A.S Beri RM764 Juta Bantu Etnik Rohingya

A.S Beri RM764 Juta Bantu Etnik Rohingya

Amerika Syarikat (AS) semalam berikrar memberikan bantuan sebanyak AS$185 juta (RM764 juta) bagi membantu pelarian Rohingya yang melarikan diri daripada kekejaman tentera Myanmar tahun lalu dan kini berlindung di kem pelarian di Bangladesh.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Amerika Syarikat (AS) semalam berikrar memberikan bantuan sebanyak AS$185 juta (RM764 juta) bagi membantu pelarian Rohingya yang melarikan diri daripada kekejaman tentera Myanmar tahun lalu dan kini berlindung di kem pelarian di Bangladesh.

Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Nikki Haley mengumumkan pembiayaan baharu untuk makanan, air, penjagaan kesihatan dan pelbagai bantuan kritikal lain semasa mesyuarat peringkat kementerian tentang krisis di Myanmar.

PBB, bersama AS dan sekutunya dari Barat menuduh tentera Myanmar melancarkan kempen pembersihan etnik terhadap etnik Islam Rohingya yang dinafikan hak kerakyatan di negara itu. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky