43 Maut, Gereja Dibom Daesh Di Mesir

  • News Code : 822908
  • Source : Berita Harian
Brief

Militan Daesh mendakwa bertanggungjawab ke atas pengeboman dua gereja di sini ketika jemaahnya berkumpul bersempena Palm Sunday, membunuh sekurang-kurangnya 43 orang dalam serangan terburuk yang pernah disasarkan ke atas minoriti Kristian Koptik.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Militan Daesh mendakwa bertanggungjawab ke atas pengeboman dua gereja di sini ketika jemaahnya berkumpul bersempena Palm Sunday, membunuh sekurang-kurangnya 43 orang dalam serangan terburuk yang pernah disasarkan ke atas minoriti Kristian Koptik.

Serangan berlaku susulan pengeboman gereja di Kaherah Disember lalu dan seminggu sebelum kunjungan Pope Francis, bertujuan menunjukkan sokongan kepada minoriti Kristian di negara ini. Bom pertama meledak di gereja Mar Girgis dekat bandar Tanta di utara Kaherah, membunuh 27 orang, kata kementerian kesihatan.

Ketika petugas kecemasan bergegas ke tempat kejadian, sebutir lagi bom meletup menggegarkan gereja Saint Mark di Iskandariah ketika Ketua gereja Koptik, Pope Tawadros II sedang berucap sempena Palm Sunday.

Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dalam serangan yang dilancarkan seorang pengebom nekad yang meletupkan dirinya sejurus dihalang polis dari memasuki gereja, kata kementerian dalam negeri. Kementerian berkata Tawadros tidak mengalami sebarang kecederaan. Beliau sudah meninggalkan gereja sebelum pengeboman.

Sekurang-kurangnya 78 orang cedera di Tanta dan 41 lagi di Iskandariah, kata kementerian kesihatan. - AFP/Reuters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

We are All Zakzaky
Telegram