As-Syahid Syiah Palestin;

Kemazluman Ali menyebabkan saya menjadi Syiah

  • News Code : 335727
  • Source : ABNA.co
Pengakuan seorang pejuang Jihad Islam tentang Syiah

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Muhammad Shehade (محمد شحادة), bekas anggota Fatah Palestin yang bergabung dengan pasukan Jihad Islam dan menjadi anggota kanan Batalion Al-Quds telah Syahid bersama teman-temannya, Isa Marzuq, Imad Kamal serta Ahmad Balbul dalam satu operasi menyerang askar musuh di Bayt Laham,

Setelah kesyahidan beliau, anaknya memaklumkan bahawa bapanya sudah masuk Syiah dan berkata, "Ayah saya pantang menyerah, beliau memilih untuk syahid seperti Imam Husain." Muhammad Shehade pernah dizalimi sebelum pertukarannya ke mazhab Syiah. Selain serangan media Sunni seperti majalah 'Al-Majallah' dan beberapa ulama al-Azhar sewaktu hayat beliau, berita kesyahidan beliau turut diboikot oleh beberapa media.

Berikut adalah terjemahan wawancara bersama as-Syahid Muhammad Shehade yang diambil dari Majalah 'Al-Minbar:

- Di manakah anda Ustaz Muhammad? Kami hampir putus asa!

Shehade: Sebenarnya saya tidak pernah berfikir sebuah majalah Syiah seperti ini berminat untuk mewawancara saya sepeti ini. Saya sangka majalah-majalah lain seperti 'Al-Majalah' sedang mengawasi perkara ini. Sebab itu saya menghindari dari wawancara dengan pihak akhbar. Sedangkan sekarang saya bersyukur pada Allah kerana berkesempatan untuk berbicara tentang masalah ini (Syiah) secara bebas di dalam majalah anda.

- Kami ucapkan terima kasih atas pandangan baik saudara, sebagai permulaan, mohon jelaskan tentang bagaimana anda boleh meninggalkan Ahlusunnah dan bertukar ke mazhab Syiah?

Shehade: Sebelum itu, hendaklah saya katakan bahawa walaupun saya tidak mempunyai banyak maklumat tentang Ahlul Bait, dan kerana bermazhab Sunni saya tidak kenal tokoh-tokoh besar itu, namun saya mempunyai kecintaan terhadap Ahlul Bait sejak kecil. Saya hanya tahu Imam Ali hanyalah khalifah ke-empat, Hasan dan Husain adalah 2 anak kecil yang disayangi Nabi (s.a.w) serta Fathimah adalah anak perempuan Rasulullah.  Hanya itu yang saya kenal tentang keluarga ini. Selepas saya mendengar tentang kezaliman terhadap Ahlul Bait, sedikit demi sedikit saya terasa Ali bin Abi Talib benar-benar dizalimi.

Setiapkali penjajahan ke atas ibu pertiwi saya menjadi semakin sukar, perasaan ini semakin mengakar umbi di dalam diri saya dan semakin bertumbuh. Boleh dikatakan 'tidak mempunyai informasi tentang Tasyayyu' menyebabkan saya masih berada di dalam Sunni. Saya berharap tidak lagi menjadi begini.


- Tentang kezaliman dan kemazluman yang saudara sebutkan, bagaimanakah emosi kemazluman yang saudara sangat rasakan?

Shehade: Saya merupakan salah seorang pejuang dari pergerakan Fatah sejak berusia 16 tahun lagi. Saya dipenjarakan bersama lebih kurang 80 tawanan dan dihukum penjara selama 25 tahun. Namun dalam pertukaran tahanan pada tahun 1985, saya dibebaskan. Sudah beberapa tahun saya berada di dalam penjara. Setelah keluar dari penjara secara rasminya saya bergabung dengan Jihad Islam di mana saya dibuang negeri oleh pasukan musuh ke Marj al-Zhour (مرج الزهور), Selatan Lubnan selama satu tahun melalui intifadhah Palestin 1992. Selain itu, setelah kemenangan revolusi Islam Iran, saya rasa sungguh bersemangat untuk bangkit dan menentang kezaliman; sehinggalah saya membaca revolusi ini dan di penghujungnya saya berinspirasi darinya (keluarga Nabi Muhammad). Pembacaan saya ini diteruskan sehingga berakhirnya hukuman buang negeri dari Marj al-Zhour. Selama waktu-waktu tersebut saya menyertai halaqah 'al-Fikratul Islami' anjuran Hizbullah di dalam sebuah kem dan maklumat saya semakin bertambah.


- Apakah perasaan saudara ketika kemazluman dan hakikan mazhab ini sudah jelas?

Shehade: Saya rasa dahagakan pancaran kebenaran. Dari satu sisi, saya merasakan tenggelam dalam kegembiraan kerana secara langsung dan serta merta dapat berhubung dengan sirah nabawiyah. Dari sudut yang lain saya sangat sedih kerana matlamat para imam tidak memberikan sebarang lakaran dalam hidup kita. Peristiwa Asyura yang menjadi simbol kemazluman turut memberi kesan yang mendalam pada saya.

- Bila saudara mengambil keputusan untuk menerima mazhab Syiah?

Shehade: Setelah beberapa tahun saya membaca dan mengkaji Syiah. Dengan betul-betul mengenal inspirasi berbagai pemikiran, samada inspirasi yang disepakati mahupun yang bertentangan, akhirnya saya mengambil keputusan untuk menyarungkan mahkota Syiah di kepala saya.

- Kitab apakah yang membantu saudara ke jalan ini?

Shehade: Terlalu banyak kitab yang saya baca. Apabila saya bandingkan antara kitab Syiah dengan kitab Sunni, saya mendapati logika, hakikat ilmu dan sejarah kitab-kitab Ahlusunnah sangat rapuh. Tidak seperti kitab-kitab ilmiyah Syiah yang sangat dekat dengan logik akal. Oleh itu soalan ini sentiasa berlegar di fikiran saya iaitu: Sampai bila kita mesti menerima kata-kata tertentu, sehingga melihat sejarah dan fiqh dari sudut yang tertentu sahaja? Beberapa kitab Syiah yang menarik perhatian saya antaranya ialah, 'Syiah dalam sejarah', 'Syiah dan para pemerintah', 'Imam Sodiq dan mazhab empat', 'al-Kafi', kitab-kitab karya Dr. Soleh Al-Wardani (pengikut baru mazhab Syiah dari Mesir), kitab-kitab karya Dr. Tijani (pengikut baru mazhab Syiah dari Tunisia) dan 'Nahj Shahadah al-Imam Husain (a.s)', ini hanyalah nama beberapa kitab sahaja. Selebihnya terdapat puluhan kitab tentang Ahlul Bait serta puluhan kitab-kitab sumber Ahlusunnah telah saya baca yang membantu menemukan hakikat.


- Majalah 'al-Majalah' berpura-pura kononnya kesyiahan saudara berunsurkan politik (bukan berbentuk akidah), ini berpunca dari perasaan kekalahan dan putus asa masyarakat Sunni dan kemenangan Syiah Selatan Lubnan. Apakah ini semua benar?

Shehade: Majalah ini tersalah langkah! mukadimah rencana ini cuma menyebutkan kekhuatiran dengan apa yang disebutkan sebagai pertukaran umat kepada Syiah. Mereka memberi amaran kepada ulama tentang kekhuatiran ini! Saya rasa terkejut bagaimana mereka membuat provokasi tatkala perjuangan Moqawama sudah mencapai kemenangan dan intifadhah tersebar luas. Sekiranya saya tahu niat penyelia majalah ini, seudah tentu saya berfikir panjang sebelum menerangkan sesuatu. Mereka tidak menyelewengkan kata-kata saya namun analisa dan wawancara perkara ini diketepikan. Kesyiahan saya mencetuskan emosi sedangkan ianya tidaklah sedemikian rupa. Walau bagaimana pun majalah ini merupakan sebuah majalah Saudi dan akibatnya ia menuruti sistem Salafi dan Wahabi. Saya yakin mereka menulis tentang kesyiahan saya dengan tidak sempurna dan akidah saya bukanlah kerana masalah politik. Sepatutnya mereka menghormati pembaca dan juga orang yang mereka wawancarai. Sekali lagi saya tegaskan bahawa penghijrahan saya kepada Syiah tidak ada kaitan dengan pergolakan politik. Namun sebagaimana umat Islam lain, saya juga secara semulajadi berbangga dengan realisasinya kejayaan perjuangan Moqawama kelas pertama, iaitu Hizbullah di Selatan Lubnan. Namun kemenangan ini tidaklah bermakna pencetus kesyiahan saya. Seperti mana yang saya sebutkan tadi, kecenderungan saya ke mazhab Syiah adalah hasil dari kepuasan sempurna di dalam diri saya dan tidak satu pun kesan-kesan politik memberi pengaruh. Ini disebabkan saya sudah mengkaji sebelum kemenangan Moqawama. Tasyayyu' adalah berada di jalan kebenaran dan hakikat yang saya sendiri memilihnya. Insyallah saya tetap berpegang dengannya.

- Tatkala saudara melihat wawancara tersebut, apakah saudara bimbang mendapat nama buruk?

Shehade: Ketika saya menerima wawancara bersama mereka, saya redha melakukannya, walaupun beberapa orang teman menasihati supaya jangan menerima wawancara tersebut. Ini disebabkan kemungkinan intisari penting diubah suai di bawah bayang-bayang atmosfera Sunni (lebih-lebih lagi di waktu sensitif). Namun saya percaya bahawa ini adalah sebuah kebenaran dan hendaklah sangkalannya sampai ke pengetahuan orang ramai setelah beberapa tahun kemudian. Selain itu semua orang hendaklah menghindari ketaksuban dan mempunyai rasa harmoni dalam kehidupan bersama.

- Adakah saudara mempunyai hubungan dengan organisasi dari Iran atau Hizbullah?

Shehade: Tidak, saya tidak pernah ada hubungan secara organisasi atau pentadbiran dengan Iran, mahupun dengan badan perisikannya, dengan Hizbullah Lubnan sekalipun saya tidak ada hubungan. Memang benar, ada pemikiran yang sama dan kaitan budaya antara kita dan ini adalah secara semulajadi. Ini hanyalah masalah arah pemikiran dan akidah saya; namun ini juga tidak bermakna ada hubungan organisasi. Selain itu, kebanyakan tingkah laku Sunni yang saya lihat mirip dengan pemikiran ini dan ada hubungan kebudayaan kami dengan Iran serta Hizbullah. Ini adalah natijah dari kehidupan umat Islam dalam sistemnya.

- Apakah jawapan saudara tentang sebahagian Syeikh-Syeikh Sunni yang percaya bahawa pengasas Tasyayyu' adalah Abdullah bin Saba, seorang Yahudi?

Shehade: Pertamanya saya mengucapkan salam yang paling tulus kepada mereka dan saya mohon kepada Allah supaya kita semua mendapat hidayat agar kita semua menjadi orang yang berbakti kepada Islam. Mengenai masalah ini saya juga meminta para syeikh-syeikh ini berbicara dengan lebih jelas. Contohnya salah seorang Syeikh al-Azhar pada mulanya memberikan ucapan tentang persaudaraan antara Sunni dan Syiah. Namun di akhir ucapannya secara berterus terang beliau mengatkan Tasyayyu' adalah cipataan pihak Yahudi!! Ini bukanlah suatu ucapan yang dapat diterima akal, dan kedua-dua entiti ini tidak dapat dihimpunkan menjadi satu. Bagaimana mungkin Syiah dan Sunni adalah bersaudara, dalam masa yang salam ia adalah buatan Yahudi. Mengenai Abdullah bin Saba, saya hendaklah mengatakan, setelah banyak membuat penyelidikan, saya mendapati bahawa individu ini adalah watak khayalan dan hanya disebut di dalam Tarikh Tabari serta sumber-sumber dhaif yang lain.

- Apa pandangan saudara tentang Ketua Barisan Ulama al-Azhar dan serangan keras terhadap saudara serta mazhab Syiah Imamiyah?

Shehade: Saya mengatakan:

اللهم اهد قومي فانهم لايعلمون

"Semoga Allah memberi hidayat kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak tahu", Sebenarnya apa yang beliau katakan itu membuatkan saya terkejut. Lebih-lebih lagi beliau adalah Ketua Barisan Ulama al-Azhar dan beliau memikul tanggung jawab pengkafiran beruta-juta umat Islam! Beliau mengatakan: Kejahilan Shehade tentang Tasyayyu' menyebabkan beliau menjadi Syiah dan berpegang dengannya. Saya menolak keras kata-katanya dan menegaskan "Kejahilan tentang Tasyayyu' menyebabkan saya menjadi Sunni" sehinggalah kejahilan saya ini berakhir dan mengistiharkan saya masuk Syiah.

- Apakah Palestin di masa akan datang akan menjadi Syiah?

Shehade: Mazhab Ahlul Bait seperti yang saya katakan, ia akan berkekalan di bumi Palestin. Saya dan saudara-saudara yang lain juga insyallah akan berusaha sedaya upaya untuk menyebarkannya. Saya harap Allah (s.w.t) menyebarkannya sehingga terhampar jalan Imam Mahdi.

- Apakah kegiatan-kegiatan saudara setelah Tasyayyu'?

Shehade: Saya tidak mampu nyatakan kegiatan-kegiatannya. Namun saya menyertai sambutan-sambutan dan berbagai acara di Palestin di samping memberikan ucapan. Di dalam sambutan-sambutan yang dihadiri ribuan orang, saya menegaskan tajuk dan sejarah Ahlul Bait sebagai sebahagian dari atucara supaya Ahlul Bait mempunyai tempat di dalam persepsi masyarakat sehingga menjadi ikutan. Insyallah, janji kemenangan Ilahi akan menjadi realiti. Saya masih ingat salah satu sambutan sempena kemenangan perjuangan Moqawama Lubnan, saya memberikan ucapan tentang Imam Husain sehingga menimbulkan tindakan rasa tidak senang di kalangan sebahagian penceramah dari barisan Hamas, sehinggalah tersebarnya artikel berjudul "Apakah Jihad Islam di Palestin menyebarkan Tasyayyu'? kemudian dialog saya tentang Imam Husain dianggap sebagai rancangan pemimpin Jihad Islam untuk menyebarkan Tasyayyu'. Saya tegaskan sekali lagi bahawa tidak pernah ada campurtangan pemimpin-pemimpin Jihad Islam tentang kemasukan saya dalam Tasyayyu'. Saya juga tidak pernah membalas tindakan mereka. Namun saya masih bergabung dengan mereka dalam beberapa kerjasama. Tetapi rencana tersebut ialah usaha untuk mencetuskan perbalahan antara saya dan pemimpin-pemimpin Jihad Islam. Namun saya hendaklah mengatakan bahawa pemimpin Jihad Islam lebih berakal dari kata-kata ini.

- Apakah saudara masih berdebat dan ada wawancara tentang kesyiahan saudara?

Shehade: Iya, sangat banyak, hampir setiap hari saya membicarakannya, Alhamdulillah perbahasan ini membantu apa yang patut demi meleraikan salah anggap tentang mazhab Syiah. Percayalah, betapa jahilnya tentang mazhab Syiah, kebanyanyan orang kita tidak dapat membezakan antara Syiah dan komunis (Syuyu'iyyah), semata-mata kerana hurufnya yang mirip.

- Apakah pesanan saudara untuk umat Islam?

Shehade: Saya memberikan pesanan kepada semua orang yang merdeka di seluruh dunia terutamanya umat Islam yang mempunyai perbezaan mazhab dan firqah, ambillah tauladan daripada Imam Husain dan kebangkitannya menentang kezaliman, janganlah berdiam diri dalam menghadapi kezaliman Amerika, syaitan besar Israel iaitu kanser yang ditanam oleh Amerika ini di dalam negara kita. Demikian juga semoga saya bukan orang yang terakhir yang berkata: Tsummah tadaitu, akhirnya aku mendapat kebenaran.

- Apakah kata-kata saudara kepada Imam Zaman?

Shehade: Semua keberkatan aktiviti kita adalah berasal darinya. Saya inginkan semua kegiatan kita sentiasa berada di dalam pertolongan dan dunia dipersiapkan untuk kemunculan segera beliau Insyallah. Saya berkata kepadanya: Ya Mahdi Adrikna al-Yaum.

- Saya ucapkan terima kasih kepada saudara kerana meluangkan waktu bersama kami, kami doakan semoga saudara berjaya bersama para pejuang Palestin.

Shehade: Semoga Allah memberikan kebaikan dan keberkatan kepada kamu semua, saya juga mengucapkan terima kasih atas usaha anda dalam menerangkan kebenaran. Saya mohon taufik kepada kamu semua dalam berbakti bersama Ahlul Bait.


mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky