Alasan Serangan A.S Di Syria Menyerupai Alasan Mereka Di Vietnam

Alasan Serangan A.S Di Syria Menyerupai Alasan Mereka Di Vietnam

Tindakan keras dan unilateral Washington ke atas Syria mempamerkan pendekatan mereka di dalam mencetuskan peperangan, kata penganalisis pertahanan Vietnam, Kolonel Le The Mau kepada Sputnik. Dia membuat perbandingan di antara serangan besar-besaran Pentagon ke atas pangkalan udara Syria dengan insiden di Teluk Tonkin yang digunakan oleh Amerika Syarikat untuk melancarkan perang berskala penuh ke atas Vietnam.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Tindakan keras dan unilateral Washington ke atas Syria mempamerkan pendekatan mereka di dalam mencetuskan peperangan, kata penganalisis pertahanan Vietnam, Kolonel Le The Mau kepada Sputnik. Dia membuat perbandingan di antara serangan besar-besaran Pentagon ke atas pangkalan udara Syria dengan insiden di Teluk Tonkin yang digunakan oleh Amerika Syarikat untuk melancarkan perang berskala penuh ke atas Vietnam.

"Serangan peluru berpandu ke atas pangkalan udara Syria telah menarik perhatian dunia berhubung cara jentera perang Amerika mencetuskan perang agresif ke atas negara-negara berdaulat. Pentadbiran A.S telah berjaya menggunakan pelbagai alasan untuk mencapai tujuan ini," katanya.

"Warga Vietnam tidak akan pernah lupa insiden Teluk Tonkin... di mana A.S menggunakannya sebagai alasan untuk melancarkan perang yang berkahir kepada kekalahan mereka," tambahnya lagi.

Insiden Teluk Tonkin dan Resolusi Teluk Tonkin yang menyusulinya membolehkan Presiden Lyndon B. Johnson untuk secara drastik meningkatkan kehadiran tentera negara itu di Asia Tenggara dengan menghantar tentera ke Vietnam Utara.

Insiden yang berlaku pada Ogos 1964 hingga hari ini terus dipertikaikan dengan kebanyakan ahli sejarah meragui tuduhan yang mengatakan pentadbiran Hanoi menyerang Angkatan Tentera A.S.

Kolonel The Mau turut memberi komen berhubung sebuah insiden lain yang hampir sama. Dia merujuk kepada tindakan Presiden Bill Clinton pada tahun 1999 yang mengarahkan pengeboman Yugoslavia dengan alasan untuk mempertahankan hak warga Albania Kosovo yang dizalimi di bawah pentadbiran Slobodan Milosevic," kata penganalisis itu lagi.

Amalan ini menjadi lebih parah lagi pada abad ke-21.

"Pada tahun 2001, Presiden George W. Bush melancarkan perang ke atas Afghanistan dengan alasan memerangi keganasan. Pada tahun 2003 dia melancarkan perang ke atas Iraq pula dengan menggunakan informasi yang tidak wujud iaitu Baghdad menyimpan senjata kimia. Pada tahun 2011, pemenang anugerah Nobel Keamanan, Barrack Obama memulakan perang di Libya dalam rangka mewujudkan zon bebas penerbangan. Dia kemudiannya terlibat di dalam konflik di Syria untuk memerangi keganasan. Sekarang Presiden Donald Trump yang berada di Rumah Putih untuk tempoh kurang daripada 3 bualn telah melakukan tindakan kekerasan ke atas Syria dikeranakan dakwaan bahawa tentera Syria telah menggunakan senjata kimia ke atas puak pembangkang," katanya lagi.

A.S melancarkan 59 buah peluru berpandu Tomahawk ke atas pangkalan udara al-Sha'irat yang terletak berdekatan Homs pada lewat hari Khamis. Presiden Trump mendakwa bahawa serangan itu adalah tindak balas Washington berikutan dakwaan bahawa Assad menggunakan senjata kimia ke atas Idlib.

Para pegawai A.S tidak membekalkan sebarang bukti untuk menunjukkan bahawa Damsyik telah melancarkan serangan kimia ke atas Idlib. Di dalam masa yang sama, pentadbiran Presiden Assad dengan mutlak menolak tuduhan itu sambil mengatakan bahawa penggunaan senjata kimia sama sekali tidak akan menguntungkan mereka.

Rusia pula menganggap tindakan unilateral dan terburu-buru A.S itu sebagai sebuah tindakan kekerasan dan pencabulan ke atas sebuah negara ahli anggota PBB.  -Sputnik


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

Arba'een
mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky