Al-Sisi Isytihar Darurat Tiga Bulan

  • News Code : 822952
  • Source : Berita Harian
Brief

Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, mengisytiharkan darurat selama tiga bulan susulan pengeboman dua gereja oleh militan Daesh yang mengorbankan puluhan nyawa, semalam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi, mengisytiharkan darurat selama tiga bulan susulan pengeboman dua gereja oleh militan Daesh yang mengorbankan puluhan nyawa, semalam.

Serangan di bandar Tanta dan Iskandariah di Delta Nil itu itu berlaku selepas insiden pengeboman gereja Disember tahun lalu dan beberapa minggu sebelum kunjungan Pope Francis ke Mesir.

Sisi mengisytiharkan perintah darurat itu perlu dibentang ke Parlimen dalam tempoh seminggu dan memberi amaran usaha memerangi pengganas akan mengambil masa yang lama dan menyakitkan. Kejadian pengeboman pertama di gereja Mar Girgis di bandar Tanta, utara Kaherah membunuh 27 orang.

Petugas kecemasan kelam-kabut apabila letupan kedua berlaku di gereja Saint Mark di Iskandariah ketika ketua ketua gereja Koptik, Pope Tawadros II, mengetuai upacara keagamaan. Menurut Kementerian Dalam Negeri, seramai 17 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dalam serangan itu oleh seorang pengebom nekad yang meletupkan dirinya selepas dihalang memasuki gereja.

Kementerian berkata, Tawadros tidak cedera dan seorang pegawai gereja memaklumkan beliau sudah meninggalkan gereja sebelum berlaku letupan.

"Saya mendengar letupan kuat dan berlari ke tempat kejadian. Saya nampak badan mangsa berkecai," kata Nabil Nader yang tinggal berdekatan dengan gereja di Tanta. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram