Ratusan Penduduk Palestin Terkandas

Ratusan Penduduk Palestin Terkandas

Kira-kira 160 penduduk Palestin yang sedang dalam perjalanan ke Genting Gaza dilaporkan terkandas di lapangan terbang Kaherah sejak 13 hari lalu selepas pihak berkuasa Mesir melarang mereka memasuki wilayah itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Kira-kira 160 penduduk Palestin yang sedang dalam perjalanan ke Genting Gaza dilaporkan terkandas di lapangan terbang Kaherah sejak 13 hari lalu selepas pihak berkuasa Mesir melarang mereka memasuki wilayah itu.

Menurut kumpulan hak asasi manusia, kumpulan itu turut berdepan situasi yang 'teruk' tanpa akses makanan, kemudahan mandi atau tilam untuk tidur.

Minggu lalu, mereka dihalang kembali ke Genting Gaza bersempadan Mesir selepas pihak berkuasa memaklumkan penutupan lintasan sempadan secara tiba-tiba.

Terdahulu, Kaherah mengumumkan ia membuka lintasan Rafah secara sementara selama tiga hari pada 7 Februari lalu, namun ia menutupnya secara tiba-tiba dua hari kemudian.

"Kami enggan berganjak kerana kebanyakannya adalah pelajar yang tamat belajar dan mereka yang mendapatkan rawatan kesihatan. Kami sangat penat dan hanya mahu pulang ke rumah," kata salah seorang daripada individu yang terkandas itu.

Menurutnya lagi, dia ditahan di pusat pemeriksaan Balouza di Sinai dan terpaksa melalui 'soal siasat memalukan' selama enam jam sebelum diminta kembali ke lapangan terbang Kaherah. - al-Jazeera


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky