dilaksanakan di hari-hari. Wuquf di Arafah di hari ke-sepuluh. Amalan eid di hari ke-sepuluh dan amalan-amalan lain di hari ke-sebelas dan ke-dua belas. Amalan-amalan ini tertakluk kepada waktu yang tertentu iaitu selain dari itu kita tidak boleh melaksanakannya.

Sekarang, kadangkala wujud perselisihan di antara kita dan Ahlusunnah , kadangkala ada syak dalam perselisihan dan kadangkala yakin. Perselisihan ini terjadi dalam kebanyakan perkara walaupun di zaman para imam. Yang aneh di sini ialah kenapa ulama terlalu sedikit mengingatkan masalah ini dan kebanyakan orang di zaman ini mengingatkannya.

Pandangan para ulama:

Pengarang kitab Jawahir mengingatkan masalah ini dan menukilkan daripada Marhum Bah al-Ulum bahawa beliau juga turut mengingatkan masalah ini. Sedangkan kita tidak menyaksikan kata-kata ini di kalangan para ulama yang lain. Beliau berkata:

بقي شيء مهم تشتد الحاجة اليه و کأنه اولي من ذلک کله بالذکر

Beliau sebelum ini menyatakan sebuah perkara dan menjelaskan bahawa perkara ini lebih penting dari semua itu.

 و هو انه لو قامت البينه عند قاض العامة و حکم بالهلال علي وجه يکون يوم التروية عندنا عرفة عندهم

Iaitu jikalau hari ke-delapan di sisi kita adalah hari ke sepuluh di sisi mereka, maka ini adalah perselisihan yang jelas.

 فهل يصح للامامي الوقوف معهم و يجزي لانه من احکام التقية و يعسر التکليف بغيره او لا يجزي؟... و لا يبعد القول بالاجزاء ... و قد عثرت علي الحکم بذلک

Iaitu hukum terhadap juzuk-juzuk sekiranya sudah ada pengetahuan tentang perselisihan

 منسوبا للعلامة الطباطبائي

Iaitu al-Marhum Bah al-‘Ulum

 و لکن مع ذلک فالاحتياط لا ينبغي ترکه

Ihtiyat ini adalah mustahab. Beliau memutuskan hukum ketika terjadi perselisihan seperti itu, namun dalam situasi ada syak terhadap perselisihan, maka hukum yang diputuskan ialah cara pertama [2].

Cara pertama: Ahlusunnah memutuskan awal bulan namun belum sabit bagi kita sebagai awal bulan. Maka yang benar ialah sebagaimana yang dituturkan oleh Imam Khomeini dan melalui jalan prioriti dari tutur kata pengarang kitab al-Jawahir, iaitu kita boleh mengikuti Ahlusunnah dan amalan kita sah.

Dalil bagi masalah ini:

Dalil pertama: Sirah mustamirrah.

Sejak dari zaman kewafatan Rasulullah (s.a.w) di tahun kesepuluh Hijrah sehingga zaman Imam Hasan al-Askari dan kewafatannya, sepanjang zaman dua ratus empat puluh tahun, sekiranya kita menambah zaman Ghaibah Sughra dan kita menyatakan bahawa masalah ini sudah menyelubungi, andainya Syiah harus bercanggah, maka sudah tentu hukum sudah dikeluarkan. Namun perkara ini tidak dijelaskan sedikitpun walau satu riwayat. Ini menunjukkan bahawa Syiah sentiasa mengikuti Ahlusunnah. Tidak boleh dikatakan bahawa masalah ini tidak pernah terjadi kerana paling kurang perkara ini sudah berlaku selama beberapa tahun. Sehingga setelah para imam iaitu di zaman para fuqaha, perkara ini sudah wujud. Dalam masa yang sama, tidak ada yang berkata bahawa amalan yang bertentangan adalah batal, mahupun Syiah telah melaksanakan ibadah haji secara berasingan, dan sudah tentu amalan yang dilakukan orang Syiah bersama Ahlusunnah tidak diqadha semula.

 

Dalil yang kedua: Riwayat Taqiyyah

Insyallah selepas ini kita akan memberi perhatian terhadap riwayat-riwayat ini secara terperinci. Sekarang kita menyaksikan sebahagian dari riwayat-riwayat ini sebagai saksi perbahasan. Riwayat ini terdapat dalam kitab Amr Bil Ma’ruf dan Nahi ‘An al-Munkar:

عَنْ علي بن ابراهيم عَنْ أَبِيهِ عَنِ ابْنِ أَبِي عُمَيْرٍ عَنِ ابْنِ أُذَيْنَةَ عَنْ إِسْمَاعِيلَ الْجُعْفِيِّ وَ مَعْمَرِ بْنِ يَحْيَى بْنِ سَامٍ وَ مُحَمَّدِ بْنِ مُسْلِمٍ وَ زُرَارَةَ قَالُوا سَمِعْنَا أَبَا جَعْفَرٍ ع يَقُولُ التَّقِيَّةُ فِي كُلِّ شَيْ‌ءٍ يُضْطَرُّ إِلَيْهِ ابْنُ آدَمَ فَقَدْ أَحَلَّهُ اللَّهُ لَهُ[3]

Muhammad bin Muslim dan Zararah berkata, kami mendengar Aba Ja’far Imam Baqir (a.s) berkata, setiap sesuatu yang anak adam terjebak di dalam taqiyyah telah dihalalkan oleh Allah baginya.

Insyallah, kita akan jelaskan nanti bahawa apakah perbuatan ini hanya diharuskan taqiyyah atau ia juga menunjukkan pada juzuk-juzuknya.

عَنِ الْعَبَّاسِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْمُغِيرَةِ عَنْ أَبِي الْجَارُودِ قَالَ سَأَلْتُ أَبَا جَعْفَرٍ ع إِنَّا شَكَكْنَا سَنَةً فِي عَامٍ مِنْ تِلْكَ الْأَعْوَامِ فِي الْأَضْحَى

“Diriwayatkan daripada Abbas, daripada Abdillah bin Mughirah, daripada Abi al-Jarud yang berkata: Aku bertanya kepada Aba Ja’far (a.s) bahawa kami syak pada tahun daripada tahun-tahun, mengenai hari eidul adha.”

Iaitu kami syak mengenai Eidul Qurban.

فَلَمَّا دَخَلْتُ عَلَى أَبِي جَعْفَرٍ ع وَ كَانَ بَعْضُ أَصْحَابِنَا يُضَحِّي

“Tatkala kami bertemu dengan Abi Ja’far (a.s), sedangkan sebahagian daripada sahabat-sahabat kami menyambut Eidul Adha”

Iaitu sebahagian daripada Ashab melangsungkan hari Ediul Adha.

فَقَالَ الْفِطْرُ يَوْمُ يُفْطِرُ النَّاسُ

“Maka beliau berkata: Sambutlah Eidul Fitr di hari masyarakat menyambutnya.”

Fitr ialah hari Ahlusunnah yang majoriti menganggapnya sebagai hari Eidul Fitri

 وَ الْأَضْحَى يَوْمُ يُضَحِّي النَّاسُ وَ الصَّوْمُ يَوْمُ يَصُومُ النَّاس

“dan sambutlah Eidul Adha di hari masyarakat menyambutnya, puasalah di hari masyarakat berpuasa.”

Iaitu lazim bagi kamu mengikuti mereka dalam isu ini [4]

Zahir riwayat ini ialah hendaklah mengikuti Ahlusunnah dan amalan juga adalah dibenarkan, bukannya kita wajib mengikuti mereka kemudian amalan juga batal.

عَلِيُّ بْنُ الْحُسَيْنِ الْمُرْتَضَى فِي رِسَالَةِ الْمُحْكَمِ وَ الْمُتَشَابِهِ نَقْلًا مِنْ تَفْسِيرِ النُّعْمَانِيِّ بِإِسْنَادِهِ الْآتِي عَنْ عَلِيٍّ ع فِي حَدِيثٍ قَالَ وَ أَمَّا الرُّخْصَةُ الَّتِي صَاحِبُهَا فِيهَا بِالْخِيَارِ فَإِنَّ اللَّهَ نَهَى الْمُؤْمِنَ أَنْ يَتَّخِذَ الْكَافِرَ وَلِيّاً ثُمَّ مَنَّ عَلَيْهِ بِإِطْلَاقِ الرُّخْصَةِ لَهُ عِنْدَ التَّقِيَّةِ فِي الظَّاهِرِ أَنْ يَصُومَ بِصِيَامِهِ وَ يُفْطِرَ بِإِفْطَارِهِ وَ يُصَلِّيَ بِصَلَاتِهِ وَ يَعْمَلَ بِعَمَلِهِ وَ يُظْهِرَ لَهُ اسْتِعْمَالَ ذَلِكَ مُوَسَّعاً عَلَيْهِ فِيهِ وَ عَلَيْهِ أَنْ يَدِينَ اللَّهَ فِي الْبَاطِنِ بِخِلَافِ مَا يُظْهِرُ لِمَنْ يَخَافُهُ مِنَ الْمُخَالِفِينَ [5]

Ali bin Husain al-Murtadha di dalam risalah al-Muhjam dan al-Mutashabih menukilkan dari Tafsir al-Nu’mani dengan sanadnya yang berikut daripada Ali (a.s) dalam hadis yang berkata: Dan adapun rukhshah (perlepasan) yang orangnya memilih padanya, maka Allah telah melarang orang yang beriman menjadikan orang kafir sebagai wali (pemimpin), kemudian Dia memberikan anugerah dengan memutlakkan rukhshah baginya ketika taqiyyah, dalam zahirnya dia puasa dengan puasanya, berbuka dengan berbukanya, solat dengan solatnya dan dia beramal dengan amalnya, dan dia tampakkan baginya mengamalkan yang demikian itu dengan diluaskan atasnya padanya, dan wajib atasnya berpegang kepada ajaran Allah di dalam batin dengan menyalahai apa yang ditampakkan bagi orang yang ditakutinya dari kalangan kaum yang menyalahi."

Dalil ketiga: Argumentasi dengan riwayat Bab Darurat:

Sebelum ini kami menjelaskan riwayat Bab Darurat secara terperinci. Dalam bab ini, sebuah riwayat seperti:

لَيْسَ شَيْ‌ءٌ مِمَّا حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا وَ قَدْ أَحَلَّهُ لِمَنِ اضْطُرَّ إِلَيْه‌[6]

Tidak ada masalah dengan apa yang diharamkan Allah kecuali telah dihalalkan bagi orang yang terpaksa menghadapinya.

Barangsiapa yang beramal kerana terjebak maka amalannya adalah dibenarkan dan masalah taqiyyah juga suatu yang merujuk kepada keterpaksaan (maksud taqiyyah ialah ketakutan, bukan taqiyyah mudarati)

Demikianlah terdapat berbagai riwayat yang membolehkan kita solat di belakang golongan Mukhalifin/ Ahlusunnah. Sedangkan mereka tidak memperdulikan pertimbangan kita, misalannya tidak menyebut Basmallah dalam surah al-Fatihah (padahal mereka menghitungnya sebagai surah pertama dalam al-Qur’an kemudian meletakkan nomor satu padanya. Namun ada di kalangan mereka yang meletakkannya dalam bentuk tersembunyi).

Taqiyyah ini dibenarkan dalam keadaan Mudarati dan berbagai riwayat menjelaskan sahnya solat. Jelas bahawa dalam taqiyyah ketakutan hendaklah melalui jalan pertama yang kita katakan sebagai juzuk-juzuk.

Insyallah dalam kuliah berikut, kami akan menjelaskan pecahan kedua iaitu “pengetahuan tentang perselisihan”.

---------------------------------------------------------------------------------------

[1] Tahriri al-Wasilah, Imam Khomeini, jilid 1 muka surat 441.

[2] Jawahir al-Kalam, Hasan Muhammad  Jawahiri, jilid 19 muka surat 32.

[3] Wasa’il al-Shi’ah, Sheikh Hur al-‘Amili, jilid 16, muka surat 214, bab 25, Bab al-Amr bil ma’ruf wa Nahy ‘An al-Munkar, hadis 2, nombor 21393, cetakan Al al-Bait.

[4] Wasa’il al-Shi’ah, Sheikh Hur al-‘Amili, jilid 10, muka surat 133, bab 57, Bab al-Amr bil ma’ruf wa Nahy ‘An al-Munkar, hadis 7, nombor 13037, cetakan Al al-Bait.

[5] Wasa’il al-Shi’ah, Sheikh Hur al-‘Amili, jilid 10, muka surat 133, bab 57, Bab al-Amr bil ma’ruf wa Nahy ‘An al-Munkar, hadis 8, nombor 13038, cetakan Al al-Bait.

[6] Wasa’il al-Shi’ah, Sheikh Hur al-‘Amili, jilid 4, muka surat 373, bab 12, Bab al-Amr bil ma’ruf wa Nahy ‘An al-Munkar, hadis 7, nombor 5428, cetakan Al al-Bait.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram