A.S Gunakan Ketakutan Terhadap Rusia Untuk Bina Senjata Nuklear

A.S Gunakan Ketakutan Terhadap Rusia Untuk Bina Senjata Nuklear

Duta Besar Moscow ke Amerika Syarikat berkata bahawa Washington telah melancarkan kempen untuk menakut-nakutkan warganya berhubung ancaman Rusia yang mana perkara itu akan dijadikan asas dan alasan bagi mereka untuk menyalurkan jutaan dolar di dalam industri ketenteraannya dan membina semula simpanan senjata nuklear Pentagon.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Duta Besar Moscow ke Amerika Syarikat berkata bahawa Washington telah melancarkan kempen untuk menakut-nakutkan warganya berhubung ancaman Rusia yang mana perkara itu akan dijadikan asas dan alasan bagi mereka untuk menyalurkan jutaan dolar di dalam industri ketenteraannya dan membina semula simpanan senjata nuklear Pentagon.

Anatoly Antonov dipetik berkata sedemikian ketikan memberikan respon berhubung pengumuman dokumen Penilaian Postur Nuklear A.S (NPR) -sebuah polisi baharu yang bertujuan untuk memberikan nafas baru kepada simpanan peluru nuklear A.S-, lapor RT.

"Masalahnya ialah A.S sekali lagi menggunakan ketakutan rakyat ke atas Rusia untuk menjustifikasikan perbelanjaan ketenteraan dan pembinaan senjata nulear mereka," kata Antonov. "Kami perhatikan bahawa perkara ini datang daripada keinginan mereka untuk menyalurkan lebih banyak wang kepada sektor industri ketenteraan mereka. Kami juga tahu bahawa senarai harganya bernilai beberapa trilion dolar."

NPR mengklasifikasikan Rusia sebagai cabaran utama kepada A.S dan mengesahkan sebuah usaha yang dilancarkan di bawah pentadbiran Obama untuk memodenkan beberapa sistem persenjataan Pentagon termasuk pembangunan kapal selam yang mampu membawa senjata balistik berpeledak nuklear. -ABNA24


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Quds cartoon 2018
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky