Kami Bersama Syria: Presiden Mesir

  • News Code : 815430
  • Source : ABNA24
Brief

Presiden Mesir, Abdel Fateh el-Sisi berkata bahawa negaranya menyokong konsep "satu Syria" dan juga penyelesaian politik kepada konflik yang melanda negara Arab itu sejak 6 tahun lepas dan telahpun membunuh ratusan ribu nyawa.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Mesir, Abdel Fateh el-Sisi berkata bahawa negaranya menyokong konsep "satu Syria" dan juga penyelesaian politik kepada konflik yang melanda negara Arab itu sejak 6 tahun lepas dan telahpun membunuh ratusan ribu nyawa.

"Bercakap berkenaan pendirian Mesir berhubung Syria, kami mahukan Syria yang bersatu, sebuah penyelesaian politik dalam rangka menamatkan krisis (yang melanda negara itu) dan juga program pembinaan semula Syria. (Kami) tidak mahu membiarkan nasib rakyat Syria berada di tangan kumpulan pengganas," kata Sisi di dalam sebuah sidang akhbar bersama dengan Canselor Jerman, Angela Merkel di Kaherah pada hari Khamis.

Pada Oktober lepas, kerajaan Syria telah meminta Mesir untuk memberikan bantuan kepadanya di dalam memerangi keganasan di rantau itu.

Di dalam pertemuan di antara Mejar Jeneral Ali Mamlouk, ketua Biro Keselamatan Kebangsaan Syria dan beberapa pegawai perisikan kanan Mesir termasuk Mejar Jeneral Khaled Fawzy, pengarah Direktorat Perisikan Umum Mesir, kedua-dua pihak bersetuju untuk "mengkoordinasikan pendirian poltik mereka" dan memperbaiki kerja sama "di dalam memerangi keganasan."

Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry sebelum ini mengatakan bahawa Riyadh dan Kaherah tidak memiliki pendirian yang sama berhubung krisis di negara Arab Syria.

Sameh Shoukry berkata bahawa kumpulan pengganas tidak boleh kekal di Syria jikalau pihak yang terbabit mahukan keamanan kembali dan kekal di negara Arab itu.

Di sebalik sokongan kewangan dan ketenteraan negara Arab Saudi dan sekutunya di rantau Timur Tengah terhadap kumpulan militan di Syria dalam rangka menjatuhkan kerajaan Assad, para pegawai kerajaan Mesir tegas dengan pendirian mereka bahawa krisis itu hanya boleh diselesaikan melalui gerak kerja politik.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram