15 Maut, 40 Cedera Kereta Api Bertembung Di Mesir

15 Maut, 40 Cedera Kereta Api Bertembung Di Mesir

Sekurang-kurangnya 15 maut, manakala 40 lagi cedera dalam kemalangan kereta apai di utara wilayah Beheira, Mesir, hari ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekurang-kurangnya 15 maut, manakala 40 lagi cedera dalam kemalangan kereta apai di utara wilayah Beheira, Mesir, hari ini.

Angka kematian itu diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan yang dipetik agensi berita rasmi MENA.

"Dua gerabak kereta api penumpang yang terpisah bertembung dengan sebuah kereta api kargo," kata pengarah keselamatan wilayah kepada MENA.

Sementara itu, Kabinet Mesir dalam satu kenyataan berkata, Perdana Menteri, Sherif Ismail mengarahkan Menteri Pengangkutan melawat lokasi kejadian dan mengambil langkah sewajarnya, bagi mengenal pasti punca kejadian.

Sejak sekian lama, rakyat Mesir mengkritik usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menguatkuasa peraturan keselamatan bagi perkhidmatan kereta api.

Beberapa siri kemalangan yang berlaku meningkatkan lagi kemarahan orang ramai terhadap rangkaian perkhidmatan yang dianggap kuno. - Reuters


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky