Al-Sisi Angkat Sumpah Presiden Mesir Untuk Penggal Kedua

Al-Sisi Angkat Sumpah Presiden Mesir Untuk Penggal Kedua

Abdel Fattah al-Sisi mengangkat sumpah sebagai Presiden Mesir untuk penggal kedua semalam susulan kemenangan besar dalam pilihan raya Mac lalu yang menyaksikan pembangkang utama menarik diri.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Abdel Fattah al-Sisi mengangkat sumpah sebagai Presiden Mesir untuk penggal kedua semalam susulan kemenangan besar dalam pilihan raya Mac lalu yang menyaksikan pembangkang utama menarik diri.

"Saya beri jaminan untuk menerima penyokong pembangkang, mewujudkan persefahaman bersama, keamanan sosial dan pembangunan politik sebenar selain pembangunan ekonomi kita.

"Saya tidak akan menolak sesiapa di negara ini kecuali mereka yang memilih keganasan dan pemikiran pelampau sebagai cara memperjuangkan kemahuan," kata Sisi ketika berucap selepas sesi angkat sumpah yang disiarkan secara langsung.

Sisi berdepan kesukaran meningkatkan ekonomi kerana terpaksa melaksanakan langkah perjimatan dituntut Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk program pinjaman AS$12 bilion (RM47.74 bilion).

Menurut penyokongnya,dasar beliau perlu untuk melindungi negara itu daripada pergolakan, susulan tunjuk perasaan yang menggulingkan Presiden diktator, Hosni Mubarak pada 2011.

Sementara pengkritik mendakwa, Sisi mengehadkan peluang demokrasi dan pembatalan subsidi serta peningkatan cukai menyebabkan harga barangan naik. - Reuters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
We are All Zakzaky