Seruan untuk membunuh dan menghina umat Islam yang anti Wahabi

  • News Code : 721458
  • Source : Abna24.com
Brief

Aliran Wahabi yang dianggap ajaran tidak sesat oleh Jakim menghalalkan darah dan mencerca umat Islam yang tidak setuju dengan mereka.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Aliran Wahabi yang diakui tidak sesat oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempunyai sikap menghalalkan darah dan mencerca umat Islam yang tidak sefahaman dengan mereka.

Perkara ini jelas dapat dilihat dalam ajaran Muhammad bin Abdul Wahhab yang dibongkar Syeikh Uthman bin Abdullah bin Bashar al-Najd al-Hanbali dalam kitabnya berjudul al-Majd fi tarikh al-Najd, cetakan ke-empat, Saudi Arabia, jilid pertama, muka surat 45, bab peristiwa 1157 Hijrah, bertepatan dengan tahun Muhammad bin Sa'ud dan Muhammad bin Abdul Wahhab membentuk kerajaan Wahabi.

ثم امر الشیخ بالجهاد لمن عادی اهل التوحید وسبه وسب اهله ….

"Dalam tahun ini, Muhammad bin Abdul Wahhab mengarahkan jihad (pembunuhan) terhadap golongan yang berseteru dengan ahli tauhid (Wahabi) dan menghinanya serta keluarganya.

Syeikh Uthman bin Abdullah bin Bashar Najdi, jilid 1 muka surat 45.



Kitab ini merupakan sebaik-baik karya ilmiah dan muktabar di kalangan Wahabi yang dicetak di Arab Saudi. Golongan Wahabi juga turut berbangga tatkala menukilkan intisari ajaran mereka dari dalam kitab ini.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky