5,000 Askar Dihantar Ke Sempadan A.S-Mexico Halang Pendatang

5,000 Askar Dihantar Ke Sempadan A.S-Mexico Halang Pendatang

Pentagon mungkin menghantar tambahan ribuan anggota tentera ke sempadan Amerika Syarikat (AS)-Mexico, kata seorang pegawai hari ini ketika Presiden Donald Trump memberi amaran kepada karavan pendatang negara Amerika Tengah itu, askar menyambut kedatangan mereka.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pentagon mungkin menghantar tambahan ribuan anggota tentera ke sempadan Amerika Syarikat (AS)-Mexico, kata seorang pegawai hari ini ketika Presiden Donald Trump memberi amaran kepada karavan pendatang negara Amerika Tengah itu, askar menyambut kedatangan mereka.

Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) melaporkan, 5,000 askar mungkin dihantar ke sempadan barat daya AS, jumlah jauh lebih tinggi berbanding anggaran 800 anggota minggu lalu.

Seorang pegawai AS yang enggan dikenali berkata, angka 5,000 itu benar, namun perancangan masih dijalankan dan tiada keputusan akhir dibuat berkaitan jumlahnya.

Minggu lalu, Setiausaha Pertahanan AS, Jim Mattis meluluskan penggunaan tentera dan sumber ketenteraan lain di sempadan AS-Mexico.

Pegawai ketika itu berkata, kelulusan Mattis tidak termasuk jumlah khusus anggota, sesuatu yang ditentukan kemudian.

Trump yang berkempen menentang kehadiran pendatang haram untuk memenangi undian presiden 2016, menggunakan isu karavan sebelum pilihan raya kongres pertengahan penggal 6 November ini, menaikkan sokongan buat Parti Republikan. - AFP/Reuter


Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky