Pesawat Dengan 44 Penumpang Terhempas Di Sudan Selatan

  • News Code : 818988
  • Source : ABNA24
Brief

Sebuah pesawat penumpang yang membawa 44 orang penumpang dilaporkan terhempas di lapangan terbang Wau yang terletak di Sudan Selatan, lapor Airlive.net pada hari Isnin.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sebuah pesawat penumpang yang membawa 44 orang penumpang dilaporkan terhempas di lapangan terbang Wau yang terletak di Sudan Selatan, lapor Airlive.net pada hari Isnin.

Sebuah pesawat yang dioperasikan oleh South Supreme Airlines terhempas di lapangan terbang Wau. Angka kematian walau bagaimanapun belum dapat dipastikan.

Sekurang-kurangnya 9 orang dilaporkan masih hidup ketika diselamatkan daripada bangkai pesawat malang itu.

Sekurang-kurangnya 14 orang yang cedera di dalam insiden tersebut telahpun dibawa ke hospital, lapor AFP yang menukilkan Menteri Penerangan Negara Bona Gaudensio.

Menurut sumber rasmi tempatan yang dinukilkan oleh BBC Africa, pesawat itu datang dari ibu kota Sudan Selatan, Juba.

/315


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram