Iran Beri Amaran Kepada Dunia Berhubung Bahaya Serangan Daesh

  • News Code : 841071
  • Source : ABNA24
Brief

Iran mengecam serangan ke atas dua buah pusat kawalan pihak berkuasa Mesir di Semenanjung Sinai yang dilancarkan oleh kumpulan pengganas Takfiri Daesh. Tehran turut mengeluarkan amaran bahawa kumpulan pengganas Takfiri itu akan melancarkan serangan baharu di beberapa bahagian dunia.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Iran mengecam serangan ke atas dua buah pusat kawalan pihak berkuasa Mesir di Semenanjung Sinai yang dilancarkan oleh kumpulan pengganas Takfiri Daesh. Tehran turut mengeluarkan amaran bahawa kumpulan pengganas Takfiri itu akan melancarkan serangan baharu di beberapa bahagian dunia.

"Penyerakan dan pelarian mereka berikutan kekalahan teruk yang dialami oleh kumpulan itu di Iraq dan Syria adalah sebuah ancaman yang besar kepada seluruh rantau dan juga dunia," kata jurucakap Kementerian Luar Iran, Bahram Qassemi pada hari Jumaat.

Jurucakap itu berkata bahawa sebarang bentuk kompromi dalam menangani mereka dan sebarang usaha untuk mempergunakan kumpulan itu akan menjurus kepada sebuah siri serangan keganasan yang tidak memilih bulu di seluruh dunia.

Qassemi turut menyampaikan simpati negara Iran kepada keluarga mangsa yang terkesan di dalam serangan di Sinai, Mesir.

Menurut sumber pasukan keselamatan Mesir, para pengganas meletupkan kenderaan yang dimuatkan dengan bahan letupan ketika kedua-dua kenderaan tersebut sedang melalui pusat kawalan yang terletak di bandar Rafah.

Kedua-dua serangan itu menyebabkan 23 orang anggota tentera terbunuh dan 26 yang lain mengalami kecederaan.

Kumpulan pengganas Takfiri Daesh mengaku bertanggungjawab ke atas kedua-dua serangan di wilayah yang merupakan kubu kuat mereka di negara Afrika Utara itu. -ABNA24

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram