2 Maut Letupan Bom Di Mesir

2 Maut Letupan Bom Di Mesir

Bom yang diletakkan di bawah sebuah kereta meletup di Iskandariah hari ini, menyebabkan dua maut termasuk seorang anggota polis, lapor agensi berita MENA.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Bom yang diletakkan di bawah sebuah kereta meletup di Iskandariah hari ini, menyebabkan dua maut termasuk seorang anggota polis, lapor agensi berita MENA.

Pengeboman itu, yang juga mencederakan empat anggota polis, mensasarkan ketua polis Iskandariah, Mejar Jeneral Mostafa al-Nemr, kata Kementerian Dalam Negeri Mesir.

MENA memetik Nemr sebagai berkata dua orang, seorang anggota polis dan seorang pemandu, terbunuh dalam letupan itu.

Gambar di media sosial yang tidak dapat disahkan Reuters menunjukkan kereta yang rentung dan asap di lokasi letupan.

"Hari ini, 24 Mac, peranti letupan yang diletakkan di bawah kereta meletup ketika ketua keselamatan Iskandariah melaluinya," menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri.

Saksi berkata, polis dan tentera mengepung kawasan sekitar lokasi letupan, yang berlaku dua hari sebelum negara itu mengadakan pilihan raya presiden. - Reuters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky