Ahli Parlimen Kanada Isytihar Pembunuhan Beramai-Ramai Ke Atas Rohingya

Ahli Parlimen Kanada Isytihar Pembunuhan Beramai-Ramai Ke Atas Rohingya

Ahli Parlimen Kanada semalam sebulat suara mengundi mengisytiharkan tindakan kekerasan tentera Myanmar ke atas etnik Islam Rohingya sebagai pembunuhan beramai-ramai.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Ahli Parlimen Kanada semalam sebulat suara mengundi mengisytiharkan tindakan kekerasan tentera Myanmar ke atas etnik Islam Rohingya sebagai pembunuhan beramai-ramai.

Dewan Rakyat pada masa sama mengesahkan kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mendapati jenayah kemanusiaan dilakukan ke atas Rohingya dan perbuatan itu dibenarkan komander tentera Myanmar.

Dalam satu usul, ahli Parlimen Kanada berkata, mereka mengesahkan jenayah ke atas Rohingya bersamaan pembunuhan beramai-ramai dan menggesa Majlis Keselamatan PBB merujuk kes itu kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa selain menggesa jeneral tentera Myanmar disiasat dan didakwa atas jenayah pembunuhan beramai-ramai. - AFP


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky