Dr. Muhammad Tijani mencurahkan bakti di Haram Imam Husain (a.s)

  • News Code : 384395
  • Source : ABNA.co
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Seorang pengkaji Syiah yang berasal dari Tunisia merasa bangga kerana dapat berbakti untuk Haram Imam Husain (a.s) ketika menziarahi Karbala tahun ini.

Penulis dan pemikir Tunisia ini langsung bertugas di Haram Imam apabila selesai melakukan ziarah.


Susurgalur keturunan Hujjatul Islam Dr. Sayid Muhammad Tijani Samawi berasal dari Samawah Iraq yang berhijrah ke benua Afrika. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang bermazhab Maliki pada 2 Februari 1943 di kota Qafsah, Selatan Tunisia.

Bermula dengan pendidikan di sekolah cawangan Universiti Zaitunah,  beliau berkesempatan melanjutkan pelajaran di Universiti La sorbonne di Paris sehingga meraih master dan phd dalam bidang "Falsafah dan Kemanusiaan" serta "Sejarah dan mazhab-mazhab Islam". 

Dalam usia semuda 10 tahun, beliau berjaya menghafal seluruh al-Qur'an sehingga mendapat perhatian dan bimbingan tokoh agama Tunisia. Setelah itu beliau merantau ke Libya, Mesir, Syria, Jordan, Arab Saudi dan Iraq. Ketika di Mesir, beliau berkesempatan bertemu dengan Syeikh Abdul Basit Abdul Samad dan para ulama al-Azhar. Sewaktu dalam kapal pesiar ke Beirut, beliau berkenalan dengan Ustaz Mun'im, salah seorang pensyarah bermazhab Syiah dari Iraq. Dari situ beliau bersama-sama Mun'im menuju ke Iraq dan bertemu dengan Ayatullah al-'Uzma al-Khu'i sehingga berhadapan dengan realiti Syiah yang sebenar.


Sekembalinya beliau ke Tunisia, beliau tekun mengkaji sehingga bertukar ke mazhab Syiah apabila mendapat kesan daripada pemikiran Imam Khomeini dan Ayatullah Syahid Muhammad Baqir Shadr.

Hingga kini terdapat 11 buku beliau tentang Syiah telah tersebar ke seluruh dunia dengan terjemahan ke berbagai bahasa. Buku beliau berjudul "Akhirnya aku temukan kebenaran" telah menyumbangkan jasa yang amat besar apabila ramai pencari kebenaran dari seluruh dunia dapat berkenalan dengan Ahlul Bait dan mazhab Syiah.


Hujjatul Islam Sayid Muhammad Tijani al-Samawi merupakan salah seorang anggota Majma' Jahani Ahlul Bait dan menyertai persidangan al-Ghadir di Tehran pada tahun ini.


Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky