A.S Akan Kenakan Semula Sekatan Terhadap Iran: Haley

A.S Akan Kenakan Semula Sekatan Terhadap Iran: Haley

Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley, berkata bahawa negaranya mungkin akan menarik diri dari perjanjian nuklear Iran dan mengenakan semula sekatan terhadap republik Islam tersebut.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley, berkata bahawa negaranya mungkin akan menarik diri dari perjanjian nuklear Iran dan mengenakan semula sekatan terhadap republik Islam tersebut.

Haley membuat kenyataan tersebut pada hari Khamis semasa menyampaikan kuliahnya yang bertajuk, "Menghadapi Cabaran Tadbir Urus Global Hari Ini," di Duke University, Durham, North Carolina.

Pegawai A.S itu turut menuduh Iran menyokong keganasan dan melanggar syarat perjanjian nuklear bersejarah 2015 sambil mengatakan bahawa orang Eropah setakat ini menutup pandangan mereka terhadap 'realiti' itu. Akan tetapi, menurut Haley Amerika Syarikat sama sekali tidak akan melakukan perkara yang dilakukan oleh sekutunya tersebut.

Ketika bercakap tentang latarbelakang perjanjian nuklear 2015 di antara Iran dan enam kuasa besar dunia, Haley menuduh bahawa, "Iran telah menjadi negara yang tidak stabil sekaligus mendatangkan ancaman (buat pelbagai pihak) dan masyarakat antarabangsa memutuskan bahawa mereka perlu bersama dalam rangka mencari penyelesaian (terhadap isu Iran)."

"Mereka (enam buah kuasa besar) memberi mereka (Tehran) wang sebanyak USD 100 bilion sebelum berkata, 'beradablah'. Mereka memberitahu mereka (Iran) bahawa di mana sahaja negara Timur Tengah itu menjalankan aktiviti berkaitan teknologi nuklear dan mengoperasikan pusat penyelidikan sama ada di dalam pangkalan tentera dan universiti, mereka (kumpulan 5+1) berhak untuk menjalankan pemeriksaan berkaitan," kata Haley yang mengulangi pembohongan ketuanya, Presiden Donald Trump.

Trump sering mengecam perjanjian nuklear Iran yang mengakibatkan penghapusan sekatan antarabangsa berkaitan nuklear terhadap Republik Islam. Di bawah perjanjian itu, Tehran juga berjaya mengambil semula sebahagian daripada wang mereka yang secara haram dipegang oleh bank-bank A.S dan Eropah.

Trump turut mendakwa bahawa aset luar negara Iran yang dibekukan berikutan sekatan bernilai sekitar kUSD 150 bilion. Akan tetapi, angka sebenar hanyalah kira-kira satu pertiga daripada jumlah yang dinyatakan oleh hartawan tersebut.


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky