Bertepatan dengan ulangtahun peristiwa al-Ghadir;

Penganut agama Kristian masuk Islam

  • News Code : 644177
  • Source : ABNA.ir
Brief

Seorang warga Belanda memeluk agama Islam di makam Ali bin Abi Talib (a.s) dan memilih nama Ali Haidar untuk dirinya.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.ir) - Seorang penganut agama Kristian dari negara Belanda masuk Islam di maka Imam Ali (a.s), Najaf, bertepatan dengan ulangtahun peristiwa al-Ghadir.

Berasaskan laporan ini, Corey Van Levine dibimbing oleh abangnya yang sudah memeluk agama Islam dan banyak membaca tentang mazhab-mazhab Islam telah banyak mengenali agama Islam. Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk mengucapkan syahadah di Haram Mutahhar Imam Ali (a.s).

Sayid Ali Syar', Pengurus Bahagian Eropah, dalam ucapannya berkata, warga Belanda ini memilih namanya sebagai Ali Haidar.

Tambah beliau lagi, "Corey Van Levine dengan sukacitanya telah membuat keputusan untuk memilih jalan Islam setelah banyak berdialog dengan berbagai mazhab Islam dan membaca."

Setelah melawat makam Imam Ali, Haidar Ali dalam ucapan pendeknya berkata, "Islam yang sebenar dikenalpasti setelah pembai'atan kepada Imam Ali (a.s) dalam hari ini, iaitu hari al-Ghadir."

................ 


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky