Terkini: 52 Maut Serbuan Polis Di Mesir

  • News Code : 861717
  • Source : Berita Harian
Brief

Jumlah anggota dan rekrut polis yang terkorban dalam serbuan di lokasi persembunyian militan di barat negara itu meningkat kepada 52 orang, manakala enam lagi mangsa cedera.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Jumlah anggota dan rekrut polis yang terkorban dalam serbuan di lokasi persembunyian militan di barat negara itu meningkat kepada 52 orang, manakala enam lagi mangsa cedera.

Kementerian Dalam Negeri Mesir dalam satu kenyataan semalam, tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai mangsa yang maut.

Menurut sumber, sekurang-kurangnya 23 anggota polis terbunuh, manakala baki mangsa adalah rekrut.

Difahamkan, pihak berkuasa mendapat maklumat mengenai sebuah kem militan di kawasan gurun disyaki lokasi persembunyian lapan ahli Pergerakan Hasm.

Sebelum ini, kumpulan itu mengaku melakukan serangan di sekitar Kaherah dengan menyasarkan hakim dan polis.

Sumber kanan keselamatan memaklumkan konvoi kenderaan utiliti sukan (SUV) dan sebuah kenderaan Kementerian Dalam Negeri diserang hendap daripada kawasan tinggi oleh militan yang melepaskan tembakan roket bom tangan dan bahan letupan.

Militan sering melakukan serangan di kawasan terpencil di utara Sinai, iaitu lokasi kumpulan Ansar Bayt al-Maqdis mengisytiharkan kesetiaan kepada kumpulan pengganas Daesh pada 2014. - Reuters


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram