Ayatullah Makarem Syirazi Gesa Perpaduan Sunni Syiah

  • News Code : 811236
  • Source : ABNA24
Brief

Ayatullah Makarem Syirazi menekankan kepentingan menganjurkan aktiviti keagamaan dalam rangka memperkenalkan nilai-nilai akhlak para maksum yang berkaitan dengan perpaduan di antara Ahlussunnah dan Syiah kepada seluruh dunia.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ayatullah Makarem Syirazi menekankan kepentingan menganjurkan aktiviti keagamaan dalam rangka memperkenalkan nilai-nilai akhlak para maksum yang berkaitan dengan perpaduan di antara Ahlussunnah dan Syiah kepada seluruh dunia.

Di dalam sebuah pertemuan dengan ahli jawatan kuasa Persidangan Sirah Ahlul Bait yang akan dianjurkan di Qom pada bulan April ini, Ayatullah Makarem Syirazi berkata "Nilai-nilai akhlak yang dimiliki oleh Ahlul Bait perlu diperkenalkan kepada dunia; Sebarang usaha untuk memperkenalkan doktrin dan ajaran Ahlul Bait dianggap sebagai sebuah tindakan keagamaan yang berharga dan (pelakunya) akan memperolehi pahala."

"Dengan mengambil kira niat jahat para pengikut Wahhabi yang memburukkan Islam dan Ahlul Bait, adalah penting untuk kita membiasakan dunia dengan aspek kebenaran daripada kehidupan Ahlul Bait dan juga ajaran mereka; secara khusus, Imam Ali sendiri," tambah beliau

"Di dalam rangka menyebarkan ajaran sebenar Ahlul Bait, seseorag perlu berhati-hati supaya tidak mewujudkan ketegangan di antara Ahlussunnah dan Syiah kerana menjaga perpaduan umat Islam secara keseluruhan adalah sangat penting," kata beliau.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram