Bekas Penasihat Hillary Clinton Umum Tiada Pakatan Sulit Di Antara Trump Dan Rusia

  • News Code : 818494
  • Source : ABNA24
Brief

Bekas penasihat calon presiden Amerika Syarikat Hillary Clinton yang juga merupakan pengarah CIA, Michael Morell telah mengumumkan secara terbuka bahawa tiada sebarang bukti yang menunjukkan tentang kewujudan pakatan sulit di antara kempen Donald Trump dengan pihak Rusia sepanjang pilihan raya presiden yang lepas.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Bekas penasihat calon presiden Amerika Syarikat Hillary Clinton yang juga merupakan pengarah CIA, Michael Morell telah mengumumkan secara terbuka bahawa tiada sebarang bukti yang menunjukkan tentang kewujudan pakatan sulit di antara kempen Donald Trump dengan pihak Rusia sepanjang pilihan raya presiden yang lepas.

Di dalam sebuah acara yang ditaja oleh Cipher Brief -sebuah laman sesawang perisikan- Morell mengisytiharkan bahawa "wujud asap tapi tiada api" ketika memberikan ucapan berhubung isu tersebut.

"Berhubung persoalan sama ada wujud pakatan sulit di antara kempen Trump dan pihak Rusia, terdapat 'asap tanpa api'," kata Morell.

"Tiada unggun api, tiada cahaya lilin, tiada percikan apapun dan ramai orang mencarinya," tambahnya dengan menggunakan kiasan yang bermaksud terdapat petanda tanpa bukti yang kukuh.

Morell turut menyatakan bahawa sumber yang digunakan oleh BuzzFeed di dalam laporan mereka berhubung insiden "mandian emas" juga tidak kredibel. Sumber yang bernama Christopher Steele adalah bekas perisik kepada agensi perisikan British, M16.

Sumber itu mendakwa bahawa wujud sebuah video klip yang merekodkan sebuah pesta urin yang dianjurkan oleh Donald Trump. Pesta itu menurut sumber telah dirakamkan oleh agensi perisikan Rusia. Dakwaan itu walau bagaimanapun gagal diperkukuhkan dengan sebarang bukti.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

We are All Zakzaky
Telegram