10 Dihukum Mati Rancang Serangan Di Mesir

10 Dihukum Mati Rancang Serangan Di Mesir

Sebuah mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman mati ke atas 10 orang pada Sabtu (10 Mac) selepas disabit bersalah menubuhkan sebuah kumpulan pengganas dan merancang serangan ke atas pihak polis dan pasukan keselamatan, menurut sumber kehakiman.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sebuah mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman mati ke atas 10 orang pada Sabtu (10 Mac) selepas disabit bersalah menubuhkan sebuah kumpulan pengganas dan merancang serangan ke atas pihak polis dan pasukan keselamatan, menurut sumber kehakiman.

Mahkamah di Kaherah itu juga menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas lima lagi individu.

Agensi berita tempatan MENA melaporkan semua pesalah itu merupakan penyokong Ikhwanul Muslimin yang diharamkan di Mesir selepas penggulingan mantan Presiden Mohamed Morsi pada 2013.

Mesir sudah menjalankan operasi menghapuskan golongan yang disyaki militan sejak Presiden Morsi digulingkan Abdel Fattah al-Sisi.

al-Sisi menang pilihan raya presiden pada 2014 dan dijangka dipilih semula apabila pemerintahannya berakhir lewat bulan ini dalam pilihan raya yang hanya disertai seorang pencabar.

Menjelang pilihan raya presiden yang akan diadakan dari 26 hingga 28 Mac, Mesir melancarkan serangan besar-besaran ke atas militan dengan tumpuan di Semenanjung Sinai.

Ratusan militan termasuk penyokong dan anggota Ikhwanul Muslimin dijatuhkan hukuman mati sejak 2013 menurut sumber keselamatan dan kumpulan hak asasi manusia. - Reuters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram