A.S Yakin Menang Perang Perdagangan Terhadap China

A.S Yakin Menang Perang Perdagangan Terhadap China

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo yakin negaranya akan "menang" dalam perang perdagangan dengan China, sehari sebelum Washington mengenakan tarif bernilai AS$200 bilion (RM826 bilion) terhadap negara berkenaan.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo yakin negaranya akan "menang" dalam perang perdagangan dengan China, sehari sebelum Washington mengenakan tarif bernilai AS$200 bilion (RM826 bilion) terhadap negara berkenaan.

"Kita akan menang. Kita akan mendapat hasil yang akan memaksa China berkelakuan baik dengan cara, iaitu jika kamu (China) mahu berkuasa iaitu kuasa global, ketelusan, kedaulatan undang-undang, kamu tidak akan mencuri harta intelek," katanya semasa ditemu bual dalam rancangan Fox News.

Pompeo berkata, Presiden Donald Trump "amat menyukai" rakan sejawatnya dari China, Presiden Xi Jinping tetapi beliau akan menekan dasar yang berhak diterima oleh pekerja AS. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky