Abdel Fattah Sisi Jumpa Trump Isnin Ini

  • News Code : 821303
  • Source : Berita Harian
Brief

Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sini menyuarakan rasa gembira apabila dapat bertemu Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Isnin ini.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sini menyuarakan rasa gembira apabila dapat bertemu Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, Isnin ini.

Pemimpin itu berkata dia kini mempunyai seorang peminat baharu di Rumah Putih selepas perhubungan agak dingin selama empat tahun dengan negara kuasa besar itu.

Trump tidak menyembunyikan rasa hormat terhadap bekas ketua tentera yang menggulingkan bekas presiden pro-Islam dan memerangi penyokongnya.

Penggulingan Mohamed Morsi pada 2013, setahun selepas beliau menang pilihan raya demokrasi pertama Mesir dan operasi berterusan terhadap golongan pro-Islam menyebabkan bekas Presiden AS, Barack Obama menggantung sementara bantuan ketenteraan kepada Kaherah.

Namun, apabila Sisi bertemu Trump dalam lawatan pertama ke Washington, beliau akan mempunyai rakan sejawatan yang lebih memahami 'misinya' untuk memerangi golongan ekstremis dan pengganas tanpa gangguan Obama dalam isu hak asasi manusia.

"Sebenarnya, Presiden Trump memahami apa yang berlaku di rantau ini dan di Mesir," kata Sisi yang pernah berjumpa dengan Trump, September lalu sebelum pilihan raya dalam satu sesi temu bual. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

We are All Zakzaky
Telegram