Bolton Ugut Lancar Serangan Lebih Hebat Ke Atas Syria

Bolton Ugut Lancar Serangan Lebih Hebat Ke Atas Syria

Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat, John Bolton berkata negaranya telah berunding dengan Britain dan Perancis untuk melancarkan serangan ketenteraan "yang lebih hebat" ke atas Syria berbanding operasi bersama mereka pada awal tahun ini di negara Arab itu.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Penasihat Keselamatan Negara Amerika Syarikat, John Bolton berkata negaranya telah berunding dengan Britain dan Perancis untuk melancarkan serangan ketenteraan "yang lebih hebat" ke atas Syria berbanding operasi bersama mereka pada awal tahun ini di negara Arab itu.

Selepas melakukan ucapan dasar di Washington pada hari Isnin, Bolton berkata ketiga-tiga negara Barat tersebut bersedia untuk menyerang Syria sekiranya kerajaan Presiden Bashar al-Assad melancarkan apa yang didakwanya sebagai serangan senjata kimia yang "ketiga" ke atas para pemberontak.

"Kami telah cuba untuk menyampaikan mesej sepanjang tempoh beberapa hari ini bahawa respon yang lebih hebat akan dilihat jika terdapat sebarang penggunaan senjata kimia untuk kali yang ketiga," kata Bolton.

Amerika Syarikat setakat ini telah melancarkan dua serangan berasingan terhadap posisi tentera Syria dengan alasan bahawa Damsyik menggunakan telah menggunakan senjata kimia terhadap orang awam. Kesemua tuduhan itu disangkal Damsyik dan sekutunya termasuk Rusia. Syria sebelum ini telah melucutkan semua senjata kimia mereka di dalam program yang diselia oleh badan antarabangsa.

Serangan pertama berlaku pada April 2017, ketika Presiden A.S, Donald Trump memerintahkan kapal perang Tentera Laut A.S yang berada di Lautan Mediterranean untuk melancarkan sejumlah 59 peluru berpandu Tomahawk ke atas sebuah pangkalan udara Syria yang didakwa Pentagon telah digunakan oleh kerajaan Damsyik untuk melancarkan serangan kimia ke atas warga awam di daerah Khan Shaykhun.

Kira-kira setahun selepas serangan pertama itu, Trump bersama dengan rakan sejawatannya dari Perancis, Emmanuel Macron dan Perdana Menteri Britain, Theresa May telah meluluskan serangan peluru berpandu bersama ke atas apa yang didakwa mereka sebagai tapak pembuatan senjata kimia yang dikendalikan oleh kerajaan Syria.

Serangan kedua itu menyusul apa yang didakwa A.S dan sekutunya sebagai serangan kimia di Douma oleh kerajaan Damsyik. Serangan negara-negara Barat tersebut menyaksikan 105 peluru berpandu kruiser dilancarkan dari laut dan udara ke atas sasaran milik kerajaan Syria.

Pada waktu ini, ketika Syria sibuk membuat persiapan untuk membebaskan semula wilayah Idlib yang merupakan kubu utama dan terakhir kumpulan-kumpulan pengganas di negara Arab ini, Washington mula mengancam muntuk melancarkan serangan balas yang ketiga.

Syria secara tegas menafikan dakwaan bahawa mereka berada di belakang serangan kimia tersebut dan menyalahkan kumpulan militan dan agen asing yang berada di negara tersebut sebagai pekerja bantuan atas serangan yang tidak berperikemanusiaan itu.

Menurut Damsyik, objektif kumpulan militan dan agen asing itu adalah untuk menarik penglibatan Barat di dalam memerangi kerajaan Assad yang semakin hari semakin hampir dengan kemenangan mutlak di bumi itu.

Moscow juga telah memberi amaran bahawa para pengganas sedang bersedia untuk melancarkan satu lagi serangan kimia di Idlib dalam rangka untuk memberikan alasan yang mencukupi bagi A.S untuk menyerang Syria.

/315


Artikel berkaitan

Kirim komen anda

E-mel anda tidak akan dipaparkan. Sila isi tempat bertanda *

*

mourning-of-imam-hussain
Mesej Haji 2018 Dari Pemimpin Tertinggi Iran
We are All Zakzaky