Gagasan ulama Sunni tidak mengkafirkan Syiah - Penyelidik al-Azhar

  • News Code : 745625
  • Source : Valiasr-aj, abdalraoofmobarak.blogspot.my/
Brief

Seorang penyelidik Universiti al-Azhar menulis tentang kekafiran golongan Ghulat dan menjelaskan bahawa gagasan ulama Ahli Sunnah tidak mengizinkan pengkafiran terhadap Syiah dan penumpahan darah mereka.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Seorang penyelidik dari Fakulti Syariah Universiti al-Azhar, Abdalraoof Jum'ah menjelaskan perkataan "Rawafidh" yang dimaksudkan oleh penulis kitab "al-Qaul al-Hasan Fima Yustaqbih wa 'Amma Yusan" yang ditulis oleh Abdul Jalil Tabataba'i ialah golongan Ghulat (pelampau), bukannya Syiah.

Beliau dalam makalah yang berjudul "Bebasnya Sayid Abdul Jalil Tabataba'i dan gagasan Ahlisunnah dari mengkafirkan Syiah" menceritakan bahawa maksud penulis mengenai Ghulat ialah golongan yang wujud di zaman penulis yang dikenali sebagai "Babiyyah". Kitab ini ditulis setelah dua tahun hukuman bunuh ke atas pemimpin Babiyyah dilaksanakan di Tabriz manakala golongan Syiah Imamiyyah telah melaksanakan tindakan yang sesuai dan sahih dengan menjatuhkan hukuman mati ke atas Zindiq ini selaras dengan taraf hukuman ke atas orang murtad.

Jum'ah turut menyentuh masalah fatwa keharusan membunuh Syiah yang dijelaskan dalam kitab ini dan mengulas, "Hadis-hadis yang disandarkan penulis adalah lemah dari segi sanad. Bukan sekadar masalah halal dan haram sahaja, malah dalam masalah pembunuhan pun tidak boleh bersandar dengan hadis-hadis tersebut. Selain itu fatwa tersebut (membunuh Syiah) juga bercanggah dengan pegangan gagasan ahli fikah Ahlisunnah."

Beliau yang menambah, "Katakan riwayat-riwayat seperti ini adalah sahih, maka kita perlu menakwilkan hadis-hadis ini, iaitu maksud Rawafid adalah golongan Ghulat. Bertolak dari situ, ghulat adalah kafir dan musyrik, maka ijma' membenarkan pembunuhan mereka. Begitulah cara menafsirkan perkara tersebut. Sekiranya seseorang individu menzahirkan akidah dirinya, ataupun mengistiharkannya, maka ia hendaklah ditangkap dan diserahkan kepada hakim syariah. Sekiranya ia tidak bertaubat, maka ia hendaklah dibunuh."

"Ulama Ahlisunnah mengetahui dengan baik bahawa Syiah telah terbahagi kepada beberapa kumpulan dan masing-masing mempunyai pandangan yang berbeza. Asya'ari tidak pernah meletakkan Syiah Ithna Asyari dalam golongan Ghulat.

"Syiah terbahagi kepada empat golongan dengan perbezaan firqah dan mazhab. Golongan pertama ialah Tasyayyu' tanpa Ghuluw (melampaui batas) yang mana individu ini adalah Muslim dan termasuk dalam Ahlisunnah. Kedua Tasyayyu' yang disertai dengan sedikit sifat keterlaluan, maka mereka ini dihukum sebagai Muslim namun terkeluar dari definisi Ahlisunnah. Ketiga adalah golongan Rafidhah yang mana mereka adalah Muslim selagi tidak mengkafirkan para sahabat Nabi, namun mereka juga tidak digolong sebagai Ahlisunnah. Golongan ketiga ialah Rafidhah Gulat, iaitu terkeluar dari format Islam meskipun keterlaluan meraka hanyalah dalam masalah yang tidak membuatkan mereka terkeluar dari Islam. Setiap masalah mempunyai hukum syarak yang tertentu," jelas beliau.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram