Arab Saudi Mahu Rencatkan Pengeluaran Minyak Syal Amerika

  • News Code : 814769
  • Source : ABNA24
Brief

Beberapa sumber yang rapat dengan Pertubuhan Negara-Negara Pengeluar Petroleum (OPEC) berkata Arab Saudi berminat untuk melihat harga minyak mentah mencecah angka USD 60 setong pada tahun 2017

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Beberapa sumber yang rapat dengan Pertubuhan Negara-Negara Pengeluar Petroleum (OPEC) berkata Arab Saudi berminat untuk melihat harga minyak mentah mencecah angka USD 60 setong pada tahun 2017.

Menurut sumber-sumber itu, Arab Saudi dan sekutunya termasuk UAE, Kuwait dan Qatar mengharapkan kenaikan harga tersebut akan menarik para pelabur untuk membangunkan loji minyak yang baharu tanpa menjana peningkatan pengeluaran minyak syal Amerika Syarikat.

Pada November lepas, para delegasi daripada pelbagai negara menyertai mesyuarat ke-171 menteri-menteri OPEC dan mereka berjaya mencapai kesepakatan untuk menurunkan pengeluaran ke tahap 1.8 juta tong sehari bermula pada 1 Januari lepas. Perkara itu dibuat untuk meningkatkan harga minyak global. Setelah langkah itu dikuatkuasakan, harga minyak mentah telah meningkat sekitar 14 %. Akan tetapi, harga setong minyak mentah masih didagangkan pada harga sekitar USD 56.

Arab Saudi dan sekutunya kini berada di dalam tekanan kewangan dikeranakan harga minyak yang rendah. Di dalam masa yang sama, mereka juga tidak mahu harga minyak meningkat ke tahap yang akan membantu para pengusaha minyak syal di Amerika Syarikat untuk meningkatkan pengeluaran mereka semula.

"OPEC dan secara khususnya Arab Saudi mahukan harga minyak yang lebih tinggi bukan semata-mata untuk menarik pelaburan. Akan tetapi mereka juga (ingin melihat perkara itu berlaku) dalam rangka menjual pegangan mereka di dalam syarikat gergasi minyak milik negara, ARAMCO," kata sumber. -Agensi


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2017 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky
Telegram