162 Maut Pertempuran Berdarah Di Nicaragua

Sekurang-kurangnya 162 maut dalam pertempuran membabitkan golongan aktivis dan pasukan pro kerajaan semalam, susulan tunjuk perasaan seluruh negara bagi membantah penindasan pemerintah.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Sekurang-kurangnya 162 maut dalam pertempuran membabitkan golongan aktivis dan pasukan pro kerajaan semalam, susulan tunjuk perasaan seluruh negara bagi membantah penindasan pemerintah.

Walaupun Managua kini hampir sunyi sepi berikutan usaha menghentikan semua keganasan sejak 24 jam lalu, pertempuran masih berlaku di beberapa lokasi dan meragut sekurang-kurangnya empat nyawa.

Biskop Silvio Jose Baez melaporkan, seorang pembantu paderi berusia 15 tahun dari bandar kedua terbesar negara, Leon maut selepas peluru dari pasukan separa tentera menembusi dadanya.

Beliau turut memberi amaran bahawa polis anti rusuhan melepaskan tembakan secara membabit buta di sepanjang jalan di Nindiri, sebuah bandar yang terletak 20 kilometer di tenggara Managua.

Menurut Pusat Hak Asasi Manusia Nicaragua (CENIDH), 162 kematian itu ialah akibat dari perubahan sosio politik oleh kerajaan Presiden Daniel Ortega yang akhirnya berakhir dengan keganasan.

Pertempuran turut berlaku di Nagarote, 42 kilometer dari barat laut Managua anrara pasukan bersenjata Ortega dan aktivis bersenjatakan mortar, menyebabkan sekurang-kurangnya satu kematian dari kumpulan aktivis berkenaan. - AFP


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky