Lapan Daripada Sepuluh Warga Emas Di Swaziland Miskin

Lapan Daripada Sepuluh Warga Emas Di Swaziland Miskin

Lebih 80 peratus wanita berusia 60 tahun dan ke atas serta 70 peratus lelaki dalam lingkungan usia sama di Swaziland hidup dalam kemiskinan, menurut satu laporan baharu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Lebih 80 peratus wanita berusia 60 tahun dan ke atas serta 70 peratus lelaki dalam lingkungan usia sama di Swaziland hidup dalam kemiskinan, menurut satu laporan baharu.

Perkara itu berlaku apabila kerajaan Swaziland telah kehabisan wang dan tidak mampu membayar geran sosial (pencen) kepada warga emas dalam kumpulan usia tersebut.

Angka ini terkandung dalam Pelan Tindakan dan Strategi Nasional bagi Menghentikan Keganasan di Swaziland: 2017 hingga 2022.

Kira-kira tujuh daripada 10 orang daripada sejumlah 1.3 juta penduduk Swaziland adalah miskin tegar, iaitu mempunyai pendapatan kurang daripada AS$2 sehari.

Laporan itu juga menyebut kemiskinan dalam kalangan penduduk berusia 60 tahun dan ke atas adalah yang tertinggi berbanding kumpulan usia lain.

Akhbar Swazi Observer pada Khamis (7 Disember 2017) memetik laporan itu sebagai menyatakan 'Meskipun warga emas kini menerima geran sosial, mereka terus tertakluk kepada pelbagai bentuk penderaan lain kerana diabaikan anggota keluarga serta didera secara fizikal dan emosi dalam masyarakat.'

Penemuan itu didapati selepas kerajaan Swaziland, yang tidak dipilih oleh rakyat sebaliknya dilantik oleh Raja Mswati III yang memerintah sebagai monarki mutlak sub-Sahara Afrika, menyatakan bahawa ia tidak mampu membayar geran sosial kepada warga emas yang mencecah usia 60 tahun pada 2017.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
We are All Zakzaky