Lebih 25 Individu Disahkan Serang Masjid Di Mesir

  • News Code : 869017
  • Source : Berita Harian
Brief

Jumlah korban serangan bom dan tembakan di sebuah masjid di wilayah Sinai, Mesir, kelmarin meningkat kepada 305 orang, termasuk 27 kanak-kanak.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jumlah korban serangan bom dan tembakan di sebuah masjid di wilayah Sinai, Mesir, kelmarin meningkat kepada 305 orang, termasuk 27 kanak-kanak.

Seramai 128 lagi mangsa disahkan cedera.

Serangan itu disifatkan oleh pendakwa raya Mesir sebagai pembunuhan beramai-ramai.

Dalam satu kenyataan, beliau mendedahkan ia perbuatan khianat dilakukan antara 25 hingga 30 penyerang berambut panjang, berjanggut, namun melakukan penyamaran dengan mengenakan pakaian ala tentera.

Kumpulan penyerang berkenaan dilaporkan membawa sepanduk hitam bertulis kalimah suci, sekali gus menepati gambaran bendera rasmi kumpulan militan Daesh.

Mereka mengepung masjid sebelum melepaskan tembakan ke arah jemaah yang hendak mengerjakan solat Jumaat, kelmarin.

Penyerang didakwa tiba dengan menaiki lima kenderaan, kemudiannya bertindak membakar tujuh kenderaan yang berada di lokasi.

Saksi di tempat kejadian mendakwa mendengar bunyi tembakan disusuli letupan kuat sebelum kumpulan penyerang menyerbu masuk masjid. - AFP


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram