Krisis Zimbabwe: Robert Mugabe Akan Dipecat

  • News Code : 867753
  • Source : Sinar Harian
Brief

Stesen televisyen tempatan melaporkan Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe akan dipecat setelah bertemu dengan komander tentera, hari ini, lapor Mirror.co.uk.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Stesen televisyen tempatan melaporkan Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe akan dipecat setelah bertemu dengan komander tentera, hari ini, lapor Mirror.co.uk.

Dipercayai, era pemerintahan selama 37 tahun Mugabe akan berakhir dan akan digantikan oleh Naib Presiden yang telah dipecat, Emmerson Mnangagwa, lapor Reuters.

Pemimpin berusia 93 tahun tersebut sebelum ini telah ditahan di dalam rumah setelah pihak tentera mengambil alih kuasa.

Sementara itu, parti pemerintah, Zanu-PF dijangka menolak isteri Mugabe, Grace sebagai pengganti beliau.

Dalam pada itu, walaupun tiada pengumuman rasmi mengenai pemecatan Mugabe, rakyat membanjiri jalan-jalan di sini meraikan berita tersebut.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram