31 Maut Serangan Bunuh Diri Di Nigeria

31 Maut Serangan Bunuh Diri Di Nigeria

KANO, NIGERIA 17 Jun - Sekurang-kurangnya 31 orang maut dalam dua serangan bunuh diri dan roket yang disyaki dilakukan kumpulan militan Boko Haram di bandar Damboa, Borno, semalam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - KANO, NIGERIA 17 Jun - Sekurang-kurangnya 31 orang maut dalam dua serangan bunuh diri dan roket yang disyaki dilakukan kumpulan militan Boko Haram di bandar Damboa, Borno, semalam.

Kedua-dua kejadian itu dipercayai disasarkan terhadap orang ramai yang pulang ke rumah masing-masing selepas bercuti sempena sambutan Aidil Fitri.

Dua pengebom bunuh diri meletupkan diri mereka di Shuwari dan Abachari dekat bandar ini kira-kira pukul 10.45 malam menyebabkan enam orang maut.

Namun kebanyakan mangsa maut akibat serangan roket yang dilancarkan dari luar bandar tersebut beberapa minit selepas letupan bunuh diri itu. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky