Lebih 200 Mayat Genosid Rwanda Ditemui

Lebih 200 Mayat Genosid Rwanda Ditemui

Mayat lebih 200 penduduk yang dibunuh semasa genosid di Rwanda pada tahun 1994 ditemui di sebuah perkampungan di pinggir ibu negara, Kigali.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Mayat lebih 200 penduduk yang dibunuh semasa genosid di Rwanda pada tahun 1994 ditemui di sebuah perkampungan di pinggir ibu negara, Kigali.

Penemuan ngeri membabitkan empat kubur itu berlaku Ahad lalu di kampung Rusororo apabila sekumpulan penduduk tempatan yang menggali beberapa hari mencapai kedalaman 20 meter.

Pengarah urusan Pusat Peringatan Kigali, Gatera Honore berkata, adalah sesuatu yang mengejutkan apabila penemuan mayat masih berlaku selepas hampir suku abad pembunuhan beramai-ramai itu terjadi.

“Menyembunyikan mayat ialah kaedah yang sering digunakan untuk menghapuskan bukti bahawa mereka terbabit dalam melakujkan genosid.

“Mayat dijumpai di Rusororo ini tidak akan menjadi yang terakhir ditemui,” katanya.

Kesemua mayat itu jelas Honore, akan dibawa ke satu lokasi terpilih bagi membolehkan ahli keluarga masing-masing memberikan penghormatan terakhir.

Apabila mayat-mayat berkenaan dibawa keluar Ahad lalu, sebahagian penduduk yang terselamat dari menjadi mangsa genosid cuba mengenal pasti identiti ahli keluarga masing-masing berdasarkan sisa pakaian yang ada.


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky