Ditolak Parti Sendiri

  • News Code : 867494
  • Source : Utusan
Brief

Parti ZANU-PF yang diterajui oleh Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe menolak hasrat pemimpin itu untuk kembali menerajui negara ini malah beliau digesa supaya meletak jawatan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Parti ZANU-PF yang diterajui oleh Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe menolak hasrat pemimpin itu untuk kembali menerajui negara ini malah beliau digesa supaya meletak jawatan.

Mugabe,93, kini dikenakan tahanan di rumah oleh pihak tentera negara ini yang mengambil alih kuasa pada Rabu lalu.

Menurut sumber, pemimpin kanan parti ZANU-PF yang memerintah kerajaan Zimbabwe telah mengadakan pertemuan untuk merangka resolusi dan alasan kukuh terhadap pemecatannya minggu depan jika beliau enggan berundur.

“Tidak ada yang akan kembali. Sekiranya beliau masih berdegil, kami akan mengaturkan supaya beliau dipecat pada hari Ahad ini dan jika perkara itu selesai beliau akan diarahkan melepaskan jawatannya pada hari Selasa depan,” jelas sumber tersebut kepada Reuters.

Sementara itu, bekas Timbalan Presiden, Emmerson Mnangagwa yang dipecat minggu lalu sehingga membawa kepada pengambilalihan kuasa oleh tentera, dilaporkan sudah kembali ke negara berkenaan.

Mnangagwa dilaporkan sebagai calon utama untuk menggantikan Mugabe, terbang kembali ke Harare semalam selepas hampir seminggu berada di luar negara.

Menerusi saluran televisyen nasional, tentera berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan Mugabe dan akan memberitahu seluruh rakyat tentang perkembangan hasil daripada pertemuan tersebut secepat mungkin.

Pasukan tentera yang mengambil alih kerajaan turut mengesahkan telah menangkap penjenayah yang berada di sekeliling Mugabe namun tidak memberikan sebarang nama.

Semalam, Mugabe dilihat ter­senyum ketika berjabat tangan dengan Ketua Komander Pasukan Tentera Zimbabwe, Jeneral Constantino Chiwenga yang menge­tuai rampasan kuasa itu.

Turut mengejutkan, Mugabe memandu sendiri dari kompleks mewah Blue Roof dimana beliau ditahan ke House State, di mana media rasmi memaparkan beliau bertemu Chiwenga bersama-sama diplomat Komuniti Pembangunan Afrika Selatan (SADC) dan Paderi Roman Katolik, Fidelis Mukonori bertindak sebagai mediator.

Sumber memberitahu portal berita BBC, Mugabe memerintah sejak tahun 1980, enggan meletak jawatan secara sukarela sebelum pilihan raya yang dirancang tahun depan.

Sesetengah pemerhati mencadangkan bahawa Mugabe mungkin cuba mendapatkan jaminan keselamatan untuk diri dan keluarganya sebelum melepaskan jawatan tersebut.– REUTERS


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram